Wednesday, March 9, 2016

Kedai Bengkel Kereta Jujur Multimec Auto Service USJ 1 En Muin

10 comments
9 March 2016 (3:50 PM)


Disebabkan pomen yang selalu aku pergi area Shah Alam tidak available, so aku google untuk mencari bengkel kereta. Maka, terjumpalah 1 pomen yang viral. Nama pomen nih En Muin. Bengkel area USJ 1, berhadapan dengan masjid.


Disebabkan viral yang pomen nih sangat jujur dan dengan harapan pomen nih tidak sembelih aku, maka aku mengambil keputusan hantar kereta ke sini.


Berlaku adegan yang tidak mengembirakan aku, bila kereta dah siap dan aku tengah menunggu nak ambil kereta aku, aku perhatikan ramai jugak perempuan yang hantar kereta ke sini. Ada seorang pomen ini, aku tidak tahu nama, pomen ni berbadan besar sikit, dan panggil seoarang customer perempuan nih dengan panggilan you you.


Conversation seperti begini:


Pomen : "You you, kereta you nih gini - gini" (Aku tengah sibuk menegok kereta aku, tapi bila pomen nih panggil you you, aku dah start alert sebab geli dengan panggilan tersebut)
Tiba-tiba..
Pomen : "you you, kereta you nih kena tukar minyak gearbox nih, harga 200 lebih jugak nak tukar nih" (Glupp aku telan air liur sebab harga ratus-ratus buatkan aku alert, dalam hati, ehh minyak gearbox beberapa puluh aje kan.. terus google.. sah pomen nak sembelih minah ni)


Kemudian, minah ni duduk di hadapan aku (agak muda minah nih)
Aku : "Awak, pomen tuh cakap awak kena tukar minyak gearbox ke? dia bagi harga 200 lebih ke? " (sambil aku bagi tengok harga minyak gearbox sebenar di internet kat handphone aku).


Terus aku bagi nasihat, harga minyak gearbox tak semahal itu, baik pergi bengkel lain.


Kesimpulan, sila google apa sahaja yang pomen bagitahu mengenai kerosakkan kereta. Internet adalah gedung maklumat, apa yang rosak, siap harga barang yang rosak, harga upah pun ada. Dan kalau nak pergi bengkel Multimec Auto Service USJ 1 yang berhadapan dengan masjid nih, jumpa En Muin atau En Lan sahaja.


Kesian aku tengok perempuan yang tak tahu apa2 pasal kereta dan hampir kena sembelih.













Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates