13 Jun 2009 (Saturday) 01.20am
Untuk seorang kawan yang baru mengalami perpisahan.. tabahlah.. tiada kata yang mampu memujuk hati.. terus berfikiran positif dan tenang menghadapi.. anggap semua itu salah satu daripada cabaran hidup.. banyak lagi yang belum kita tempuh.. kita baru hidup 1/3 daripada umur kita.. masih ada baki 2/3 untuk dihadapi.. umur kita masih panjang kalau diizinkan-Nya..
Perpisahan itu memang pedih.. seperti kesedihan yang tiada penghujung.. tapi percayalah.. semua itu akan berlalu.. bila kita kenang semula.. kita akan ketawa sendirian mengenangkan betapa bodohnya kita menangis kerana perpisahan itu..
Perpisahan itu lebih membuatkan kita berfikir.. masa untuk kita kenal diri sendiri.. apa tujuan hidup kita.. dan untuk kita perbaiki diri daripada sebarang kesilapan.. manusia memang akan buat kesalahan.. samada kita akan ulang perkara yang sama.. atau kita ambil iktibar atas apa yang berlaku..
Just menangis kalau tak tahan.. jangan simpan kesedihan dalam hati.. kawan-kawan kan ada.. kawan-kawan adalah ubat paling mujarab untuk semua masalah.. kalau rapat dengan family.. family juga boleh jadi pendengar yang setia..
Kawanku.. teruslah bangkit.. teruslah bertahan.. orang di sekeliling boleh memberikan kata semangat.. tapi masih terpulang pada diri sendiri..
Hanya kata-kata semangat yang mampu diberikan.. dan doa semoga kawan-kawan bahagia.. aku jugak pernah down dan hanya tawa orang terdekat yang mampu menyejukkan hati.. yang Berjaya memadamkan amarah, kesedihan dan membuatkan hidup lebih dihargai.. so hargailah setiap detik yang ada.. sbb hidup nih singkat.. semua ini akan jadi satu memori yang paling akan diingati bila kita tidak lagi bersama dan berjauhan..
Kawan untuk selama-lamanya.. persahabatan yang terbina.. hargailah..
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "perpisahan itu.."
Post a Comment