Friday, December 15, 2006

Dengarlah melati ku


Awk.. sekarang ini saya dengar lagu yang awk bg saya, lagu yg menemani kita berdua sejak akhir2 ni, sy sebak bila dengar, seribu perasaan yang terukir. Perasaan ini saya pun tak pasti, hanya Tuhan yang mengetahui bagaimana berceramuknya perasaan saya di saat ini kerana kewujudan awak secara tiba2.

Kelmarin kita menghabiskan masa bersama, walau banyak kejadian yang berlaku, tp hikmahnya kita tak pernah lekang berdua. Sepanjang masa kita bersama, banyak yang saya nilaikan. Setiap kali memandang awak, saya mencari kejujuran. Dalam kekejutan ini, saya mencari pelbagai sebab dan jawapan kepada semua pertanyaan saya. Namun tiada jawapan.

Bodohkah awak atau butakah saya. Saya mencari kebahagiaan sedangkan kebahagiaan itu sudah di depan mata. Mampukah saya membahagiakan awak dan berdayakah awak membuatkan saya percaya dengan apa yang berlaku. Saya percayakan awak tp saya hampir tidak mempercayai apa yang berlaku, semuanya seakan mimpi. Masih tertanya2, adakah semua ini benar2 realiti. Seandainya hanya mimpi, sedarkan lah saya dari mimpi ini kerana saya tak mahu terluka sekali lagi.

Awak hadir di saat saya pasrah dan menyerahkan segala2nya pada takdir. Saya masih keliru, sama ada untuk terus mempertahankan awak dalam hati saya atau menyerahkan pada ketentuan. Saya sygkan awak, tp andainya saya terluka, pasti saya tak mampu hadapinya.

Akhirnya saya pasrah. Saya menyayangi awak lebih dpd yang awak tahu. Cuma kerana kepasrahan saya ini, saya seringkali membiarkan semuanya berlalu. Maafkan saya jika saya bukan yang terbaik. Takut dikhianati dan dilukai, menjadikan diri saya dingin. Saya akan belajar menerima awak semula setelah saya hampir berjaya lupakan awak.

Kenyataan yang sebenarnya, saya memang tak pernah lupakan awak, dan sayang ini tidak pernah luput. Hanya masa dan jarak yang memisahkan membuatkan saya terleka dan hampir melupai, tapi jauh di sudut hati, awak tetap menjadi sanjungan.

Setelah mengetahui isi hati dan perasaan awak yang sebenar, akhirnya saya membuat keputusan. Awak layak dapat apa yang awak inginkan, dan saya tak mampu jauhkan hati dan perasaan saya daripada awak. Saya menerima awak seperti awak menerima saya seadanya. Saya ingin bahagiakan awak dan berilah saya peluang. Saya akan setia menunggu awak kerana saya mengharapkan awak untuk seluruh hidup saya. Terima kasih kerana menjadikan saya insan teristimewa dalam hati awak, sesungguhnya awak lebih istimewa dan bermakna dalam hidup saya. Terima kasih kerana menyinari hidup saya dengan cinta awak, di saat saya pasrah, kemunculan awak adalah segala2nya. Terima kasih, sayang…

Seandainya kau ada di sini dengan ku
Mungkin ku tak sendiri
Bayangan mu yang selalu menemani ku
Hiasi malam sepi ku

Ku ingin bersama dirimu
Tak kan pernah berpaling dari mu
Walau kini kau jauh dariku
Yang selalu ku nanti kerana ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil nama mu
Dengarlah melati ku
Ku berjanji hanyalah untuk mu cintaku
Tak kan pernah ada yang lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang ku rasa
Sanggupkah ku terus terlena tanpamu di sisi
Ku kan selalu menantimu.

0 comments on "Dengarlah melati ku"

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates