04 May 2010 (01.11 pm)
terang-terang aku tulis tajuk kat atas..
kisah berlaku petang, pukul 6.00 petang.. nak balik umah.. tengah nak bukak pintu kereta.. tiba-tiba diterpa seorang lelaki cina.. dia cakap dia penarik kereta daripada bank dan nak tarik kereta sebab dah 4 bulan tak bayar kereta..
time tuh blur.. bila dia kata ada kad kuasa dan tunjuk kat aku.. aku bersama kawan time tuh.. kitaorang dah pandang-memandang.. dan tak percaya apa yang lelaki cina tuh cakap.. sebab aku perasan kad yang kononnya kad kuasa tuh bertulis dengan tulisan pen biru aje.. dalam kepala otak aku memang aku tak percaya.. dan kalau pun betul aku nak gi balai polis, buat report dan baru dia boleh tarik kereta tuh..
5 minit jugak pintu kereta terbukak.. bila aku sedar macam ada yang tak kena.. aku terus tutup pintu dan lock kereta.. dan bukak tingkap sikit.. orang cina tuh panggil kawan dia dan tunjukkan laptop yang ada sistem yang kononnya kereta aku memang kena tarik.. time tuh aku memang tak tau nak buat apa.. sebab takut benda buruk berlaku.. dan kawan aku suggestkan panggil kawan yang lebih arif pasal benda nih.. aku cakap aku nak panggil kawan dan terus keluar kereta.. picit alarm dan pegi cari kawan aku..
perasaan time tuh mmg sangat2 blur dan tak tau nak buat apa.. mustahil kereta tuh ada tungakkan.. time-time macam nih laa telefon aku tertinggal kat umah dan telefon kawan tuh abis bateri..
nasib baik ada kawan-kawan, dan ada husband seorang kawan nih tolong temankan gi tempat aku park kereta tuh.. mamat cina 2 orang tuh dah tak de.. dan balik umah petang tuh ditemani kereta kawan yang sorang lagi..
tapi benda-benda nih sangat buatkan aku kena lebih berhati-hati dan alert dengan keadaan sekeliling.. nasib baik orang cina yang menyamar jadi penarik kereta tuh tak buat apa-apa yang ganas seperti keluarkan pisau ke.. takut.. takut..
so pesanan kepada orang-orang kat luar.. apa-apa jangan panik.. aku panik time tuh so tak boleh berfikir dengan waras.. kalau boleh sebelum masuk kereta.. perhatikan keadaan sekeliling.. masuk kereta cepat-cepat dan lock pintu.. kesalahan aku adalah sebeb kereta tuh panas.. so selalunya aku akan bukak pintu kereta luas-luas dan start engine.. memang sangat salah.. jangan cepat percaya apa orang kata.. time kejadian berlaku ada je orang lalu lalang kat tempat park tuh.. tapi orang hanya memandang je laa.. kalau boleh elakkan daripada apa-apa yang buruk berlaku..
benda buruk boleh berlaku kat mana-mana je.. time orang ramai pun boleh berlaku.. time sunyi2 lagi la boleh berlaku macam-macam.. kejadian nih buatkan aku tak mau park kat tempat tuh lagi.. dan try park kat tempat yang dekat dan orang boleh tengok.. sebab orang cina tuh dah target kereta aku.. takut gak kalau tak boleh bawak lari kereta.. nanti abis dia pancitkan 4 tayar.. lagi huru hara..
aku nak buat report polis petang nih.. tapi kena confirmkan kat bank yang kereta tuh memang tak de tunggakan..
Selipar Besar
9 years ago
1 comments on "taktik sindiket mencuri kereta.."
Baru je terkena dgn 3 lelaki india... Tp dia xde kad kuasa.. Bila kata nk call bank, dia naik angin... Pstu blah...
Post a Comment