Tuesday, September 22, 2015

Bila berseorangan, cari memori terindah

1 comments
22 Sept 2015 (10.54 pm)

Aku down bila dia bz dan kami tak berjumpa berminggu-minggu, sedih, rasa berseorangan, mula fikir negatif yang akhirnya memakan perasaan.

Pagi tadi bangun dengan harapan baru setelah melalui mimpi yang indah, aku diberitahu jika sedih dan rasa berseorangan, cari memori terindah bersama dia, nescaya anda akan senyum sendiri.

So, malam ni aku start bukak blog, dan baca semua kisah suka duka yang aku taip, dan baru aku sedar aku jatuh cinta pandang pertama pada dia, satu perasan yang lama tak rasa setelah hubungan kami sangat lama dan sering berjauhan dan ditinggalkan.

Aku kenal dia pada April 2009 dan sekarang Sept 2015, wow 6 tahun dah, patut laa perasan yang dulu bunga-bunga macam bunga ros dah start layu. Lagi-lagi sekarang ni aku berdarah manis dan hampir nak tamatkan zaman bujang, so setan selalu cari jalan dan percikkan unsur negatif pada diri.

Hopefully dia faham yang aku tak mampu berseorangan, dan hopefully kalau aku berseorangan aku mampu terus tabah.

Alhamdulillah hidup aku berjalan seperti yang aku rancangkan, aku dah start buat part time job as cwa consultant aka financial consultant. I'm happy to talk about money and educate people around me how saving consistently can make you rich even you not coming from rich family. wow english gitu. hehe. Dan aku suka jadi financial consultant sebab selain dapat educate orang, aku juga dapat side income tanpa keluarkan model sesen. I love so much tang tak perlu keluarkan modal tuh. Aku pergi training berbayar pun untuk tambah skill, jumpa org hebat dan excellence motivasi.

Motivasi adalah perkara penting untuk manusia macam aku yg selalu down dalam beberapa saat sahaja. Berjumpa orang hebat dan jauh pengalaman juga penting untuk menambah value hidup kita. Kita patut berjumpa orang baru dalam hidup untuk kita belajar ilmu hidup.

Alhamdulillah apa yang dirancang menjadi, harap-harap boleh bermula awal untuk kehidupan selepas dunia ni. Simpan duit untuk haji, itu rukun islam ke 5 yang wajib kan. Dalam hidup buat yang wajib dulu, yang sunat selapas itu. Pakai baju muslimah dengan sempurna dan tutup aurat dengan sempurna. Buang habis semua maksiat-maksiat. Banyak bersedekah untuk saham akhirat. Nak jadi muslimah sejati yang dipandang tinggi oleh Allah !!. Itu azam terbaru saya !! hopefully can archive before DIE !!

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates