13 Jun 2009 (Saturday) 01.47am to 3.11 am
Permulaan Sebuah cerita..
“Kau bodoh!!”, teriakan seorang perempuan bergema di seluruh bangunan. Orang di kiri kanan yang bergerak pantas memandang gadis yang menjerit tadi. Gadis itu memakai baju biru cair, wajahnya lembut tapi kemarahan tampak jelas di wajahnya.
Serina terkedu apabila kawan baiknya memekik ke arahnya. Malu terasa bila orang sekeliling mula memandang mereka berdua.
“Kau cakap aku bodoh?”, Serina bertanya kembali seolah tidak percaya apa yang dihamburkan kawannya.
“Memang bodoh!! Yang kau buat keputusan terburu-buru tuh kenapa?”, Melati, empunya wajah yang lembut menyedari tindakan spontannya, mula mengendurkan suara, cuba menahan kemarahan yang mula membuak.
“Aku tak tau nak buat apa. Aku buntu.”, Serina sedia maklum perangai kawannya. Dia tahu Melati akan marah setelah tau hal sebenar.
Pertemuan itu..
Semuanya terjadi setahun yang lepas. Perkenalan dengan Adi tidak terduga. Hujan renyai-renyai memulakan satu episod dalam hidupnya. Serina di tahun akhir pengajian, menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta. Seperti biasa setelah habis waktu menjalani praktikal, dia akan menunggu bas, kenderaan awam yang menjadi rutin harian pergi dan balik.
Serina menunggu di pondok bas, ramai orang berteduh di bawah satu bumbung. Serina memegang erat handbag. Yang pasti dia tidak mahu lalai dan berkemungkinan untuk berlaku kejadian yang tidak diingini. Sebaik sahaja tangannya menggenggam kuat beg, jeritan suara seorang perempuan membuatkan dirinya tertoleh. Seorang perempuan baru sahaja diragut. Serina memandang kiri dan kanan, mencari si peragut.
“Bukk!!”, Serina terjatuh. Peragut tersebut merempuhnya. Orang ramai menerkam peragut yang sudah tergolek di tepi jalan.
Lelaki itu..
“Cik tak apa-apa?”, suara seorang lelaki menerpa aku yang terduduk di tengah-tengah hujan renyai. Tangan dihulurkan tanda membantu. Terpandang senyuman diwajahnya. Siapakah yang masih mampu tersenyum di dalam keadaan yang kelam kabut itu? Aku mencari wajahnya. Tanpa sedar tangan aku sudah berada ditangannya.
“Mari saya bantu cik bangun. Basah dah baju nih.”, keprihatinan dia membuatkan aku tergamam. Seraut wajah yang dibasahi hujan, membantuku.. membuatkan aku terpana. Apakah keadaan ini?
“Terima kasih”, hanya itu yang dapat aku suarakan.
Keadaan agak kelam kabut bila orang ramai berjaya mendapatkan peragut itu. Dua orang perempuan mula mendapatkan aku dan bertanyakan keadaan aku. bas yang ditunggu tiba-tiba ada disebelahku. Sepantas tanpa berfikir aku menaiki bas itu. Aku meninggalkan peristiwa itu di situ.
Senyuman di wajahnya..
Esoknya aku lunch di sebuah café dengan Melati, kawan baikku. Kebetulan kami praktikal di tempat yang sama. Cerita ragut petang semalam menjadi topik perbualan kami. Melati sudah mulai mengusik aku dan jejaka yang mempunyai senyuman yang menarik itu. Wajahnya aku kurang ingat tapi aku masih ingat senyumannya. Aku sudah tertawan dengan senyumannya?
“Rina, ada lelaki pandang kau laa.. entah2 lelaki yang tolong kau tuh”, Melati mencuit aku. kami duduk saling berhadapan. Matanya terarah ke belakang aku.
Aku segera menoleh ke belakang, “Mana?”Pandangan tepat ke mata seorang lelaki. Senyuman terukir dibibirnya. Mungkinkah dia?
Dia bangun dan berjalan ke arah kami. Di mataku hanya ada senyumannya. “Cik yang semalam kan? Cik tak ada apa-apa kan? Semalam menghilang tak tau ke mana”, suara itu.. mmg betullah lelaki dengan suara dan senyuman itu.
Melati mengajak lelaki itu duduk bersama. Kebetulan lelaki itu keseorangan. Kami lunch bersama-sama, tiba-tiba lelaki yang bernama Adi itu sudah menjadi sahabat kami. Melati yang memang pandai bercerita dan peramah. Banyak yang kami bualkan selama 1 jam di meja makan, seperti kawan lama yang berjumpa untuk sebuah pertemuan.
Dia milikku?
Adi seorang yang menarik, dengan senyuman, suara, susunan ayat yang boleh membuatkan seorang gadis seperti aku untuk jatuh cinta. Aku pun tak sangka semudah itu aku memberikan hati kepada insan yang bernama lelaki.
“Adi sayangkan Rina..”, indahnya bila dia mengucapkannya.
Banyak masa yang dihabiskan bersama. Berkongsi cerita dan pandangan seperti dia sempurna untukmu. Aku mulai mengimpikan yang indah-indah untuk masa depan kami. Rindu selalu bertandang. Sebuah pertemuan tak cukup untuk menghilangkan resah di hati. Seperti ingin dia di sisiku selalu. Janji untuk setia dan jadi teman sehidup semati.
Aku bahagia..
Apakah silapnya?
Adi berubah, aku masih bersabar. Dia bukan seperti insan yang aku kenali. Tiada lagi suaranya untuk ku dengar. Alasan sibuk dengan kerja selalu ku terima. Tiada lagi kata-kata sayang, apatah lagi untuk dia mengatakan rindu seperti yang selalu diucapkan hampir setiap hari.
Di setiap pertemuan, dia tidak lagi menyambutku dengan senyuman. Senyumannya tawar. Matanya tidak lagi sejernih dulu, sering kali melarikan anak matanya memandang ke arah lain daripada diriku.
“Rina ada buat salah apa-apa ke?”, aku bertanyakan kepadanya di suatu malam. Kami keluar makan di sebuah restoren di tepi ibu kota. Dia hanya berdiam diri. Tiada jawapan yang pasti.
“Adi penat je, banyak kerja, banyak benda nak kena siapkan, bos pun harapkan Adi sahaja”, rendah sahaja suaranya.
Aku tahu jawapannya tidak jujur, dia seperti menyembunyikan sesuatu daripada aku. walaupun kami pernah berjanji tidak akan mempunyai rahsia tapi dia memang sudah berubah.
Hari demi hari, semakin hambar. Aku semakin derita, dgn rindu, dgn sikapnya yang tidak mengendahkan aku. aku tercari-cari. Di manakah senyumannya?
Terputus hubungan..
Kami seperti orang asing. Entah bila tiada lagi panggilan, tiada lagi mesej telefon yang berbunyi. Dunia sepi. Aku mula menyibukkan diri dengan kerja.
Bukan aku tidak pernah cuba untuk mendapatkan jawapan kenapa kami hambar seperti itu. Tapi Adi seperti mengelakkan diri daripada aku.
Entah bila.. kami terputus begitu sahaja. Tanpa sebarang kata-kata dan ucapan selamat tinggal. Dia bukan milikku lagi. Malamku sepi tanpa dia..
Pengakhiran..
“Aku mintak maaf sbb kata kau bodoh. Aku tahu kau kecewa dengan Adi. Tapi tak kan sebab perkara nih kau nak berhenti kerja begitu sahaja. Kau nak ke mana?”, Melati sebak. Dia tidak sangka Serina akan menbuat keputusan begitu.
Hanya Melati yang menemani di saat Serina kesedihan dan kebuntuan. Di saat Serina merasakan hidup ini sudah tiada makna lagi.
“Aku tak tau, Melati? Cuma aku nak pergi jauh daripada tempat ini. Kau tahu hati aku sangat sakitkan. Aku buntu, tak tau kenapa Adi tinggalkan aku sorang-sorang macam nih? dia tak cakap apa-apa, aku try cari dia tapi tak tau dia kat mana. Aku buntu, Melati. Aku cuma nak pergi jauh. Nak lupakan semua ini.”
Melati mengeluh. Marahnya pada Adi kerana melukakan perasaan kawannya.
“Aku doakan kau walau di mana kau pergi. Jangan lupa telefon aku. kau kena tabah, Rina”
Serina mengangguk, dia bangun dan terus berjalan tanpa melihat ke belakang lagi. Andainya dia tersungkur, dia tahu dia harus bangkit semula.
Masa depannya di tempat lain, kenangan lama yang ingin dibuang.
Semoga hatinya mampu sembuh..
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "Sebuah cerita.."
Post a Comment