Sunday, December 17, 2006

Balik KL

0 comments

Bos panggil. “Isnin nih balik KL”, hampir terduduk dgn berita tuh. Sebenarnya mmg dah terduduk pn. Tak percaya, happy, semuanya ada. Rindu pd adik, pd family. Tak sabar nak balik KL rasanya. Outstation di negara orang membuatkan aku begitu menghargai apa yg ada di sekeliling. Benarlah kata org, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Sebab di tempat yang serba asing ini, makanan, pergaulan semua terbatas. Yang ada pun cuma kawan sekerja sahaja. Nak shopping or tgk wayang pn susah. Pergerakan sgt terbatas kerana mengharapkan orang lain utk ke mana2. Semua ini hanya pengalaman. Apa2 pun hari nih nak balik KL. Hati berlagu riang. Tawa pn berlainan rentak. Senyum memanjang.

Tp balik nih tak berapa syok laa. Sebab gaji tak masuk lagi. Masa yg tak sesuai utk balik. Tp bos dah suruh balik dan bg cuti seminggu. Kira ok laa dpd tak cuti langsung.

Rindu kat seseorg. Mcm mana laa dia agaknya. Dah dekat 2 minggu pegi Australia tp langsung tak de berita. Bz sgt ke? Nasib badan laa dpt bf yg mcm tuh. Sengaja uji kesabaran aku ke? Atau sengaja nak buat hal. Erm.. just wait and see. Berapa lama dia nak buat mcm nih kat aku.

Banyak benda nak buat bila balik. Tp tak de duit. Tak pepasal balik cuti seminggu duduk umah. Tp tak pe boleh habiskan masa kat umah sewa baru tuh. Sempat merasa duduk seminggu je kat umah baru, tak sempat nak nak beramah mesra dgn umah baru. Rasa syok jugak.

Harap2 flight tak delay. Mati laa kalau sampai KL tgh mlm. Agak merbahaya utk anak gadis mcm aku. Tawakal je laa. Ah, tak sabarnya nak balik.

Friday, December 15, 2006

Inikah realiti

0 comments

Awk… saya nak nangis, masih terpinga2 dgn apa yg terjadi. Sejak akhir2 ini saya sering bertanya kepada diri sendiri, inikah realiti? Benarkah apa yang terjadi. Awk datang tiba2 dlm hidup sy, beri kebahagiaan yg tak terhingga. Di saat kebenaran semakin terserlah, hati sy sebak. Maafkan sy kerana tidak mengerti diri awk. Sy masih keliru kerana selama ini sy salah sangka pada diri awk, sy anggap awk ada yg lain, dan sy hanya bertepuk sebelah tangan. Tp apa yg terjadi adalah sebaliknya !! sy sebak bila tau awk tunggu sy selama ini. Sy yg buta dan tak tau menilai apa yg ada di depan mata. Hanya ucapan terima kasih yg mampu sy katakan kerana kesetiaan awk. Di saat sy mengetahui kebenaran ini, sy berjanji sy akan berusaha bahagiakan awk, sy tak mau awk bersendirian lg. Awk sepatutnya dpt yg terbaik, walaupn sy byk kekurangan, tp sy tetap akan buat yg tbaik utk awk.


Awk.. sy masih terkejut, fikiran sy masih tidak dapat menafsirkan kejutan ini. Sebenarnya sy sudah tidak mahu menyayangi sesape lg. Air mata dan kesedihan ini tidak mampu sy ubatkan lg. Kehadiran awk hanya menakutkan sy, sy takut.. sy takut ditinggalkn, dikhianati, dan takut tidak dpt jd yg tbaik utk awk. Sy tidak mampu minta apa2 dpd awk kerana sy sedar awk menyayangi sy lebih dpd segala2nya. Cukup la awk terus di sisi sy, dan cukup la awk beri perhatian kpd sy… sy tak kan minta apa2 lg..

Dengarlah melati ku

0 comments

Awk.. sekarang ini saya dengar lagu yang awk bg saya, lagu yg menemani kita berdua sejak akhir2 ni, sy sebak bila dengar, seribu perasaan yang terukir. Perasaan ini saya pun tak pasti, hanya Tuhan yang mengetahui bagaimana berceramuknya perasaan saya di saat ini kerana kewujudan awak secara tiba2.

Kelmarin kita menghabiskan masa bersama, walau banyak kejadian yang berlaku, tp hikmahnya kita tak pernah lekang berdua. Sepanjang masa kita bersama, banyak yang saya nilaikan. Setiap kali memandang awak, saya mencari kejujuran. Dalam kekejutan ini, saya mencari pelbagai sebab dan jawapan kepada semua pertanyaan saya. Namun tiada jawapan.

Bodohkah awak atau butakah saya. Saya mencari kebahagiaan sedangkan kebahagiaan itu sudah di depan mata. Mampukah saya membahagiakan awak dan berdayakah awak membuatkan saya percaya dengan apa yang berlaku. Saya percayakan awak tp saya hampir tidak mempercayai apa yang berlaku, semuanya seakan mimpi. Masih tertanya2, adakah semua ini benar2 realiti. Seandainya hanya mimpi, sedarkan lah saya dari mimpi ini kerana saya tak mahu terluka sekali lagi.

Awak hadir di saat saya pasrah dan menyerahkan segala2nya pada takdir. Saya masih keliru, sama ada untuk terus mempertahankan awak dalam hati saya atau menyerahkan pada ketentuan. Saya sygkan awak, tp andainya saya terluka, pasti saya tak mampu hadapinya.

Akhirnya saya pasrah. Saya menyayangi awak lebih dpd yang awak tahu. Cuma kerana kepasrahan saya ini, saya seringkali membiarkan semuanya berlalu. Maafkan saya jika saya bukan yang terbaik. Takut dikhianati dan dilukai, menjadikan diri saya dingin. Saya akan belajar menerima awak semula setelah saya hampir berjaya lupakan awak.

Kenyataan yang sebenarnya, saya memang tak pernah lupakan awak, dan sayang ini tidak pernah luput. Hanya masa dan jarak yang memisahkan membuatkan saya terleka dan hampir melupai, tapi jauh di sudut hati, awak tetap menjadi sanjungan.

Setelah mengetahui isi hati dan perasaan awak yang sebenar, akhirnya saya membuat keputusan. Awak layak dapat apa yang awak inginkan, dan saya tak mampu jauhkan hati dan perasaan saya daripada awak. Saya menerima awak seperti awak menerima saya seadanya. Saya ingin bahagiakan awak dan berilah saya peluang. Saya akan setia menunggu awak kerana saya mengharapkan awak untuk seluruh hidup saya. Terima kasih kerana menjadikan saya insan teristimewa dalam hati awak, sesungguhnya awak lebih istimewa dan bermakna dalam hidup saya. Terima kasih kerana menyinari hidup saya dengan cinta awak, di saat saya pasrah, kemunculan awak adalah segala2nya. Terima kasih, sayang…

Seandainya kau ada di sini dengan ku
Mungkin ku tak sendiri
Bayangan mu yang selalu menemani ku
Hiasi malam sepi ku

Ku ingin bersama dirimu
Tak kan pernah berpaling dari mu
Walau kini kau jauh dariku
Yang selalu ku nanti kerana ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil nama mu
Dengarlah melati ku
Ku berjanji hanyalah untuk mu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena tanpamu di sisi
Ku kan selalu menantimu.

Mengimbau Kenangan...

1 comments
Thursday, December 14, 2006 (9.30 pm)

Adakah hati kita sama, saling merindu, saling menyayangi dan saling menyintai.

"Awak syg saya?"
"sayang"
"awk rindu sy?"
"rindu.."


Masih segar di ingatan, pertama sekali sy memerhatikan wajah awk. Ada presentation hari tu. Lecturer bahagikan setiap kumpulan dgn tajuk tertentu, dan kena buat presentian. Hampir tergelak memerhatikan gelagat awk. Gelabah semacam, gelak dlm hati je laa. Ilmu penuh di dada, so presentation awk memang best dan berisi. Itulah pertama kali sy memandang awk dgn seribu perasaan. Sy pn tak begitu memahami hati sy ketika itu. Siapa sangka awk laa org yg sy cari.


Kita bermula dgn sms, awk yg mula2 hantar msg. sy langsung tak kenal awk sape. Tak tau dpd mana awk dpt no phone sy. Setelah bertahun baru tahu awk mmg sengaja ambil no phone dpd muslihat awk dan kawan2. konon lecturer nak maklumat kitaorg ye. Teruk tul. Kitaorg tak fikir apa2 just isi je maklumat sendiri termasuk no phone. Sepanjang sms dgn awk (time tuh tak kenal awk lg), sy jujur anggap awk kwn walau tak kenal. Sy selesa bercerita dgn org yg tak sy kenal. Perangai yg teruk kan, mana blh nak percaya org sesuka hati. Tp itulah yg terjadi. Sy akan msg apa sahaja dgn awk. Rasa2nya awk lebih byk kenal diri sy dpd sy tahu pasal awk kan. Yg sy tau awk just sekolej dgn sy, tp sy tak pernah sangka awk kwn sekelas !! tuh sbbnya bila sy tahu awk laa orgnya, terkejuk beruk, tak pernah sangka.. tp awk jahat, awk pernah miss call time sy kt kelas, dah laa time tuh lupa nak silentkn hp, huhuuhuhuu kuat plak bunyi tuh. Malu tul dgn lecturer. Semua tuh mmg kenangan.


Kalau nak cerita pasal zaman kolej, walaupn tak byk hal pasal kita tp tetap ada kenangan tersendiri. Saya tak begitu memberikan perhatian pd awk. Minta maaf.. maybe saya ni buta hati kot, hahahhahaha… saya mmg buta, tak pernah nampak permata depan mata. Sy tercari2 cinta sy sedangkn ada depan mata. Awk syg sy selama nih tp langsung sy tak tau.


Saya masih ingat, awk ada msg ckp dah kenal sy sape. Time tuh rasa tak adil laa, sbb awk sorang je yg kenal sy, sy langsung tak kenal awk. Sejak tuh hati sy meronta2 nak cari awk, dan nak berdepan dgn awk secara berdepan. Tp apa yg sy tau pasal awk, Cuma tau awk sekolej dan sy hanya ada nom hp awk je. Lgpn siapa yg blh sy mintak tolong, segan dgn kwn perempuan. Kwn lelaki? Mmg tak de kwn lelaki kt kolej pn. Kebetulan kenal dgn seorg budak lelaki nih pn sbb programming. So agak2 mcm dah kenal, so blh laa nak mintak tolong kot. So sy pn jumpa laa dan mintak laa tolong carikan awk. Tak sedar langsung lelaki yg sy cari adalah lelaki sama yg sy mintak tolong !! waaa malu nya bila tau…


Mcm mana sy tau ek. Sy mintak laa no hp lelaki nih sbb nak tanya pasal koding kot. Tak berapa ingat. Mintak kt erwin. Tp kan nom yg erwin bg mcm kenal je. Balik umah try tgk nom awk, sama !! tak tau apa yg dpt sy fikir. Sy try gak cari wajah awk di sebalik semua student tp payah nak jumpa. Maybe sbb sy duduk depan dlm kelas, mana laa nak nampak awk kan. Ke mmg hati sy benar2 buta time tuh. Sy mmg payah nak rapat dgn lelaki dan awk pn buat bodoh je bila tau yg sy dah kenal awk. Nak ckp dgn awk pn segan, apatah lagi sy nak mulakan perbualan. Manusia bernama lelaki, erm.. mmg payah nak rapat. Lgpn awk rapat dgn didie, bila awk bg perhatian kt kwn sy tuh… sy pn malas nak fikir panjang. Tak nak fikir apa2…


Sejak tuh kita loss contact, kenapa ek… tak tau kenapa tp memasing senyapkan diri. Sy pn hanyut dgn dunia sy. dunia awk? Awk dgn dunia awk laa. Tapi kenapa kita begitu ego. Just say hai, maybe akan berubah segalanya. Maybe kita terus jadi kwn rapat. Yg berlalu biar laa, sbb itu laa yg terjadi dan kita tak blh merubahnya.


Mengenang masa lalu, sbb sy ada sedikit kenangan dgn awk. Kita mmg susah nak spend time masa bersama. Alasan? Bz dgn kerja… apa2 pn sy rindu awk dan syg awk sgt2…

Tuesday, December 12, 2006

Permulaan Tirai

0 comments
huhuhuuu...
nape laaa ku create gak blog nih, sebenarnya aku suka menulis, tp selalunya utk tatapan aku sendiri laa. sbb bila tulis ayat mesti jiwang2 (aku nih jiwang ke?)

so 1st ly aku nak masukkan semua benda merepek yg dah aku tulis selama nih (mati laa kalau org kenal sape aku, mana aku nak letak muka)

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates