26 Apr 2010 (11.26 am)
Apa yang kita patut buat bila kita bercakap baik-baik, tapi ada orang maki hamun kita balik?
pilihan sentiasa ditangan kita. sama ada nak ikut bisikan syaitan supaya marah dan balas balik atau diam tanpa berkata apa-apa atau minta maaf sebab kemungkinan kata kita yang baik itu telah membangkitkan kemarahan orang.
Pertama sekali sebelum buat apa-apa, fikir masak-masak apa tindakan yang perlu kita buat. sebab emosi yang seringkali menguasai diri akan mengaburi keputusan. dah tentu kita tak nak menyesal kemudian hari kan.
narik nafas perlahan-lahan dan hembus. buatlah banyak kali sampai perasan marah dan semua emosi bodoh-bodoh tuh keluar.
kesimpulannya, aku rasa kelakar tiba-tiba sebab aku cakap dalam hati aku, nape nak layan orang macam nih. abaikan aje. Bila kena benda macam nih, perkara yang paling aku boleh buat ialah berdoa kepada Allah. semoga kesabaran aku untuk tidak marah dan tidak membalas kata-kata maki hamun tersebut mampu memberikan secebis pahala.
Di dalam dunia yang dah nak dekat kiamat nih, syaitan selalu nakkan manusia bermusuh-musuhan dan melakukan kejahatan. sebelum tengok jahat orang lain, putihkan hati dan lapangkan dada dengan kemaafan.
Selipar Besar
9 years ago
2 comments on "berkata yang baik-baik sahaja.."
lama takda entry, becuti ka ?
tak ke mana-mana.. membawa hati yang lara.. cewahh..
Post a Comment