Sunday, December 26, 2010

malaysia menang 3-0

5 comments
27 Dec 2010 (9.46 am)

Pergi tengok malaysia lawan indonesia semalam.. tak minat bola sebenarnya.. tp nasib ada tiket lebih.. so pergi laa tengok.. pergi naik lrt.. kalau naik kereta mana nak parking.. lrt ramai orang.. sesak..

masuk stadium je orang dah ramai.. tak de tempat duduk.. so separuh masa pertama kena diri.. penat kaki dan cari tempat duduk.. duduk je laa kat mana2 asalkan boleh duduk..

daripada start lawan sampai habis.. memang respek habis semangat orang-orang malaysia.. bising gila.. tapi seronok.. tak sia-sia orang yang tak minat bola nih datang.. kira berbaloi laa bayar tiket then malaysia menang..

separuh masa kedua makin rasa bahang.. dan malaysia gol kan 3 gol.. apa-apa pun tahniah.. event nih bagi pengalaman berbeza pada aku..

balik umah.. tak larat.. letih.. gi kerja lembek.. hahahhahaa.. esok nak exam.. tak study dan baca apa-apa pun.. huhuhuhu nak nangis..

Tuesday, December 14, 2010

remember me?

4 comments

15 Dec 2010 (12.04 pm)
Satu lagi buku Sophie Kinsella yang aku baca. cerita pasal cintan cintun yang budak perempuan je baca. tak tau laa kalau ada kaum lelaki yang baca. aku suka baca buku yang minah nih tulis sebab jalan cerita best dan yang paling penting bila baca aku rasa tengah tengok filem romantik hollywood punya stail. cis.. aku kan minah jiwang.
lepas nih nak try beli buku yang bukan cerita cinta. plan nak cari buku untuk pengusaha tadika. hahahhaa.. plan masa depan. dan tak salah kan kalau membaca untuk dapatkan info.
aku malas nak cerita pasal diri dan pasal hidup yang boring. so apa kata aku update blog dengan apa buku yang aku baca.

setelah baca buku nih, aku rasa macam aku nak cari Jon.. dan tinggalkan Eric.. hahahhaa..
hidup nih jangan takut untuk berkata-kata dan hadapi semua yang kita tak suka dengan yakin. buku nih bagi banyak pengajaran. cuma stail orang putih tak sama dengan stail orang melayu yang ada agama dan keluarga. ada benda yang boleh dipelajari tapi dalam masa yang sama kena sesuaikan dengan cara hidup kita.

Thursday, November 25, 2010

kedekut kasih sayang..

4 comments

25 Nov 2010 (10.29 pm)

ada satu rancangan di tv9, tajuk semanis kurma.. perbincangan malam ni adalah berdasarkan suami kedekut kasih sayang.. tapi disebabkan aku tak kawin lagi.. so aku tujukan khas entry kali nih untuk kaum lelaki yang kedekut kasih sayang..

kenapa lelaki kedekut kasih sayang.. susah sangat nak cakap sayang atau rindu.. konon tak macho la.. semua tuh ego je.. ego semata-mata.. ingat perempuan nih akan tahu ke apa dalam hati orang lelaki kalau tak bagitahu.. aku rasa perhubungan akan hambar kalau tak de gurau senda dan sayang..

harap lelaki akan lebih sensitif pasal benda nih.. nampak macam remeh tapi tak semestinya bila perempuan tuh dah jadi hak atau dah kawin, tak perlu nak tunjukkan kasih sayang.. kena jadi pendengar setia walaupun rasa menyampah apa yang perempuan bebelkan.. kena spend time masa selalu.. memang kerja tuh penting tapi masa bersama tuh penting untuk elakkan sebelah pihak rasa, "eh.. aku nih penting lagi ke dalam hidup dia?" ataupun perempuan akan bosan dan start cari lain.. lepas tuh wujudlah rumahtangga retak, isteri curang, suami ada orang ketiga, anak-anak terbiar..

lagipun tak baik kan bersifat kedekut.. kalau ada orang buta datang kat meja pun boleh bagi seringgit.. tak kan isteri nak mintak ucapan kasih sayang pun tak boleh bagi..

so, jom tunjukkan kasih sayang pada orang sekeliling.. pada ibu bapa.. pada adik, abang, kakak.. pada saudara mara.. pada kawan-kawan.. pada orang sekeliling..

untuk kawan-kawan, saya sayang kamu semua.. :)

Monday, November 22, 2010

can you keep a secret

4 comments
23 Nov 2010 (11.26 am)



1st time baca buku english sampai habis.. sebelum ini ada try baca buku english tapi tak pernah habis.. lepas nih dah tahu kena beli buku yang jalan cerita best so akan baca sampai habis..

walaupun ada perkataan yang sepatah haram tak faham tapi sebab malas nak buka kamus so buat-buat faham.. so buku ini sangat sesuai dibaca oleh orang yang otak beku macam saya..

jalan cerita menarik sangat.. ayat dia pun senang dibaca..

cerita mengenai seorang gadis.. yang jenis low profile macam aku.. hahahhaha.. kiranya gadis kebanyakkan.. dia nih baru nak start bekerjaya.. seorang yang try untuk buat baik walaupun dia tidak menyukai keadaan itu.. tapi jenis yang malas nak cakap (jenis tak puas hati tapi simpan dalam hati).. so sebab itu dia ada banyak rahsia dalam hidup.. dan secara tak sengaja ceritakan pasal rahsia hidup dia kepada seorang lelaki kelas atasan (lelaki kaya laaa).. time dia ceritakan rahsia tuh dalam keadaan yang cemas..

then hidup dia berubah selepas itu.. walapun aku tak suka sangat time lelaki yang tahu rahsia nih bongkar rahsia perempuan tuh.. sebab rahsia adalah rahsia kan.. tapi ending story nih berakhir dengan happy..

time aku baca buku nih.. aku rasa macam tengah tengok filem hollywood.. hahahhahaha.. cerita hollywood slow romance.. hahahhahaa.. berangan sungguh..

ok akhir bulan nih nak beli buku yang minah nih tulis jugak..

Wednesday, November 10, 2010

Happy Belated Birhday..

8 comments
11 Nov 2010 (2.35 pm)

2 hari lepas pada 27 tahun lepas, aku keluar daripada rahim ibu aku. so, setiap tahun, setiap orang akan rasa best pada tarikh tersebut dan perhatian perlu diberikan pada tarikh tersebut. Lepas itu hadiah atau ucapan daripada kawan-kawan dan kaum keluarga akan menyusul.

Tapi ada jugak orang yang tak kisah nak sambut atau nak ingat tarikh tersebut apatah lagi nak ucap happy birthday.

mari kita jenguk kenapa penting untuk ingat tarikh tersebut.

1) sebab tarikh tersebut sekali dalam setahun. kalau hari-hari sambut tak unik laa jadinya kan.
2) bila orang tengah ada masalah kehidupan seharian, tetiba ada kawan-kawan yang wish, bukan ke akan buatkan kita tersenyum dan happy. bukannya susah nak buat orang bahagia kan.
3) bila orang tersayang ingat dan wish.. akan buatkan kita rasa dihargai dan disayangi. sedih ok kalau insan tersayang tak wish. bukan nak hadiah mahal-mahal (tapi nak laa gak kan.. hehehhehe).. cuma tolonglah jangan lupa ok..

sebenarnya entry nih untuk seseorang yang lupa birthday aku.. tahun lepas dia tak wish.. so aku siap call untuk remindkan dia.. tahun nih aku turun padang bagitahu secara tak sengaja time lepak-lepak kat kedai makan. dah agak dia akan lupa. sedih jugak bila kawan-kawan wish.. tapi aku still nantikan dia untuk wish.. so tahun depan kena ingatkan dia sebab dia lelaki jenis tak ingat hari special awek dia..

so untuk kaum perempuan, kalau lelaki lupa dan tak wish.. jangan laa melenting tak tentu pasal. bukan sebab dia tak sayang kamu. cuma mungkin ada banyak kerja dan problem lain kena fikir selain ingat tarikh birthday kamu..

Monday, November 1, 2010

Dalam hati penuh sedu..

3 comments
01 Nov 2010 (5.07 pm)

dalam hati ada sedu..
sedu itu keluar bersama tawa..
dan dalam hati ada kamu..
tetapi kamu hilang tanpa arah..

aku berjalan, aku duduk dan aku bangun..
sedu itu tetap ada..
apa azimat yang aku pegang..
demi menempuh jalan berliku..

kelibat kamu nun jauh disana..
hati tersentak dan bertanya..
bahagiakah kamu..
meranakah aku..
akhirnya.. dalam hati penuh sedu..

transformasi pemikiran..

0 comments
01 Nov2010 (5.05 pm)

aku suka kalau hidup ini tiada masalah.. tapi masalah itu selalu muncul.. dan aku selalu berfikiran negatif.. sebab itu aku suka larikan diri daripada masalah.. akhirnya masalah tak akan hilang kan..

so, transformasi pemikiran adalah satu konsep yang aku amalkan sejak beberapa tahun ini.. hidup kita tidak banyak berubah.. tapi kita boleh ubah pemikiran yang biasa menjadi sebaliknya..

tabiat manusia suka salahkan orang lain untuk sesuatu kesilapan.. kita akan puas kalau dapat menunding jari ke muka orang lain.. tapi aku tukar otak aku sehingga jadi biol.. daripada aku cari kesalahan orang.. apa kata aku cari salah aku sendiri..

contoh dalam setiap perhubungan yang tak kekal lama.. dan selalu kecundang di tengah jalan.. aku selalu berfikir kenapa lelaki suka permainkan perempuan.. salah lelakikah atau salah aku.. walaupun bila aku cuba cari kesalahan diri sendiri.. jarang nak nampak kan.. tapi mesti ada terselit kesilapan yang berpunca dari diri kita..

so sebab itu mungkin aku redha dengan apa yang terjadi.. tapi.. dosa kira kat akhirat ye.. hehehheehe.. sebab aku bukan jenis pemaaf..

transformasi pemikiran..

1) cari kesalahan sendiri walaupun kita tahu itu bukan salah kita.. tapi jangan salahkan diri atas apa yang terjadi..

2) sebelum buat keputusan, jangan marah dulu.. selidik dan selidik.. simpan marah dalam2.. sebab marah kan godaan syaitan..

3) percaya pada kebaikan yang dibuat.. kan dapat pahala.. dan cuba untuk tidak buat dosa dengan sakitkan hati family, kawan-kawan dan orang sekeliling..

susah kan nak buat baik.. cuma doa setiap tindakan yang dibuat.. dan setiap langkah yang dihayun... akan mendapat keredhaan Allah swt..

Saturday, October 9, 2010

Insha Allah (insyaallah)

0 comments
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Friday, October 8, 2010

Resepi kebahagian..

4 comments
08 Oct 2010 (8.17 pm)

ada seorang lelaki bertanya kepada kami.. apa resepi kebahagiaan dalam sesuatu rumahtangga.. dan seorang perempuan yang umur dalam lingkungan 25 tahun menjawab.. terima apa sahaja keburukan husband tuh.. dan anggap kekurangan husband tuh sebagai kelebihan dia.. girl nih bagi contoh, husband dia minat aksesori kereta.. dan husband dia tukar sport rim kereta macam tukar pakaian dia.. so girl tuh kata, it's ok laa kalau minat kat kereta walaupun membazir.. daripada husband dia minat mengorat perempuan.. lagi parah..

then lelaki tuh tanya lain.. kalau huband dia terjatuh cinta kat perempuan lain dan nak kahwin dengan perempuan tuh macam mana? sebab kebanyakan husband and wife akan bercerai disebabkan orang ketiga.. dan jawapan girl tuh adalah jawapan yang sangat matang dan tak kan ada perempuan lain yang berani cakap macam yg girl nih cakap.. girl nih jawab, dia sanggaup share husband dia dengan perempuan yang suami dia suka.. sebab nak buat apa gaduh-gaduh sebab kasih sayang seorang lelaki.. girl nih cakap bila tahu sure laa dia akan nangis gila babeng tapi dia akan serahkan semuanya pada Allah sebab kasih sayang dapripada Allah lebih penting daripada kasih sayang seorang suami..

aku sebagai seorang perempuan terharu gila dengar bila dengar pendapat seorang perempuan yg sebegitu.. sebab aku pernah tanya seorang kawan pasal isu nih dan jawapan dia bermati-matian tak kan bagi husband dia kawin lain. bila fikir.. kalau suami mampu.. lebih baik bagi suami kawin atau mintak cerai je.. sebab Allah laknat seorang isteri yang mintak cerai walaupun alasan suami nak kawin lain ataupun kita hidup kat dunia nih untuk dapatkan keredhaan daripada Allah..

benda nih subjektif.. dan tepuk.. tepuk.. utk girl tersebut.. sbb walaupun umur dia 25 tahun tapi pemikiran dia sangat matang dalam melihat kehidupan sebenar kat dunia nih.. tiada sesiapa yang hendak suami dia kawin lain dan tiada isteri yang sanggup bermadu atau share husband dengan perempuan lain.. tapi fikirkan kalau tiba-tiba Allah nak duga kita dengan dugaan ini.. macam mana kita nak lalui.. syaitan akan bisikkan supaya mintak cerai.. sama ada kita pilih sesuatu keputusan bersandarkan kepada dunia atau akhirat yang hakiki..

benda yang selalu buatkan aku terfikir.. kita hanya boleh percaya kepada diri dan Allah.. sebab hanya Dia yang tahu apa yang baik dan dugaan itu diberi supaya kita kembali kepada-Nya..

Thursday, September 23, 2010

hari raya

0 comments
23 Sept 2010 (04.39 pm)

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t

Sekarang musim raya.. dan akan ada road tour pergi dari satu rumah kawan ke satu rumah kawan. saya perlu masak mee hoon. saya akan masak yang simple sahaja ok. nak sedap gila babeng kena makan kat restoren mahal. saya masak apa yang saya mampu je. :)

raya nih best sebab raya rumah atok kat muar. best sebab tak perlu bersusah payah cari resepi kat internet nak masak rendang dan segala jenis untuk juadah raya. saya hanya jadi tukang potong sayur sahaja. alangkah serononknya sebab di malam raya saya boleh tido pada pukul 11 malam. hahahha..

tetapi raya ini saya menjadi seorang tukang driver tetap yang bergaji.. hahahhaa.. sebab mintak kat adik sorang 50 hinggit untuk sponsor duit minyak. keji tak jadi kakak bernama yati nih. adik yang masih study pun dah kena pow dengan kakak. hahaha.. saya cuma ingin mengajar mereka yang saya dah laa penat nak drive, tak de sapa nak tolong drive.. at least mereka membantu dengan menghulur kepada insan yang memerlukan.

Raya nih masih beraya dengan family. agak-agak tahun depan beraya dengan abe tersayang tak? hehehhe soalan cepuemas + cepuperak.. abe beraya kat luar negara.. kelas tak.. tapi negara jiran sebelah je laa.. bila dia tak de kat malaysia rasa macam terputus hubungan dengan beliau. cuma boleh harap dia balik dengan selamat.

Erm. saya macam mengidam. mengalahkan orang pregnent plak. saya sangat mengidam nak makan lontong dengan sambal sotong kurita. ada orang nak masak untuk saya tak? sebab lain rasanya bila masak sendiri lain dengan makan masakan orang. tiap-tiap tahun setiap kali pergi open house rumah orang, harap akan ada lontong dan sotong kurita. kiranya masakan nih jadi kegemaran saya laa ye? oh.. saya tak pernah tau saya ada makanan kegemaran. sbb saya suka makan semua benda. kecuali telur kuning, kacang tanah dalam nasi lemak dan sayur hijau dalam mee.

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..

Saturday, August 21, 2010

durian

2 comments
21 Aug 2010 (11.46 pm)

Aku tengah kemaruk durian.. 24 jam asyik fikir pasal durian.. selain fikir pasal handbag coach yg entah bila akan dapat..

ok aku tak nak mengaku aku hantu durian.. mungkin tidak.. tapi aku suka makan.. mungkin bagi orang yang tak suka atau tak tahan akan bau durian.. akan rasa durian tuh sejenis makanan yg tah apa2 atau tak berkhasiat.. tapi orang yang suka akan rasa durian.. bau durian pun dah boleh buat air liur kecur ok..

kalau dulu time arwah atok ada kebun durian.. musim durian adalah musim yang paling best sebab semua makcik pakcik dan sepupu sepapat akan balik kampung semata-mata nak makan durian kat kampung.. time kecik2 adalah time yang paling best.. susah nak dapat balik waktu lama yang best2 macam tuh lagi kan..

durian paling top sekarang nih adalah durian kunyit dan durian natorina (tak tau laa betul atau tak).. dan yg cetus keinginan untuk makan durian tiap2 minggu adalah kawan baik sendiri.. walaupun jauh nak pergi dapatkan durian.. kena redah jugak.. dan durian itu sangat mahal.. sekali beli je mesti abis hampir 50 hinggit.. ada sesape nak sponsor tak?

hari nih plan nak gi beli beli durian.. tapi tak jadi.. esok kena gi gak.. kalau tak kempunan..

Friday, August 6, 2010

signature of C

2 comments
06 Aug 2010 (9.38 pm)

tolong.. tolong.. mata kiri dah ada tanya C dan mata kanan dah ada tanda C terbalik..
C.. saya sangat mahu anda tapi anda sangat mahal untuk dimiliki.. saya tidak kaya tapi saya tetap mahu anda.. so apakah nasib saya?

cis.. semalam gi opis.. dan tetiba ada minah finance datang dan bgtau dia ada jual coach handbag dengan harga yg murah sbb dia ada kawan kerja kat US dan boleh beli handbag direct dpd sana.. cis.. harga handbag yg ribu2 boleh dapat dalam ratus2.. sangat mencabar keimanan.. dan hati saya tidak tetap bila surf blog dan website coach.. oh tidak.. saya sangat rambang mata.. ada sesapa mahu bagi saya duit untuk beli handbag tersebut?

cis.. hari nih ada exam.. study tapi jiwa tak tenang.. sebab sepanjang study kat amcorp mall ternampak ada 2 orang pakai coach dan hati tidak tenang.. apakah perasaan saya? jeles? cis..

dulu pernah survey kat coach butik tp hati tak de laa berkenan sangat sebab mcm tak berbaloi beli.. tapi sekarang apa dah jadi.. hantu mana yang merasuk anda nih yati.. sila laa sedar diri anda tidak ada duit.. duit yang ada perlu digunakan untuk bayar kereta.. bayar pinjaman mara.. service kereta.. dan simpan untuk masuk rumah tahun depan.. kemampuan anda terhad yati.. sila sedar.. SEDAR DIRI..

tapi hati saya tetap degil.. saya tetap mahu beli coach itu.. cis.. cis.. sesiapa yang kasihan.. silalah derma kepada orang yang degil dan mahu beli itu benda C jugak..

Thursday, July 15, 2010

rezeki..

2 comments
15 Jul 2010 (4.25 pm)

Setiap orang yang ditentukan rezeki masing-masing.. dan saya bersyukur dengan rezeki yang saya dapat hari nih..

saya hanya manusia biasa.. selalu merungut rezeki yang diterima tak cukup.. tetapi hati kecil saya selalu kata.. jangan merungut.. sebab itu yang telah ditetapkan..

Ada orang yang mudah untuk dapat rezeki.. daripada kecik parent dah hidup senang dan boleh hantar anak mereka pergi universiti untuk dapatkan ijazah dan seterusnya boleh kerja best2.. so jangan pandang rendah pada orang yang jadi pencuci tandas.. sebab bukan salah mak diaorang tak kaya macam orang lain.

Dah jadi kebiasaan dalam masyarakat.. status hormat tuh akan lebih pada orang yang ada duit, ada rumah besar atau kereta besar..

kita selalu cakap hal orang lain, seperti nape dia boleh dapat lebih dan nape kita rasa yang kita nih telah bekerja lebih tapi tak dapat seperti orang itu. jawapannya ada pada kita.. sebab anda tau anda bagaimana dan kenapa anda tidak mau jadi seperti mereka..

kalau semua orang kecoh.. saya ingin jadi seorang yang diam.. walaupun orang akan nampak saya jahil seperti tak tau apa-apa atau tak perlu tau apa-apa.. tapi saya suka begini.. kerana saya adalah saya dan saya bukan orang lain..

walaupun yang best2 selalu tak berpihak pada saya.. tapi saya mengharapkan hidup saya bermakna untuk menghadapi dunia selepas dunia yang penuh dengan tipu daya dan meterialistik ini.. saya harap saya mampu mengangkat muka dengan rezeki yang berkat dan tidak perlu bergantung pada orang lain untuk teruskan hidup ini..

hidup ini pinjaman.. rezeki juga pinjaman.. bagaimana kalau tiba-tiba Allah tarik rezeki kita yang melimpah ruah itu?

Monday, June 14, 2010

terima kasih kerana bagi saya makan..

2 comments
15 Jun 2010 (10.54 pm)

Bos pangkat besar panggil.. ayat dia sangat best dan lunak didengar..

"Incentive nih dikira daripada saving the cost, so siapa yang berjaya saving so staff tu yg dapat lebih.. tak kira laa staff tuh punya effort berbanding staff yang berusaha untuk saving cost dengan staff yang buat kerja normal"

erm.. adakah orang yang bermati-matian buat kerja sampai public holiday kerja dan weekend pun kerja.. so effort orang yang buat kerja untuk completedkan project tidak dipandang langsung.. sedangkan tiba-tiba ada orang yang dapat rezeki terpijak..

so saya faham laa kedudukan saya.. kerja bermati-matian dan siapkan project tidak bermakna apa-apa untuk company..

saya faham dan saya sedar.. terima kasih kerana bagi saya makan selama ini..

kawan baik sudah kawin..

0 comments
14 Jun 2010 (05.00 pm)

bila time saya ye.. doakan laa banyak2.. saya pun tak tau sape yang rela nak jadikan saya isteri.. huhuhuhuu..

sedih laa gak.. time lunch tadi makan sorang-sorang.. tiba-tiba ada benda mengalir kat pipi.. sangat sedih sebab selalu makan dengan kawan baik.. tiba-tiba beliau tiada.. saya sangat sensitif sekarang.. sedih oo..

apa-apa pun saya tetap doakan dia bahagia dengan suami tercinta.. dugaan untuk dia sangat banyak.. ini lah masa untuk dia rasa kebahagiaan tuh..

duit ciput..

0 comments
14 Jun 2010 (04.52 pm)

dapat duit yang sangat ciput.. tidak berpuas hati.. tapi bersyukur dengan apa yang kita dapat.. tiba-tiba teringat lagu erra fazira..

kini aku pasrah.. dengan segalanya..

nak buat apa dengan duit yang ada ye.. saya akan berjoli katak sampai ke titisan terakhir.. sebab nak rasa nikmat berpenat lelah kerja time hujung minggu dan public holiday.. berjauhan dengan family.. so really need something untuk fresh kan otak dan minda untuk naikkan semangat bekerjaya.. chaiyokk!! chaiyokk !!

Wednesday, June 9, 2010

kemanisan dihujung jari..

2 comments
10 Jun 2010 (03.11 pm)

setelah musibah yg menimpa.. ada manis yg keluar daripada hujung jari.. cuma kena letak jari kat mulut untuk rasa kemanisan tuh..

kepada yang meyayangi.. terima kasih kerana memberikan kemanisan itu..

seorang kawan rapat yg memang sangat rapat akan berkahwin.. terasa kehilangan.. kalau dulu pergi kerja sama-sama tapi setelah kawin dia akan ada kehidupan baru..

chaiyokk !! hidup mesti diteruskan..

Monday, May 24, 2010

dugaan demi dugaan..

3 comments
24 May 2010 (04.59 pm)

dugaan demi dugaan.. sampaikan kena ambik EL utk settlekan masalah nih.. dan petang tuh cabut dpd putrajaya menuju ke johor.. dalam hujan yang lebat tak ingat.. angin kencang.. kena redah jugak disebabkan masalah ini..

dan emosi aku sangat terganggu.. sangat dan sangat terganggu.. rasa macam tak tertanggung lagi sebab tertimpa2 masalah datang bulan nih.. keluar semua perasaan marah + sakit hati + kecewa + bengong..

time2 macam nih mmg mintak maaf.. semua org aku sembur.. aku try control dan control.. kalau tak sabar memang dah maki semua orang yang aku jumpa..

dan masalah telah settle.. dan memang sangat memberi pengajaran kepada aku..
masalah nih membuatkan aku tau sape kawan yang boleh diharap.. dan sangat berterima kasih pada kawan-kawan yang membantu.. time bengong mana boleh selesaikan benda nih sorang2 kan..

p/s lagi bagus kalau aku dapat saman pihak berkenaan, cuma tak de bukti kukuh je.. kalau tak memang aku saman sampai tak ingat dunia..

Wednesday, May 12, 2010

nafsu..

0 comments
12 May 2010 (04.59 pm)

aku dah tak de nafsu nak bekerjaya lagi.. passion dan semua minat aku dah tak de.. dah macam mayat yang kerja untuk mencari sesuap nasi untuk teruskan hidup..

dan aku pun macam dah tak de nafsu nak bercinta.. penat nak layan perasaan yang tak boleh nak percaya sesiapa lagi.. orang yang kita anggap kawan pun boleh tikam daripada belakang.. so pada siapa saya harus percaya lagi.. kalau terpaksa bercinta.. macam mana nak jawab tuh.. boleh tak tamatkan semua nih.. huhuhuhuhu.. ke ini hanya cakap-cakap orang yang tengah down macam nih.. huhuhuhuu..

nasib baik ada laa beberapa ketul kawan yang memahami.. tapi diaorang asyik nak mintak belanja je.. huhuhuhuhu..

mesin jahit..

0 comments
12 May 2010 (04.47 pm)

disebabkan rasa stress so aku rasa aku perlukan benda yang boleh buatkan aku hilang stress.. kalau balik rumah dan nak baca buku.. aku tak rasa baca buku boleh hilangkan stress.. apatah lagi kalau baca buku pasal nak kawin atau langkah-langkah ke arah perkahwinan.. lagi laa stress..

so aku perlu beli mesin jahit.. matlamat jangka pendek laa.. so nanti boleh laa jahit langsir untuk rumah baru.. rumah aku akan siap dalam masa setahun je lagi.. mesti banyak nak guna duit.. tapi duit tak de.. apa boleh buat kalau dah sengkek.. so yang termampu adalah beli beli jahit untuk buat langsir idaman..

apa benda yang boleh hilangkan stress ek.. nak cuti-cuti malaysia tapi kena duit gak.. setiap helai duit adalah bernilai.. huhuhuhuu..

jatuh terduduk..

0 comments
12 May 2010 (04.29 pm)

beberapa minggu ini adalah minggu malang.. dah jatuh.. terduduk lagi..

malang sebab tak dapat training .net, perkara tuh pun dah sangat downkan aku..

lepas tuh kes kereta hampir nak kena curik.. nasib baik tak jadi apa-apa..

lepas tuh pakcik aku accident dan masuk ICU, sedih tengok pakcik aku terlantar kat ICU dengan pakai alat penafasan tuh.. masa melawat kat hospital jb hujung minggu hari tuh, rasa aku pun sakit sekali bila tengok pakcik aku yang tak bermaya tuh..

lepas tuh.. satu hal lagi.. ada seorang mamat telekom call kata aku ada bil phone yang kena bayar.. seingat aku ada terambik celcom.. tapi tuh pun aku tak guna.. kawan aku yang guna.. mamat telekom tuh kata kena bayar gak bil tuh.. dan aku yang tulus mulus nih pun bersusah payah pergi laa cari telekom center.. tapi bil aku adalah celcom.. so aku pun bayar laa gak 50 hinggit kat celcom center tuh..

rupa-rupanya aku tersalah info.. memang ada bil telekom yang tak tau hujung pangkal..

bila aku dah bayar bil celcom.. rupa-rupanya aku tersalah bayar bil.. ada bil telekom yang sampai kat rumah dan tak tau hantu mana yang curik ic aku nak register telekom guna nama aku.. time tuh tuhan saja yang tau sape yang sanggup tikam aku daripada belakang.. walaupun macam tau sape punya angkara.. tapi tuh agakkan aku je.. tak de bukti sahih.. so aku buang jauh-jauh prasangka buruk sape yang buat kerja dajal mencuri ic aku dan seterusnya register line telekom tanpa kebenaran aku..

dan baru tadi ada kereta wlx yang kiss kereta aku.. walaupun nampak sikit.. tapi sedih wooo.. tak tau laa nape kereta tuh ditimpa malang berkali-kali.. kereta aku blok kereta orang lain.. dan aku pergi la betulkan kereta tuh.. bila kereta yang aku blok tuh dah keluar dan aku nak reverse laa nak parking kereta aku.. tengah nak reserve slow.. tiba-tiba ada 1 kereta kancil muncul tah daripada mana.. aku tak sempat buat apa-apa dan sempat tekan hon je dengan harapan dia perasan aku.. tapi kereta dia yang memang dah slow langgar gak kereta aku.. sedih time tuh.. sedih + marah.. sedih sebab kereta dah kena langgar.. dan marah sebab mamat tuh curik parking aku.. tapi memang tak boleh nak salahkan sesiapa sebab masing-masing tak nampak kereta orang lain..

lepas tuh terus buat report polis pasal hal kereta hampir kena curik dan pasal bil telekom tuh.. rasa macam ada beban yang keluar lepas buat report polis.. sekarang nih aku cuma tension sebab kereta.. risau jugak sebab bila 24 jam otak aku berfikir macam mana kereta aku.. selamat ke.. macam mana kereta aku.. ada orang tarik ke.. macam mana aku nak balik petang nanti.. selamat ke..

dan beban paling utama ialah aku sangat tak suka kerja kat company nih dah.. rasa membuang masa kerja kat sini.. dan aku amat berharap aku boleh cari kerja cepat-cepat.. pergi interview cepat-cepat... dan dapat kerja lain..

beban lain-lain yang menambah pening kepala.. seperti nak buat jugak bisness online tapi tak tau nak start dengan apa.. nak kumpil duit untuk rumah.. nak renovate rumah kat kampung.. kawin.. huhuhuhuuhu..

penat nak berfikir.. macam mana nak hilangkan stress terutama pasal kereta, kerja dan training .net ( satu benda yang paling aku nak tapi tak dapat ).. hhuuhuuhuhu..

Monday, May 3, 2010

taktik sindiket mencuri kereta..

1 comments
04 May 2010 (01.11 pm)

terang-terang aku tulis tajuk kat atas..

kisah berlaku petang, pukul 6.00 petang.. nak balik umah.. tengah nak bukak pintu kereta.. tiba-tiba diterpa seorang lelaki cina.. dia cakap dia penarik kereta daripada bank dan nak tarik kereta sebab dah 4 bulan tak bayar kereta..

time tuh blur.. bila dia kata ada kad kuasa dan tunjuk kat aku.. aku bersama kawan time tuh.. kitaorang dah pandang-memandang.. dan tak percaya apa yang lelaki cina tuh cakap.. sebab aku perasan kad yang kononnya kad kuasa tuh bertulis dengan tulisan pen biru aje.. dalam kepala otak aku memang aku tak percaya.. dan kalau pun betul aku nak gi balai polis, buat report dan baru dia boleh tarik kereta tuh..

5 minit jugak pintu kereta terbukak.. bila aku sedar macam ada yang tak kena.. aku terus tutup pintu dan lock kereta.. dan bukak tingkap sikit.. orang cina tuh panggil kawan dia dan tunjukkan laptop yang ada sistem yang kononnya kereta aku memang kena tarik.. time tuh aku memang tak tau nak buat apa.. sebab takut benda buruk berlaku.. dan kawan aku suggestkan panggil kawan yang lebih arif pasal benda nih.. aku cakap aku nak panggil kawan dan terus keluar kereta.. picit alarm dan pegi cari kawan aku..

perasaan time tuh mmg sangat2 blur dan tak tau nak buat apa.. mustahil kereta tuh ada tungakkan.. time-time macam nih laa telefon aku tertinggal kat umah dan telefon kawan tuh abis bateri..

nasib baik ada kawan-kawan, dan ada husband seorang kawan nih tolong temankan gi tempat aku park kereta tuh.. mamat cina 2 orang tuh dah tak de.. dan balik umah petang tuh ditemani kereta kawan yang sorang lagi..

tapi benda-benda nih sangat buatkan aku kena lebih berhati-hati dan alert dengan keadaan sekeliling.. nasib baik orang cina yang menyamar jadi penarik kereta tuh tak buat apa-apa yang ganas seperti keluarkan pisau ke.. takut.. takut..

so pesanan kepada orang-orang kat luar.. apa-apa jangan panik.. aku panik time tuh so tak boleh berfikir dengan waras.. kalau boleh sebelum masuk kereta.. perhatikan keadaan sekeliling.. masuk kereta cepat-cepat dan lock pintu.. kesalahan aku adalah sebeb kereta tuh panas.. so selalunya aku akan bukak pintu kereta luas-luas dan start engine.. memang sangat salah.. jangan cepat percaya apa orang kata.. time kejadian berlaku ada je orang lalu lalang kat tempat park tuh.. tapi orang hanya memandang je laa.. kalau boleh elakkan daripada apa-apa yang buruk berlaku..

benda buruk boleh berlaku kat mana-mana je.. time orang ramai pun boleh berlaku.. time sunyi2 lagi la boleh berlaku macam-macam.. kejadian nih buatkan aku tak mau park kat tempat tuh lagi.. dan try park kat tempat yang dekat dan orang boleh tengok.. sebab orang cina tuh dah target kereta aku.. takut gak kalau tak boleh bawak lari kereta.. nanti abis dia pancitkan 4 tayar.. lagi huru hara..

aku nak buat report polis petang nih.. tapi kena confirmkan kat bank yang kereta tuh memang tak de tunggakan..

Friday, April 30, 2010

hari sakit hati..

2 comments
30 Apr 2010 (03.57 pm)

hari sakit hati.. alasan bos sebab tak dapat training sbb tak abiskan exam sharepoint sedangkan ada 2 orang yang dapat training .net tuh pun pun ada exam yang sama.. ingat aku budak bodoh ke !!

hari sakit hati.. aku yg beria-ia nak training.. orang lain yang langsung tak de minat pun dipaksa pergi.. adilkah ini wahai bos !!

hari sakit hati.. disebabkan aku tak dapat training tuh.. lepas nih kalau ada masalah nak buat coding .net, jangan cari aku atau ko akan kena sembur dengan aku..

hari sakit hati.. aku sangat sakit hati dengan jawapan bos yang tak logik.. so kalau sesape terasa dengan aku.. aku mintak maaf awal-awal.. disebabkan sakit hati so aku memang nak mencarut sepanjang hari..

hari sakit hati.. aku dah tarik nafas panjang beratus-ratus kali.. tapi aku memang rasa nak mengamuk.. bolehkah?

hari sakit hati.. aku terpaksa delete semua pos sebab ada mata-mata yang memerhati..

(aku poskan semua nih kat facebook dan aku terpaksa delete atas sebab nanti bos baca.. dan aku terpaksa jaga kawan-kawan aku.. kalau ikut perangai aku.. apa aku takut dengan bos.. tak dapat cakap depan-depan, dapat menyumpah seranah kat facebook dah cukup bagus.. sebab aku nak 1 dunia tau betapa ketidak adilan dan pembohongan yang dilakukan semata-mata nak jaga perut dan nak besarkan bontot masing-masing.. inilah realiti hidup dan kerja.. aku sakit hati dan marah atas apa yang berlalu.. tapi dalam masa yang sama aku rasa tak guna nak fight untuk hak aku.. sebab kalau ko fight orang akan nampak ko macam perempuan yang tak siuman dan tak de budi pekerti.. kita kerja kena professional kan.. peristiwa ini aku ambil sebagai iktibar sahaja.. dan buatkan aku sedar bahawa kerja adalah dengan mengganggukkan kepala sambil cakap yes bos.. yes bos.. sambil bodek-bodek.. bos hensem laa ari nih.. susah-susah ko kawin dengan datuk yang ada pangkat.. ada duit boleh bukak company dan boleh herdik orang bawahan dan buat diaorang macam lembu.. istilah pekerja adalah ko adalah lembu.. aku cucuk ko dengan tali besar.. aku tarik ko.. kalau ko melawan.. aku bunuh ko dan jadikan daging korban bagi orang lain makan..)

Thursday, April 29, 2010

DeZahra Stock Clearance..

0 comments
30 Apr 2010 (02.51 pm)

Wei la wei.. sale sana sini.. stock clearance sana sini.. tapi saya hanya insan biasa yang hanya mampu memandang.. time tengah bengong-bengong macam nih.. benda yang boleh membuatkan mata aku terbeliak adalah bila ada benda-benda sale.. tapi kegawatan ekonomi rumah tangga telah melanda.. selama setahun ini aku hanya dapat memandang dengan air liur yang hampir menjejeh.. ciss..

memang duit sentiasa mengundang masalah.. tapi bila ada duit kita buat je laa apa yang kita suka.. bila tak de duit duduk diam dan senyap je laa..

so apa yang boleh kita buat.. kita pegi je butik tuh dengan membawa duit RM 20 dalam purse.. itu sahaja je yang mampu aku buat.. sedih ooo.. tapi tak pe.. bulan depan kita boleh shopping..

penat nak fikir masalah yang melanda buatkan aku selalu merapu.. tolong tido ye cik yati..

apa nak jadi dunia sekarang..

2 comments
30 Apr 2010 (01.36 pm)

bila dalam bidang yang aku ceburi.. ada satu training yang aku memang betul-betul nak.. siap datang bilik bos membawa schedule training dengan 1 harapan yang tinggi..
cakap kat bos dengan beria-ia yang memang nak sangat training tuh..

last-last orang lain yang dapat.. so apa aku patut rasa.. kecewa memang tak perlu cakap laa.. hati memang sakit gila.. time nih memang rasa dunia nih kejam.. apa pemikiran positif yang patut aku cakap kat diri sendiri bila rasa kena tikam kat dada..

time-time macam nih laa rasa macam nak berhenti kerja.. nak beli mesin jahit dan ambik upah jahit baju je.. balik duduk kampung ke..

aku pun tak tau nak rasa apa-apa sekarang.. cuma ari nih mood dah hilang.. mood kerja pun dah tak de.. dan aku tak rasa aku suka dengan kerja dan apa yang aku buat sekarang.. huhuhuhuu.. tolong..

Sunday, April 25, 2010

berkata yang baik-baik sahaja..

2 comments
26 Apr 2010 (11.26 am)

Apa yang kita patut buat bila kita bercakap baik-baik, tapi ada orang maki hamun kita balik?

pilihan sentiasa ditangan kita. sama ada nak ikut bisikan syaitan supaya marah dan balas balik atau diam tanpa berkata apa-apa atau minta maaf sebab kemungkinan kata kita yang baik itu telah membangkitkan kemarahan orang.

Pertama sekali sebelum buat apa-apa, fikir masak-masak apa tindakan yang perlu kita buat. sebab emosi yang seringkali menguasai diri akan mengaburi keputusan. dah tentu kita tak nak menyesal kemudian hari kan.

narik nafas perlahan-lahan dan hembus. buatlah banyak kali sampai perasan marah dan semua emosi bodoh-bodoh tuh keluar.

kesimpulannya, aku rasa kelakar tiba-tiba sebab aku cakap dalam hati aku, nape nak layan orang macam nih. abaikan aje. Bila kena benda macam nih, perkara yang paling aku boleh buat ialah berdoa kepada Allah. semoga kesabaran aku untuk tidak marah dan tidak membalas kata-kata maki hamun tersebut mampu memberikan secebis pahala.

Di dalam dunia yang dah nak dekat kiamat nih, syaitan selalu nakkan manusia bermusuh-musuhan dan melakukan kejahatan. sebelum tengok jahat orang lain, putihkan hati dan lapangkan dada dengan kemaafan.

Monday, March 15, 2010

Tak de tajuk..

0 comments
15 Mac 2010 (05.02 pm)

Ketenangan itu berkocak..
Macam sawah yang dihujani dengan banjir..
Apa motif menyakiti hati orang lain..
Tak ada gunanya kan..

Jangan fikir dan fokus boleh tak?
Kalau penat.. duduk dan diam..
Jadi insan biasa..
Apa guna luar biasa?

Dia tidak akan berubah dan tidak akan mengerti..
Buat apa yang difikirkan terbaik..
Endahkan apa sahaja kata orang dan pemikiran negatif itu..
Buang jauh.. jauh ke dasar hati..
Biar remuk dan luka.. biarkan..

Friday, March 5, 2010

Akan ku jumpa

0 comments


Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari erti Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Ku menerus langkahku dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkan ku cahaya dari mata mu
ingin ku temu cinta mengisi ruang hatiku
tak kan pernah ku berhenti mencari..

Thursday, March 4, 2010

Kekurangan..

0 comments
05 Mac 2010 (12.00 pm)

aku ada kekurangan.. dan dia terima kekurangan itu..
tak tau laa dia terima dengan hati terbuka atau tak?
tapi caya laaa.. dia memang cool bila tahu kekurangan aku..
dan itu yang buatkan aku semakin sayangkan dia..

aku tak rasa ada lelaki lain yang boleh terima kekurangan ini..
itu sebabnya aku masih 'melekat' dengan dia..

boleh lekat dengan gam UHU ke? :)

Monday, March 1, 2010

cinta perlukan kata-kata dan perbuatan..

0 comments
01 Mac 2010 (02.58 pm)

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan.. mereka kenal secara tak sengaja.. pertemuan memang tak diduga kan.. walaupun berbeza pendapat dan berbeza hobi.. mereka masih boleh berkawan.. perempuan ini memang sukakan lelaki ini.. lumrah dunia wanita.. senang nak tafsir hati perempuan.. dan lelaki ini tahu perempuan ini sukakan dia.. tapi tak tahu sebab ego atau takut pada sebuah perhubungan.. lelaki ini hanya melayan perempuan ini baik-baik.. kalau perempuan ini sakit hati sebab lelaki ini tak caring atau seperti yang diharapkan.. perempuan ini hanya boleh bersabar dan telan semua yang pahit-pahit sahaja.. sebab perempuan ini tahu yang dia suka lelaki itu dan perasaan suka itu tak boleh ditarik balik..

Lelaki itu masih dengan egonya.. tidak mahu mengungkapkan ayat yang istimewa itu.. mulut macam ada berlian.. bagi perempuan itu susah sangatkah nak cakap sayang atau ungkap rindu.. dan bagi lelaki itu.. biarlah kalau dia seorang sahaja yang tahu dia suka kat perempuan itu.. tak perlu dengan kata-kata.. cukup sekadar perbuatan.. pelik kan.. dan perempuan itu akan terus tertanya-tanya.. sayangkah lelaki itu dengan dia.. seriuskah lelaki itu dengan dia..

Bagi perempuan itu.. kata dan perbuatan memainkan peranan penting.. sebab perempuan itu bukannya nujum.. sebab sering salah sangka yang sebabkan sesuatu perhubungan itu hambar atau tidak ada makna.. satu kerugian bila perempuan itu mencari yang lain semata-mata kerana lelaki itu ego atau takut untuk ungkapkan kata cinta..

Selalu sangat peristiwa ini berlaku kan.. selagi ada ruang cakaplah yang anda sayangkan pasangan anda.. tak kan nak tunggu umur dah 50 tahun baru nak cakap “Wanitaku.. aku mencintaimu..”.. Kalau sempat anda akan tersenyum melihat reaksi perempuan itu.. kalau tak sempat nak cakap apa-apa.. anda akan menangis dan menyesal kerana terlambat untuk cakap.. percayalah..

p/s saya selalu cuba untuk memahami anda.. dan perbincangan adalah langkah terbaik untuk memahami anda.. dan saya sangat suka untuk bercakap pasal topik apa pun.. (walaupun saya terpaksa dengar cerita sejarah lampau.. :)) selagi pengakhirannya adalah yang terbaik untuk kita..

Wednesday, February 24, 2010

mr right

0 comments
25 Feb 2010 (02.39 pm)

ada seorang kawan bertanya, "macam mana nak tahu yang seseorang lelaki tuh adalah mr right kita?"

jawapan, tak tau.. sampai laa kau dah kawin dengan mamat tuh.. hahahhaha.. tak lawak ok topik nih..

tapi memang betul.. aku sangat tak tau jawapannya.. sebab bila aku rasa dah jumpa orang tuh.. last2 orang tuh kawin dengan orang lain.. kesimpulannya manusia hanya boleh merancang..

sampai sekarang pun aku masih mencari mr right aku.. buat masa nih aku hanya boleh cakap biar masa yang tentukan.. berserah..

Sunday, February 21, 2010

kamu adalah musuh..

0 comments
22 Feb 2010 (11.44 am)

kamu adalah musuh jika tidak mengikut cara saya
dan kamu adalah sahabat jika mengikut cara saya

kamu adalah najis jika menjadi musuh saya
dan kamu adalah bunga jika menjadi sahabat saya

kamu berbau busuk jika kamu najis
dan kamu berbau wangi jika kamu bunga

kamu patut ditembak jika kamu jahat
dan kamu patut diraikan jika kamu baik

apakah kamu dan saya
kamu musuh saya jika saya dikhianati
dan kamu kawan baik saya jika saya dihormati seadanya

kamu seharusnya tahu
musuh bukan untuk saya..
dan jangan jadikan kamu musuh saya

Friday, February 12, 2010

karok yang terlampau..

0 comments
tak sempat nak buat ayat lagi.. nanti2 kita citer ok..so buat masa nih refer kat blog orang lain je laa..

http://cutiez-girlpower.blogspot.com/2010/02/have-fun.html

Monday, February 8, 2010

cintai saya hanya kerana Allah..

0 comments
08 Feb 2010 (12.22 pm)

Semalam tak pegi mana2.. so bukak tv dan ada rancangan sehati sejiwa.. pasangan wardina dan husband dia.. erm.. ayat yang sangat menarik perhatian..

“Kalau nak sayang saya biarlah kerana Allah, dan kalau nak benci pun biarlah kerana Allah”

“Berkahwin kerana Allah, tetapkan matlamat tersebut, insyallah perkahwinan itu akan membahagiakan walau apa pun dugaan”

Erm.. pegangan yang sangat menarik.. dan itulah pegangan aku sekarang ini.. di saat aku sangat terluka kerana cinta dan hidup.. aku teruskan hidup ini hanya kerana Allah.. dan aku mencari seseorang lelaki kerana Allah.. dan aku sayangi dia kerana aku perlukan seseorang dan kerana Allah.. sebab kalau aku tak fikir semua ini kerana Allah.. hati aku tak kan aku biarkan terbuka dan tak kan mau sayang sesape lagi.. itu sebabnya aku rasa hidup aku lebih tenang sekarang..
Bila kita rasa macam tak de sesape yg mampu selamatkan kita.. fikirkan Allah.. sebab hanya Dia yang akan selamatkan kita daripada apa yg mengganggu kita..

Maka cintailah saya kerana Allah..
Kerana kecomelan saya akan pudar ditelan waktu..
Dan bentuk badan yang cantik akan musnah ditelan masa..

Cintailah dia kerana Allah..
Kerana harta tidak membawa erti apa2 kepada Allah..
peganglah cintanya kerana Allah..

Sayang dan cinta ini kerana Allah..
hubungan yang direstui..
andai dia jodoh yang ditentukan..
terima dengan tangan terbuka..

...

0 comments
08 Feb 2010 (12.22 pm)

Hari Sabtu macam hari yang panjang. Aku kena jadi driver tak bergaji. Nasib baik ada upah mcD. Spend time dengan dia. Terpaksa dengar dia melalut apa2. But aku still hepi :)

Dan baru aku sedar dia adalah segala-galanya. Dia tak sempurna tapi dia tetap di hati. Dan akhirnya dia buat sesuatu yang dah lama aku tak rasa. Sekurang-kurangnya dia bukan lah lelaki yang sangat ego atau pentingkan diri. Semakin hari aku semakin mengenali dia. Tahu apa kelebihan dan kekurangan dia. Dan aku akan berfikir secara waras untuk menerima kekurangan dia.

Dan aku jugak ada keburukan sendiri. Dan aku akan cuba perbaiki diri.

Wednesday, January 27, 2010

I got you

0 comments
A place to crash, I got you
No need to ask, I got you
Just get on the phone, I got you
Come and pick you up if I have to

What's weird about it is we're right at the end
I'm mad about it, just figured it out in my head
I'm proud to say I got you

Go ahead and say goodbye, I'll be all right
Go ahead and make me cry, I'll be all right
And when you need a place to run to
For better, for worse I got you, I got you

Ain’t falling apart or bitter
Let’s be bigger than that and remember
The cooling outdoor when you’re all alone
We’ll go on surviving, no drama, no need for a show
Just wanna say I got you

'Cause this is love and life
And nothing we can both control
And if it don’t feel right
You’re not losing me by letting me know

Sunday, January 24, 2010

nobody

0 comments


http://www.youtube.com/watch?v=dKrU_BsEmD8&feature=channel

p/s wei lagu nih tak blh nak letak dlm blog.. ceh.. tp layannn..

Friday, January 22, 2010

harus lebih berdikari dan jangan manja2 sgt..

0 comments
23 Jan 2010 (Saturday) 12.38 am

erm.. dah berapa lama aku keje ek.. kira2 4 tahun dah.. dan dalam masa 4 tahun nih laa banyak benda yg dah berubah..

bila kenang balik.. aku nih terlalu dimanjakan kot.. pegi mana2 berdua.. dan dah biasa orang uruskan sesuatu benda utk aku.. dan skrg nih.. bila dah tak mcm tuh.. rasa mcm hidup dah tak best..

tuh laa aku nak salahkan semua ex aku.. sape suruh manjakan aku sgt.. hehhehee.. dah biasa orang ambil berat dan dijaga.. apa2 pn aku dalam proses untuk more independent.. dan jadi seorang yang tak manja2 sgt..

apa2 pun thanks untuk orang yang pernah ambil berat pasal aku.. :) tanpa mereka siapa aku untuk terus menikmati sesuatu yang dinamakan pengalaman !!

pengalaman aku sgt berharga.. just simpan dalam poket kemas2.. dan patut lebih berusaha untuk yang terbaik..

sgt menghargai masa sekarang.. walaupun ada sedih.. tapi lebih bermakna.. orang kata glory for woman's life begin at 30 but bagi aku, masa itu dah nak start.. aku boleh rasa aura tuh..

apa aku nak cakap lagi? semuanya ok dah.. :)

Wednesday, January 20, 2010

menyesal

0 comments
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu


lagu yang kak emy selalu bukak 24 jam sampai dah termasuk dalam kepala otak..
yg aku tau.. aku tak pernah menyesal sbb kenal dia.. tp aku akan menyesali sbb masa yg singkat ini tak digunakan sebaiknya..
cinta itu untuk dinikmati.. tp kalau kita tak rasa.. satu kerugian.. itu yang aku menyesal..
erm.. malas nak fikir :)

Monday, January 18, 2010

pig skin linning..

0 comments
19 Jan 2010 (Monday) 01.55 pm

ada 1 kisah utk renungan bersama.. lebih2 lagi sbb kita adalah org Islam..

malam tuh plan nak tgk movie.. citer adnan sempit..
sebelum masuk panggung.. gi laa kat 1 kedai.. tak mau laa cakap nama kedai nih atas sebab2 keselamatan.. masuk sbb nampak perkataan sale.. huh perempuan mmg pantang nampak perkataan tuh.. masuk dgn gelak2.. biasa laa kalau dgn kawan2.. mana boleh kalau tak gelak..

time nak kuar dpd kedai tuh.. tetiba nampak kasut yg sgt pink.. rasa sgt excited.. sampai tarik sorang kawan nih.. pegang kasut dan hampir nak try.. tp tetiba nampak satu ayat "pig skin linning"

erm.. respond sgt lmbt time tuh.. sbb gelak byk sgt kot.. ada laa dlm 10 minit berfikir.. rasa2 macam aku tau je ayat tuh... tp mcm tak mau percaya je.. so cepat2 letak kasut dan kuar dpd kedai tuh..

pi kt kawan2 yg lain dan tanya.. "kalau pig skin linning.. maksudnya kasut tuh diperbuat dpd bab* kan".. huhuhuhuu time tuh mmg rasa nk cari tanah.. sbb tangan dah berpegang benda yg statusnya HARAM di sisi ISLAM..
HARAM ok.. benda yg bukan buat main2..

kawan2 aku kata kalau sesama kering tak pe.. tp baru semalam aku baca 1 buku pasal islam.. kalau kulit kita kering dan pegang anjing yg kering atas sebab2 tertentu (contoh: nk selamat kan anjing tuh).. tak pe.. tak kena samak.. tp kalau dah namanya bab*.. tak kira pegang macam mana.. kena samak gak..

so apa kesimpulan sekarang.. jangan gelak banyak sgt.. dan jgn tertipu dgn kasut pink.. tp kejadian malam itu membuatkan aku semakin berhati2 bila nak pegang kasut.. mcm nak boikot kedai tuh je.. apa hal ko jual kasut bab* secara berleluasa.. tak pasal2 aku terpegang dan kena berusaha cari TANAH SUCI kat kl nih..

kejadian ini buatkn aku insaf sekejap.. nama je negara islam.. tp unsur2 nk bawak manusia yg beragama islam ke arah melupakan islam sgt laa mudah.. insaf.. insaf..

entah laa.. apa2 pn kena berhati2.. lepas nih jgn terus pegang apa yg kita nampak.. perhatikan sekeliling.. hhuhuhuuhu..

Wednesday, January 6, 2010

optimistik

2 comments
07 Jan 2010 (Monday) 10.56 am

maksudnya - positif, yakin, penuh harapan..
ye.. sepatutnya hidup kita mcm tuh..
sbb jarang guna perkataan nih.. so aku tak tau apa maksud sebenar.. siap search kat dewan bahasa tuh.. hehehe.. kalau kata2 positif.. kan kita dah belajar 1 perkataan baru dalam hidup nih..

ada org cakap aku optimistik.. so adakah aku seorg yg optimistik? jawapannya dah tentu ya.. walaupn kadang2 payah nk fikir keputusan antara dua pilihan.. tp kena yakin dalam menghadapi sesuatu perkara..

kalau asyik fikir tak perlu cakap apa2 atau abaikan apa yang berlaku.. kan senang hidup nih.. tp dlm hidup nih kena berani buat keputusan dan kena berani hadapi risiko bila dh buat keputusan tuh..

bukan susah nak positif.. asalkn cakap benda yg baik2 je.. contoh.. daripada cakap baju nih buruk laa.. lebih baik cakap baju nih tak cantik laa.. so perkataan tak cantik tuh lagi bagus dpd buruk..

setiap org ada cara tersendiri.. cuma hadapi semua nih dgn berani.. jgn laa sorokkan muka dan buat2 hilang kalau ada problem ok..

Sunday, January 3, 2010

lepaskan dia atau bagi peluang..

0 comments
04 Jan 2010 (Monday) 05.53 pm

aku pernah bg dia peluang.. agaknya dia sedar ke tak.. dan aku ingin lepaskn semua ini.. namun bukan senang.. hati aku mengatakan tidak boleh pegi lagi dgn dia.. tp hati kecik aku nk bg peluang.. confius dan stress..

peluang demi peluang.. aku tau dia tak kan berubah.. tau tak.. perempuan perlukan kasih sayang dan keyakinan utk teruskan hubungan nih.. tp kalau perempuan tuh tak dapat apa yg dia nak.. apa yg harus dia buat?

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates