10 Aug 2009 (Monday) 12.19 pm
erm.. sape percaya hubungan yg berjarak jauh nih? aku? aku tak pernah percaya hubungan mcm nih.. tapi.. ada sesuatu yg aku percaya..
ok kalau start sesuatu perhubungan melalui alam maya, mati2 aku tak akan percaya.. satu nun duduk kat utara, satu jauh kat selatan. macam tipu je kan kalau kata sayang tapi dalam masa yang sama layan perempuan atau lelaki lain.
tapi banyak benda dan situasi yang aku dah tengok.. aku pun pernah mengalami benda yang sama.. aku pernah couple dgn somebody.. ari2 dating.. ari2 tengok muka yang sama.. sampaikan tak de space untuk family dan diri sendiri.. one day aku terfikir pasal family dan nak spend time dgn mak aku.. time tuh aku still study dan cuti semester.. 2 bulan gak cuti.. aku bila cuti jarang nak keje.. tau nak berpoya2 je.. hehehe.. so aku cakap kat dia yg aku nak balik sebulan sbb memang dah lama gila aku tak balik kampung..
so aku pun tinggalkan dia kat kl sorang2.. aku ingatkan aku dah kenal hati budi dia.. dan tau dia akan setia kat aku.. (kot..) tapi tak tau nape time kat kampung hati aku mcm tak best je.. ada satu perasaan pelik.. tanpa bagitau kat dia.. aku pun balik kl.. balik senyap2.. ingatkan nak suprisekan dia..
then aku jumpa kawan aku yang lain.. diaorang sampaikan berita yang cukup hangat.. mmg aku yg suprise.. dia dating dgn orang lain.. sangat terkejut.. sampaikan aku mengamuk satu rumah tim tuh.. abis pinggan mangkuk pecah.. katil.. almari semua tunggang langgang.. time tuh darah muda.. kalau aku marah dan mengamuk memamg abis laa.. kawan aku gak yang cool kan aku.. suruh aku siasat dulu..
siasat punya siasat memang terbukti dia ada orang lain.. bila bersemuka aku tanya baik2.. sure tak akan mengaku kan.. sebaliknya aku plak yang dipersalahkan.. apa hal.. ok aku bagi can.. sekali lagi ko buat hal.. alamatnya selamat tinggal laa..
dia tak mau lepaskan aku.. tapi dalam masa yang sama ada perempuan lain.. apa hal still nak simpan aku.. aku memang merana laa time tuh.. tapi semua tuh macam ada hikmah laa.. sebab start daripada situ aku ubah cara hidup aku.. ubah cara pemikiran aku.. hampir 100% aku ubah diri aku yang sebenar..
bagi aku semua nih bergantung pada hati.. kalau kau duduk 2 meter daripada orang tuh pun.. tapi orang tuh memang berperangai buaya.. kau still kena main punya.. tapi kalau memang jodoh kau.. jauh macam mana pun dia still akan balik kat kau..
bukan setakat jauh je dugaan yang kau kena tempuh dalam hubungan nih.. banyak lagi dugaan yang kau kena tempuh di dalam mengeratkan sesuatu perhubungan.. kau dah kawin pun belum tentu kau akan hidup bahagia selamanya.. hidup nih ada pasang surut.. terpulang pada diri... kena pandai2 kawal hubungan tuh..
jauh tuh adalah salah satu penyebab untuk kau cari orang lain.. bagi aku kita tak akan puas dengan apa yang kita ada.. sebab manusia memang mcm tuh.. samada kau dikecewakan atau kau kecewakan hati orang lain..
aku dah tak percayakan apa2 sekarang nih.. aku percayakan diri aku je.. kadang2 aku pun boleh keliru dgn kata hati aku.. apatah lagi dgn keadaan sekeliling yang cukup merimaskan aku.. kadang2 hati aku nak benda lain.. tapi keadaan memaksa aku untuk buat keputusan yang hati aku tak mau..
jawapan kepada semua persoalan nih..
bila kita buat sesuatu untuk diri dan kepuasan diri.. benda tuh tak akan kekal lama.. sebab kepuasan manusia tidak terhad.. sebab bila kau sayang seseorang semata2 untuk keseronokan atau untuk disayangi.. sayang tuh tak akan lama.. sebab bila kau jumpa orang lain yang lebih bagus, kau akan pergi dan tinggalkan semua sayang tuh mcm tuh aje.. mcm tak de perikemanusiaan..
tapi bila kau sayang seseorang kerana mengharapkan keredhaan-Nya.. kau mengharapkan kehadiran seseorang supaya hidup kau akan lebih tenang dan untuk mengelakkan maksiat.. secara automatik.. kau akan harung semua dugaan tuh.. kau akan terima orang tuh walau apa pun kelemahan dia.. sebab kau tau bersyukur somebody telah dicptakan untuk kau.. ingatkan Allah walau apa keadaan sekalipun.. dan kau akan relex dan cool dalam membuat sebarang pencaturan.. so sayangilah seseorang kerana Allah.. kerana matlamat hidup di dunia adalah akhirat.. tak guna kau dapatkan kasih sayang seseorang sedangkan tak de sayang daripada Allah..
aku bukan alim.. tapi bila fikirkan apa yang aku buat hanya kerana Dia, hati aku akan lebih tenang.. lebih damai.. dan rasa hidup nih lebih bermakna dan bukan kosong..
di mana kau berpijak, di situlah tempat kau..
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "hubungan jarak jauh.."
Post a Comment