01 Mac 2010 (02.58 pm)
Ada seorang lelaki dan seorang perempuan.. mereka kenal secara tak sengaja.. pertemuan memang tak diduga kan.. walaupun berbeza pendapat dan berbeza hobi.. mereka masih boleh berkawan.. perempuan ini memang sukakan lelaki ini.. lumrah dunia wanita.. senang nak tafsir hati perempuan.. dan lelaki ini tahu perempuan ini sukakan dia.. tapi tak tahu sebab ego atau takut pada sebuah perhubungan.. lelaki ini hanya melayan perempuan ini baik-baik.. kalau perempuan ini sakit hati sebab lelaki ini tak caring atau seperti yang diharapkan.. perempuan ini hanya boleh bersabar dan telan semua yang pahit-pahit sahaja.. sebab perempuan ini tahu yang dia suka lelaki itu dan perasaan suka itu tak boleh ditarik balik..
Lelaki itu masih dengan egonya.. tidak mahu mengungkapkan ayat yang istimewa itu.. mulut macam ada berlian.. bagi perempuan itu susah sangatkah nak cakap sayang atau ungkap rindu.. dan bagi lelaki itu.. biarlah kalau dia seorang sahaja yang tahu dia suka kat perempuan itu.. tak perlu dengan kata-kata.. cukup sekadar perbuatan.. pelik kan.. dan perempuan itu akan terus tertanya-tanya.. sayangkah lelaki itu dengan dia.. seriuskah lelaki itu dengan dia..
Bagi perempuan itu.. kata dan perbuatan memainkan peranan penting.. sebab perempuan itu bukannya nujum.. sebab sering salah sangka yang sebabkan sesuatu perhubungan itu hambar atau tidak ada makna.. satu kerugian bila perempuan itu mencari yang lain semata-mata kerana lelaki itu ego atau takut untuk ungkapkan kata cinta..
Selalu sangat peristiwa ini berlaku kan.. selagi ada ruang cakaplah yang anda sayangkan pasangan anda.. tak kan nak tunggu umur dah 50 tahun baru nak cakap “Wanitaku.. aku mencintaimu..”.. Kalau sempat anda akan tersenyum melihat reaksi perempuan itu.. kalau tak sempat nak cakap apa-apa.. anda akan menangis dan menyesal kerana terlambat untuk cakap.. percayalah..
p/s saya selalu cuba untuk memahami anda.. dan perbincangan adalah langkah terbaik untuk memahami anda.. dan saya sangat suka untuk bercakap pasal topik apa pun.. (walaupun saya terpaksa dengar cerita sejarah lampau.. :)) selagi pengakhirannya adalah yang terbaik untuk kita..
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "cinta perlukan kata-kata dan perbuatan.."
Post a Comment