Wednesday, March 9, 2016

Kedai Bengkel Kereta Jujur Multimec Auto Service USJ 1 En Muin


9 March 2016 (3:50 PM)


Disebabkan pomen yang selalu aku pergi area Shah Alam tidak available, so aku google untuk mencari bengkel kereta. Maka, terjumpalah 1 pomen yang viral. Nama pomen nih En Muin. Bengkel area USJ 1, berhadapan dengan masjid.


Disebabkan viral yang pomen nih sangat jujur dan dengan harapan pomen nih tidak sembelih aku, maka aku mengambil keputusan hantar kereta ke sini.


Berlaku adegan yang tidak mengembirakan aku, bila kereta dah siap dan aku tengah menunggu nak ambil kereta aku, aku perhatikan ramai jugak perempuan yang hantar kereta ke sini. Ada seorang pomen ini, aku tidak tahu nama, pomen ni berbadan besar sikit, dan panggil seoarang customer perempuan nih dengan panggilan you you.


Conversation seperti begini:


Pomen : "You you, kereta you nih gini - gini" (Aku tengah sibuk menegok kereta aku, tapi bila pomen nih panggil you you, aku dah start alert sebab geli dengan panggilan tersebut)
Tiba-tiba..
Pomen : "you you, kereta you nih kena tukar minyak gearbox nih, harga 200 lebih jugak nak tukar nih" (Glupp aku telan air liur sebab harga ratus-ratus buatkan aku alert, dalam hati, ehh minyak gearbox beberapa puluh aje kan.. terus google.. sah pomen nak sembelih minah ni)


Kemudian, minah ni duduk di hadapan aku (agak muda minah nih)
Aku : "Awak, pomen tuh cakap awak kena tukar minyak gearbox ke? dia bagi harga 200 lebih ke? " (sambil aku bagi tengok harga minyak gearbox sebenar di internet kat handphone aku).


Terus aku bagi nasihat, harga minyak gearbox tak semahal itu, baik pergi bengkel lain.


Kesimpulan, sila google apa sahaja yang pomen bagitahu mengenai kerosakkan kereta. Internet adalah gedung maklumat, apa yang rosak, siap harga barang yang rosak, harga upah pun ada. Dan kalau nak pergi bengkel Multimec Auto Service USJ 1 yang berhadapan dengan masjid nih, jumpa En Muin atau En Lan sahaja.


Kesian aku tengok perempuan yang tak tahu apa2 pasal kereta dan hampir kena sembelih.













10 comments on "Kedai Bengkel Kereta Jujur Multimec Auto Service USJ 1 En Muin"

Unknown on August 12, 2017 at 2:14 AM said...

Ade no en. Muin tu x?

Wan said...

tahun lepas saya bawak proton waja. nak servis ja mulanya.. last2 habis sampai brake pad, brake disk keempat2 bahagian. mulanya cari di google konon jujur sangat. BENGKEL INI PENIPU! dia ramai pomen akan ambil bahagian. mungkin freelancers. masing2 buat upselling yg bukan2. Ramai yang datang tempat ni selepas viral jujur konon tuh..nasihat saya pada bengkel ini... AWAS Anda sedang diperhatikan!!

Mama Gorgeous..!! on February 21, 2018 at 10:02 PM said...

saya bertahun service dgn abg muin ni elok je tak pernah kena sembelih pun. lain kali kalau nak repair pergi direct dgn abg muin owner kedai. jgn salah kedai atau jgn salah pomen pulak. tak baiklah mengaibkan org lain.

Unknown on February 28, 2018 at 8:42 AM said...

Wan tu dengki sis . Hahaha

Hamba ALLAH on March 1, 2019 at 2:58 AM said...

Jgn buat fitnah.gen2 aku dh 3-4 thn hntar sana ok aje.hrga x pernah kena sembelih.dh 20thn aku pakai keta x pernah jmpa bengkel sebaik ni.

Unknown on September 11, 2019 at 8:31 AM said...

Akubservis dua kreta ok ja, begkel ni kalau tak silap spray kereta bole bayar ansur,dan selalu customer ambil kesempatan..

Unknown on May 12, 2020 at 5:25 PM said...

Ada dapat numner fon en. Muin tu? Minta share..

Unknown on June 16, 2020 at 3:42 AM said...

Nk cubala bengkel ni.

Unknown on July 11, 2020 at 2:37 AM said...

Assalamualaikum en muin..saya nak hantar kereta hari mingu buka ke

radmundgaarder on February 26, 2022 at 8:27 AM said...

Wynn Hotel and Casino Review for 2020
The Wynn Tower Suite Salon is located next to the casino's 벳365코리아 casino 벳 센세이션 and casino. At duniasarungjok.com this 블랙잭애니 location, you'll find plenty of table 먹튀검증 games and shows

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates