Thursday, August 27, 2009

puasa dah..

0 comments
27 August 2009 (Thursday) 04.28 pm

Exam dah lepas.. mcm 1 beban dah lepas..
dan masih ada beban yang masih menggunung di bahu..

hopefully duit aku mencukupi hingga thn depan.. asalkn jgn terlebih budjet.. ok yati amalkn hidup serba sederhana.. sure akan cukup..

pejam celik.. dah puasa.. pejam celik.. esok dh raya.. pejam celik.. umur pun dah makin meningkat.. tp still tak rasa apa2.. cuma rasa la semakin hari rasa beban dan tanggungjwb makin besar..

kan best kalau still kecik dan still budak2.. tak perlu fikir pasal masa depan.. tak perlu fikir pasal duit cukup ke tak.. dan tak perlu fikir apa2.. just tau sekolah dan main je..

still dengar lagu yang sama sejak sebulan dulu.. rindukan zaman2 hepi.. and rindukan semuanya..

ikan di laut..

0 comments
27 August 2009 (Thursday) 04.19 pm

ikan di laut.. asam di darat.. dalam periuk bertemu jua..

erm.. satu jawapan yang membuatkan aku terdiam.. dan berfikir sejenak..
masih tak dapat nak tangkap apa yang dia try katakan..
aku cuma tahu iklan petronas tuh je..

mungkin perlukan ruang untuk bernafas..
semakin banyak bertanya..
semakin banyak yang aku tahu..
dan secara sedar atau tak sedar..
aku tau semua ini bukan senang..
dan bukan senang nak terangkan sesuatu kpd seseorg..

try utk berterus terang..
tp tak berjaya..
satu paksaan.. atau untuk penjelasan..

atau terus biarkan masa ini berlalu..

Tuesday, August 18, 2009

sesuatu yang terjadi..

0 comments
18 August 2009 (Tuesday) 04.35 pm

erm.. banyak contoh daripada keadaan sekeliling oleh kita nampak dan lihat.. ada yang sedih.. dan ada yang hepi.. bila kita tengok keadaan orang yang malang kita akan sedih.. sedangkan itu cuma putaran alam..

banyak kisah sudah diceritakan.. bagaimana penceraian dalam rumahtangga berlaku.. dan suami ada perempuan lain.. doakan yang baik-baik untuk orang itu.. dan jangan bersedih atas ketidakjujuran itu.. mungkin Allah dah peruntukan kebahagiaan yang lain untuk anda..

aku sentiasa berharap kebahagiaan itu selama2nya.. tapi rasa2nya dalam hidup nih banyak yang duka kan.. just doa banyak2 supaya hati kita teguh dalam menghadapi dugaan hidup.. sebab kita berusaha untuk kebahagiaan itu.. tapi apa yang telah tertulis dan ditakdirkan.. terimalah dengan hati terbuka..

sebak bila fikirkan bagaimana seorang wanita boleh tabah apabila seorang lelaki curang dan memilih perempuan lain sebagai teman hidup.. kita sebagai manusia memang tak boleh nak nafikan jodoh itu di tangan Allah.. jika tiada jodoh untuk kita.. percayalah.. ada bidadari yang menunggu di sana..

Monday, August 17, 2009

kasut itu bernama rio

0 comments

17 August 2009 (Monday) 05.58 pm

aku beli jugak kasut itu.. beli tanpa berfikir panjang.. sbb memang dah lama aim nak cari yang macam itu.. tapi kasut itu cuma salah satu daripada wish list yang memang tak de penghujungnya..

dan kasut itu bernama rio.. cuma ada color merah dan kuning sahaja kat outlet tuh.. so aku pilih merah.. walaupn agak susah nak matchkan dengan baju sbb bukan boleh pakai dengan semua baju.. but aku beli gak.. at least hidup aku ada color merah.. eh.. bukan aku suka hijau ke.. tapi tak pernah beli kasut color hijau.. kasut color hijau ada jugak dalam salah satu wish list aku.. huhuhuhuu..

sangat selesa.. tapi still tak boleh pakai kalau nak window shopping dpd pagi ke malam.. tak pe kita aim lagi kasut akhir bulan nih.. hehehee banyaknya benda yang kau aim, yati..

dan sbb tak mahu nak pakai high heels lagi.. sebab sayangkan diri.. kalau sakit tulang belakang aku gak yg susah.. lelaki cuma pandai cari perempuan lain je kalau kita sakit... huhuhuhu..

aku anggap macam hadiah kemenangan.. sbb lulus exam.. tapi macam takut.. sbb minggu depan ada exam lagi.. ok chaiyokk !!

semalam macam hari yang panjang tapi masa rasa berlalu sangat cepat.. yang penting aku kena buli.. tapi aku tak boleh benci dia.. cuma ada ubi ada batas.. aku jarang biarkan diri aku dibuli..

ada ke dia parking kete kat tepi dinding.. so aku tak blh keluar.. kena merangkak ke sebelah tempat duduk satu lagi.. ingat comel ke buat aku macam tuh.. malu kat orang yang lalu lalang, huhuhuhu..

tak tau apa yang aku rasa.. cuma tiba-tiba tersenyum bila ingat balik..

Wednesday, August 12, 2009

apa kau nak buat bila dah tua nanti..

0 comments
12 August 2009 (Tuesday) 05.59 pm

ada seorang kawan memutarkan persoalan nih.. insyallah umur akan panjang.. apa maklamat kau hidup kat dunia nih.. nak duit? nak kaya? nak kemewahan?

duit tak menjamin apa-apa.. kalau kau banyak duit tapi kau buang saudara.. tak guna gak kan..

apa cita-cita aku? sepanjang aku hidup nih.. sangat berharap aku hidup dalam lindungan-Nya.. hidup dalam keredhaan-Nya.. sebab kalau hidup tanpa memikirkan akhirat.. kita akan lost.. totally lost.. dan akan hidup dalam kegelapan..

aku just makan gaji untuk sara hidup.. kalau simpan duit banyak2 tapi tak bayar zakat pun dah kira dosa kan.. banyak benda yang boleh buatkan kita berdosa.. antara sedar dengan tak sedar.. macam sakitkan hati orang dan mengumpat.. cuma kalau boleh elakkan.. elakkan laa benda-benda yang menuju kepada dapat dosa nih.. aku rasa aku dah banyak sangat buat dosa.. macam tak tertanggung.. pahala plak sikit je.. so hopefully aku dapat banyakkan pahala aku..

bila dah tua aku just perlukan ketenangan.. nak duduk kampung.. buat pahala banyak-banyak.. aku bukan manusia sempurna.. betapa susahnya nak dapatkan keredhaan Allah.. sedangkan banyak benda yang kita buat menyumbang kepada kemurkaan-Nya..

masuk syurga jadi idaman semua orang.. so apa yang perlu kita buat.. banyak-banyak laa buat kebaikan di dalam dunia yang penuh hiprokrik nih..

aku adalah aku.. aku try ubah jadi seorang yang best di mata Allah.. tak pe laa orang kat dunia nih tak pandang aku.. yang penting aku berjaya di akhirat walaupun pahala tak banyak mana..

Tuesday, August 11, 2009

study mode

0 comments
12 August 2009 (Tuesday) 02.02 pm

ari sabtu nih ada exam.. so nasib baik laa jaga system je.. so semua masa lengang yg ada dihabiskan dengan study untuk exam nih..

huhuhuhu.. agak lama tak study.. otak mcm dah berkarat nak study.. baca soalan pun tak faham.. apa lagi kena hafal laa kalau tak faham.. kalau tak macam mana nak lulus.. kena pass sekurang-kurang 35 dpd 40 soalan.. tuh kak emy yang cakap.. kalau salah kena bang kak emy.. hehehehe..

benda nih nampak macam tak susah.. semua macam teori je.. tapi bila tak buat praktikal.. agak payah laa..

apa2 pn chaiyokk !! kak emy kata ada elaun.. huhuhuu kak emy selalu memberikan harapan palsu.. apa2 pun peluang bukan datang selalu.. belajar benda baru sepaya tak jadi macam katak bawah tempurung..

duduk sebelah kak emy nih ngeri laaa.. dia bukak gambar yang ngeri..

Monday, August 10, 2009

sepang dan shopping

2 comments
11 August 2009 (Tuesday) 12.43 am

Comel tengah gigit aku.. sgt sakit.. tak tau apa yang dia geram.. tak faham betul perangai kucing aku yg seekor nih.. suka sgt menggigit.. gigit tangan laa.. gigit kaki laa.. kalau tengah tido malam2 buta pun nak gigit gak.. nasib laa.. abis calar balar tangan aku dibuatnya..

Sabtu lepas pegi tengok kete racing kat sepang.. selalunya tengok kat tv kan.. nih aku tengok real.. sangat bising.. pekak sekejap laa.. tapi memang feel laaa.. Cuma macam tak de mood sebab aku sorang je perempuan dan yang lain lelaki.. atau ada sebab lain.. memang tak de mood walaupun benda tuh sangat excited.. susah jadi perempuan nih.. sebab mood selalu bertukar2.. mungkin kalau ada shira atau wani mood aku akan jadi lain kot.. hahahhaa.. rasa lain ok kalau spend time dengan orang yang dah rapat berbanding habiskan masa dengan seseorang yang kau kenal tak sampai setahun.. bila tak serasi lagi macam nih kot.. hopefully boleh ngam dengan cepat.. kalau tak, aku akan rasa aku seorang yang kaku.. dan bosan..

Dan hari berikutnya pegi sg wang.. sahaja aku pegi sg wang untuk beli belt aje.. last2 beli beg satu, scaft satu, dan baju 4 kt times square.. hehehe.. sebab sangat rambang mata.. memang laa baju tak branded tapi sangat murah.. sangat cantik.. sangat remaja.. mata memang dah naik juling sebab macam nak beli satu time square tuh bawak balik umah..

Daripada sogo, jusco, klcc dan sekarang times square.. semua ada pro and kontra.. yang penting kena pandai pilih baju laa.. bagi aku baju mahal2 pun tapi tak unik pun.. Cuma mungkin selesa dipakai kot.. tp kat times square.. yang penting rasa remaja.. shira pun cakap benda yang sama..

Aku tak tau aku suka baju yang macam mana.. sebab apa yang berkenan pada mata aku, itu yang aku beli.. dan aku tak hadkan jenis baju yang macam mana aku patut beli.. asalkan selesa dipakai dan sesuai dengan diri aku.. tapi kadang bila jumpa baju.. semuanya sesuai untuk orang yang tinggi2 je.. kalau aku tinggi kan bagus.. boleh pakai apa je.. semua kena.. tapi sekarang nih aku belasah je apa pun.. apa2 pun kena mintak pandangan shira dulu.. kalau dia kata ok.. aku beli.. shira dah macam perunding imej aku plak.. dia pun selalu mintak pandangan aku..

Rasa tak sabar nak tunggu akhir bulan nih.. sebab aku nak beli berpuluh2 pasang baju.. ala.. sehelai t-shirt pun Cuma 10 hinggit je.. paling mahal pun dalam lingkungan 20 hinggit or 30 hinggit.. so tak pe kan beli banyak-banyak.. lepas beli baju baru ngadu kat kak emy dan eyan cakap tak de duit.. hehehehhee benda biasa..

Dalam almari mesti ada baju baru dengan tag yang tak bukak lagi.. sebab kalau tak de rasa macam dah tak de baju nak pakai.. sedangkan baju dah penuh dalam 2 almari.. ok still tak cukup lagi.. tak tau bila boleh ubah habit yang tak bagus ini..

Semua orang dah tido.. tapi aku tak nak tido lagi.. dan still melalut lagi..

Sunday, August 9, 2009

hubungan jarak jauh..

0 comments
10 Aug 2009 (Monday) 12.19 pm

erm.. sape percaya hubungan yg berjarak jauh nih? aku? aku tak pernah percaya hubungan mcm nih.. tapi.. ada sesuatu yg aku percaya..

ok kalau start sesuatu perhubungan melalui alam maya, mati2 aku tak akan percaya.. satu nun duduk kat utara, satu jauh kat selatan. macam tipu je kan kalau kata sayang tapi dalam masa yang sama layan perempuan atau lelaki lain.

tapi banyak benda dan situasi yang aku dah tengok.. aku pun pernah mengalami benda yang sama.. aku pernah couple dgn somebody.. ari2 dating.. ari2 tengok muka yang sama.. sampaikan tak de space untuk family dan diri sendiri.. one day aku terfikir pasal family dan nak spend time dgn mak aku.. time tuh aku still study dan cuti semester.. 2 bulan gak cuti.. aku bila cuti jarang nak keje.. tau nak berpoya2 je.. hehehe.. so aku cakap kat dia yg aku nak balik sebulan sbb memang dah lama gila aku tak balik kampung..

so aku pun tinggalkan dia kat kl sorang2.. aku ingatkan aku dah kenal hati budi dia.. dan tau dia akan setia kat aku.. (kot..) tapi tak tau nape time kat kampung hati aku mcm tak best je.. ada satu perasaan pelik.. tanpa bagitau kat dia.. aku pun balik kl.. balik senyap2.. ingatkan nak suprisekan dia..

then aku jumpa kawan aku yang lain.. diaorang sampaikan berita yang cukup hangat.. mmg aku yg suprise.. dia dating dgn orang lain.. sangat terkejut.. sampaikan aku mengamuk satu rumah tim tuh.. abis pinggan mangkuk pecah.. katil.. almari semua tunggang langgang.. time tuh darah muda.. kalau aku marah dan mengamuk memamg abis laa.. kawan aku gak yang cool kan aku.. suruh aku siasat dulu..

siasat punya siasat memang terbukti dia ada orang lain.. bila bersemuka aku tanya baik2.. sure tak akan mengaku kan.. sebaliknya aku plak yang dipersalahkan.. apa hal.. ok aku bagi can.. sekali lagi ko buat hal.. alamatnya selamat tinggal laa..

dia tak mau lepaskan aku.. tapi dalam masa yang sama ada perempuan lain.. apa hal still nak simpan aku.. aku memang merana laa time tuh.. tapi semua tuh macam ada hikmah laa.. sebab start daripada situ aku ubah cara hidup aku.. ubah cara pemikiran aku.. hampir 100% aku ubah diri aku yang sebenar..

bagi aku semua nih bergantung pada hati.. kalau kau duduk 2 meter daripada orang tuh pun.. tapi orang tuh memang berperangai buaya.. kau still kena main punya.. tapi kalau memang jodoh kau.. jauh macam mana pun dia still akan balik kat kau..

bukan setakat jauh je dugaan yang kau kena tempuh dalam hubungan nih.. banyak lagi dugaan yang kau kena tempuh di dalam mengeratkan sesuatu perhubungan.. kau dah kawin pun belum tentu kau akan hidup bahagia selamanya.. hidup nih ada pasang surut.. terpulang pada diri... kena pandai2 kawal hubungan tuh..

jauh tuh adalah salah satu penyebab untuk kau cari orang lain.. bagi aku kita tak akan puas dengan apa yang kita ada.. sebab manusia memang mcm tuh.. samada kau dikecewakan atau kau kecewakan hati orang lain..

aku dah tak percayakan apa2 sekarang nih.. aku percayakan diri aku je.. kadang2 aku pun boleh keliru dgn kata hati aku.. apatah lagi dgn keadaan sekeliling yang cukup merimaskan aku.. kadang2 hati aku nak benda lain.. tapi keadaan memaksa aku untuk buat keputusan yang hati aku tak mau..

jawapan kepada semua persoalan nih..

bila kita buat sesuatu untuk diri dan kepuasan diri.. benda tuh tak akan kekal lama.. sebab kepuasan manusia tidak terhad.. sebab bila kau sayang seseorang semata2 untuk keseronokan atau untuk disayangi.. sayang tuh tak akan lama.. sebab bila kau jumpa orang lain yang lebih bagus, kau akan pergi dan tinggalkan semua sayang tuh mcm tuh aje.. mcm tak de perikemanusiaan..

tapi bila kau sayang seseorang kerana mengharapkan keredhaan-Nya.. kau mengharapkan kehadiran seseorang supaya hidup kau akan lebih tenang dan untuk mengelakkan maksiat.. secara automatik.. kau akan harung semua dugaan tuh.. kau akan terima orang tuh walau apa pun kelemahan dia.. sebab kau tau bersyukur somebody telah dicptakan untuk kau.. ingatkan Allah walau apa keadaan sekalipun.. dan kau akan relex dan cool dalam membuat sebarang pencaturan.. so sayangilah seseorang kerana Allah.. kerana matlamat hidup di dunia adalah akhirat.. tak guna kau dapatkan kasih sayang seseorang sedangkan tak de sayang daripada Allah..

aku bukan alim.. tapi bila fikirkan apa yang aku buat hanya kerana Dia, hati aku akan lebih tenang.. lebih damai.. dan rasa hidup nih lebih bermakna dan bukan kosong..

di mana kau berpijak, di situlah tempat kau..

suatu hari bernama isnin..

0 comments
10 Aug 2009 (Monday) 10.22 am

Hari nih isnin.. ok semua orang tau.. tp kt sini tak de sesape.. ada zulham dan ira je.. mana pegi semua org nih.. gini laa gayanya bila project dh abis.. semua org bersepah2.. tak tau kena campak gi mana..

aku doa kena campak gi brunei.. tp nampak gaya mcm tak blh pegi je.. sekarang nih mcm serba salah.. hati aku terbahagi 2.. kena berkorban atau kena berkorban gak.. huhuhuuhu..

tak semua benda kita blh dapat dalam satu2 masa kan.. tanya pada diri.. apa yg paling penting sekarang nih.. tentu laa dia kan.. aku bengong sekarang ini.. sbb benda ini sgt menganggu.. mcm jatuh cinta gak situasi aku skrg nih.. makan tak lalu.. tido tak lena.. muka monyok je.. huhuhuhuu..

aku ikut peredaran waktu je laa.. tak larat nak buat keputusan sekarang nih.. di mana aku berpijak.. di situ laa aku berada..

baik aku buat keje atau tgk blog orang lain yg boleh menghappy kan aku..

Wednesday, August 5, 2009

buah hati..

3 comments
05 Aug 2009 (Thursday) 05.41 pm

buah hati.. tetiba fiza dtg sambil senyum2.. setelah 11 hari tak berjumpa.. apa yg fiza sampaikan betul2 buatkn hati aku berbunga.. mcm bunga yg tiba2 kembang di petang hari..

at least dia ckp something kt fiza.. walaupn dia tak cakap apa2 kat aku.. it's ok for me.. asalkan dia faham apa yg aku rasa.. dan aku tau apa yg dia fikir..

tak banyak yg aku harapkan.. hope semua nih berjalan dgn ok dan ikut kehendak aku.. dah penat nak fikir benda2 nih lagi.. susah nak jumpa lelaki yg betul2 ngam dgn kita..

jumpa seseorg.. bercinta bagai nak pecah dunia.. ikut je kehendak org tuh.. last2 putus.. dah penat ok..

selalunya pilihan aku salah.. tp doa byk2 kali nih tak salah lagi.. jangan pisang berbuah berpuluh2 kali dah laa.. kena selalu ingatkan diri.. hati2 dgn apa yg dibuat..

aku buah hati dia.. dia jantung hati aku.. ok tak?

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates