Monday, April 27, 2009

kisah 3 hari


27 April 2009 (Monday) 10.02 pm

Jumaat, sabtu, ahad. 3 hari yg aku lalui. Sgt cepat semua ini berlaku dan aku tak pernah sangka langsung. Semuanya bermula bila aku pegi client side dgn fiza. Fiza sgt pandai korek rahsia. Itu aku akui. Dan dpd perbualan kami berdua tuh, tah dpd mana dtgnya idea utk kenalkan aku dgn seorg mamat nih. ari khamis dia terus call mamat tuh. Aku yg mmg tak de perasaan just say ok. Apa yg fiza cerita pasal mamat tuh mcm curah air kat daun keladi. Masuk telinga kiri, kuar telinga kanan. Mmg hati batu betul time tuh.

Next day, fiza suruh aku online. Dia bg id ym aku kt mamat tuh. aku rasa dah sebulan lebih kot aku tak online. sejak notebook tuh format baru, terus malas nak install ym. Sbb tak de keperluan. Tak de org nak ym dgn aku. Abis2 je install, online, tetiba 1 mesej muncul. Mamat tuh. say something yg merapik dan buatkan aku tersenyum. Terus otak aku blh berfungsi dan kata, ok gak laa kot mamat nih. time2 tuh gak aku suruh fiza cerita balik pasal mamat tuh. tuh laa semlm hati batu.

Tetiba mamat tuh ajak gi karaoke.. aku dah agak dah.. sbb dia ada letak kat status ym dia.. aku nak jawab apa lagi, tanpa berfikir panjang aku terus ckp ok je.. tp bila fikir 2, 3 minit kemudian, betul ke tindakan aku nih. kenal mamat nih baru setangah hari, tiba2 nak kuar. Ok positif.. kuar sbg kawan. Bukannya kuar dgn dia je, ramai2 dgn kwn2 dia. Nih pn kacau gak, dah aku tak kenal kwn2 mamat tuh. Tak pasal2 jadi kambing mengembek kat kandang kuda plak. Ok fikir positif, tanya pendapat fiza. Mmg laa fiza akan advice suruh pegi je. Mmg kacau betul otak aku. Masih terumbang ambing nak pegi atau tak.

Balik dpd opis ptg tuh, aku tido jap, masih berkira2. Tp tetiba bila bangun tido yg sekejap tuh, aku terus bersiap dan call mamat tuh. mamat tuh dah ada kat ampang park. Lepas maghrib, aku turun bawah tunggu teksi. Bodoh laa kan, mamat tuh offer nak ambik tp aku buat lagak bagus je. Padahnya tunggu laa teksi dalam 45 minit. Mmg terbakar gila time tuh, mood aku betul2 dah spoil. Then, bila aku call mamat tuh, mamat tuh blh kerek kat aku. Lagi aku terbakar. Ok cool.. cool.. aku decide nak tunggu teksi 10 minit lagi, kalau tak de nih mmg aku masuk umah je. Nasib aku mmg nak jumpa mamat tuh kot, so aku dpt gak teksi.

1st impression mmg aku kata aku tak suka mamat nih, ckp kat dlm tepon pn dah kerek semacam. ok just wait and see. Bila jumpa tuh, ok je dia cakap. Then, aku masuk bilik kareoke, jumpa kawan2 dia. Kawan2 dia sgt sporting laa, ok laa.. lepas tuh satu lagi dugaan muncul. Aku tak mkn lagi time kuar umah. betapa kesengsaraan tahan lapo, aku cakap dgn mamat tuh yg aku lapo dan tak makan lagi. Dia kata pukul 10 baru nak abis. aku tunggu dalam kelaparan. Time tuh mmg sgt lapo. Tertekan dgn lapo tuh. dalam pukul 11 baru gi lepak kedai mamak dan aku order maggi goring, mungkin disbbkan terlalu lapo, perut aku tak blh terima mknan tuh. kat kedai mamak tuh laa baru aku blh kenal mamat nih, dan berbual2. rasa kekok gila. Dah laa aku tak kenal geng diaorg nih, aku nak ckp apa pn tak tau. Mmg masuk kandang kuda tul.

Time nih aku tak sure, tp mamat nih mcm ada something yg boleh buatkan aku tertarik kt dia. Dpd cara dia bercakap, gelak or what? Perwatakan dia menarik, dan dia tidak kerek seperti mana yg aku fikirkan. Walaupn rasa kekok, dpd perbualan aku dpt agak laa ciri2 mamat nih. agak menarik gak. Not bat. Balik umah tido tak fikir apa. Just hepi laa dpt jumpa seseorg.

Hari sabtu, aku plan nak gi shopping kat sogo sbb ada sale. Mamat nih plak ajak gi pwtc, ada pesta buku. Tak salah kan kalau aku gi shopping dulu sementara tunggu dia. Hehehhee.. sbb dia kata nak gi service kete, so kalau ada masa 1 jam utk shopping pn jadi laa.. kalau tak bila lagi.. tunggu lama2 duit abis kat benda lain plak. Sambil bershopping aku bercerita pasal mamat nih kat shira. Aku cerita apa peristiwa smlm, pasal mamat nih kerek kat aku. Tp aku tak blh salahkan dia gak, sbb salah aku gak. Mengada2 nak gi naik teksi. Kalau ikutkan taste aku, mamat nih dah ok. Sbb aku pun jenis manusia yg kecik, so aku pun tak berapa suka lelaki yg tinggi. Susah ooo.. kang berckp asyik kena pandang atas je, blh putus urat leher nih. kalau lelaki yg lebih rendah, confirm laa aku reject. Mamat nih just nice laa, tinggi sikit dpd aku yg tak berapa tinggi nih.

Lepas maghrib tuh, kitaorg nak gi mkn kat foodcourt sogo, mamat tuh kata dia tgh parking kete kat bawah. Hairan tul, jarang ada lelaki yg nak gi sogo yg padat dgn org nih. ex aku dulu mmg akan menyumpah2 laa kalau kalau gi tempat sesak2 nih. tuh sbbnya aku suka shopping dgn kwn2 yg sekepala. Time nih selera makan aku mmg hilang, dan perasaan aku? Aku berdebar2 siut. Jantung aku tiba2 bergerak pantas bila tau dia tgh on the way. Apa nih yati?

Dia dtg, pakai baju color sama, hijau belang2.. shira dgn wani dah start usik aku. Aku just senyum je, smlm gi karaoke pn kalau tak silap aku, kitaorg pakai baju color sama gak, biru? Ke aku rabun warna.. makan2, ckp2.. shira mmg korek rahsia laa. Mamat tuh pernah jadi chef. Kagum gak laa. sbb aku tak pernah jumpa lelaki yg suka masak ok. Lelaki suka melantak ada laa. tetiba kitaorg decide nak gi tgk movie. Terus dpd sogo gi time square. Dah pukul 10 mlm time tuh, cerita apa je yg ada. Cerita hantu ada laa.. shira, wani dan mamat tuh excited nak tgk citer “jgn tegur”. Aku takut laa korang. Tp terpaksa ikut laa.. apa laa nasib aku.. cerita tuh menakutkan tp sgt fun.. mamat tuh pn takut gak.. hehehehhee.. aku rasa kitaorg berempat laa yg paling bising dan riuh.. sbb sambil tgk sambil buat cerita sendiri. Aku yg mmg takut try nak control takut. Tak tau nape, cerita hantu tuh pn boleh jadik cerita lawak. Sempat gelak bila ada 1 part hantu tuh kuar. Sbb kitaorg rasa tak logik kot. Sgt fun walaupn dalam takut. Aku mmg tak tgk betul2 laa.. tgk dpd celah2 jari tangan, itu pn tak tgk sgt.. byk tanya kat mamat tuh dan shira apa yg terjadi.. masa mmg berlalu dgn cepat. Tiba2 je cerita tuh abis. Jln cerita mmg simple gila.. sbb adegan yg pertama je dah setengah jam… kitaorg pn tertanya2 mcm gini je ke cerita tuh.. so kalau nak pegi pn gi ramai2.. kena pegi dgn org yg takut tgk, baru rasa fun, pastu usik org sebelah..

Satu hari yg berlalu, sgt cepat dan pantas, tak jadi gi pwtc, tp mamat tuh ckp nak gi hari ahad, kuar lagi ke? 3 hari berturut2 nih.. mamat nih mmg senang je nak berkawan dgn sesiapa sahaja.. kalau ikutkan.. dia blh dpt je mana2 perempuan.. sbb dia sgt memenuhi citarasa perempuan.. mcm shira ckp sepetik jari je..

Malam tuh aku mmg tak dpt tido. Bukan sbb takut tgk cerita hantu tuh. tp sbb jantung aku bergerak sgt laju. Mcm kena serangan jantung. Dpd pukul 2 sampai subuh, aku tak blh tido, mcm2 gak laa yg aku fikir.. pasal mamat tuh, pasal hidup aku, mcm2 lagi laaa.. yati dah jadi tak betul.. mlm tuh mmg aku sgt lapo sbb aku tak mkn apa2.. tak lalu mkn? Hehehhehehe..

Ahad, bangun lambat sbb mlm tadi tak tido kan, mamat tuh ckp nak gi pwtc dalam pukul 11. So aku yg masih ngantuk2, pn bangun laa sbb fikir dah janji. Pukul 11 lebih dah siap, msg kat mamat tuh tp dia tak balas.. tgh hari baru dia balas.. ok aku tunggu lagi.. mcm nak mengamuk gak laa.. dah pukul 1 lebih.. mamat tuh tak muncul2 lagi, perut plak dah lapo gila.. decide nak gi jusco, sbb sgt lapo.. mmg dalam hati aku dah maki2 mamat nih.. sbb janji pukul berapa, nih dalam ptg pn tak tau apa cerita dia tak muncul2.. nasib baik mamat tuh tak de depan mata, kalau tak mmg dah dpt maki free dpd aku laa… time balik dpd jusco tuh, baru mamat tuh msg.. alasan tertido.. mmg aku sgt panas.. punya laa aku tunggu dia, dia blh tertido.. time tuh baru dia ckp dia pegi mountain bike pagi tuh, tetido sbb penat.. eh mamat.. apa salahnya kalau ko bgtau awal2.. tak de laa aku mcm org bodo tunggu ko dpd pukul 11.. pukul 6 baru dia sampai kat desa pandan.. kalau setakat 1 jam ok lagi, nih dah berapa jam.. mmg aku ckp kat dia aku kena merajuk nih.. tp aku tak de laa merajuk betul2.. tak kuasa aku sbb mamat nih.. dpd sini laa aku tau, mamat nih jenis yg tak berapa menepati masa.. really hate lelaki yg mcm ini.. aku dah start suka kat ko, tp ko dah buat perangai mcm nih.. terus suka tuh terbelah dua.. blh percaya ke kalau ko blh biarkan aku tunggu.. aku sgt tak suka menunggu.. rasa nye dah 3, 4 kali jugak aku ckp kat mamat nih, dalam byk2 benda ko nak buat, jgn biarkan aku rasa mcm org bodo menunggu buah yg tak jatuh.. aku paling tak suka menunggu, walaupn 15 minit, aku akan rasa panas.. mcm kena tunggu teksi ari tuh.. mmg hati sgt panas.. disbbkan perangai aku yg mcm nih, walaupn dah ada kete, aku akan pegi ke mana2 dgn naik public transport. Sbb aku kena ajar diri aku nih sikit utk belajar erti kesabaran menunggu bas or teksi.. nih kes dah lama tak naik public transport laa nih..

Sampai pwtc, dia terus cari buku, mamat nih mmg suka membaca, ada laa kot dlm 10 buku dia beli, ke lebih dpd tuh.. aku mmg tak berhajat nak beli apa2.. just tgk2 je laaa.. dalam byk buku aku suka buku samat said tuh.. sajak dia mmg menyentuh perasaan laa… tuh baru baca 1 sajak tuh.. mcm nak beli… tapi terkejar2 time tuh, niat dimatikan terus. Masih ingat lagi.. kat cover belakang buku tuh say “ nikmat kehidupan adalah kebahagiaan yg kita dapat setelah bersusah payah. Bukan semua yg kita nak akan dpt, just lepaskan dan start dgn benda lain” mcm tuh kot.. nak ingat ayat satu2 tak de laaa.. tp ala2 mcm tuh laa.. kalau blh cari balik kan bagus..

Lepas tuh pegi klcc, dia mau mkn sushi.. aniya.. sushi.. perut aku blh terima ke.. time2 tak lalu mkn nih, jgn la bg benda merapik mcm tuh, sure aku tak makan laa.. time mkn tuh aku pn try laa tanya mamat nih pasal kisah dia dgn ex dia… kitaorg share cerita pasal bekas2 kekasih.. ex dia meterialistik.. cerita dia mcm cerita novel..family yg pentingkan status.. zaman sekarang nih mmg laa.. kalau kita tak de apa2 jgn harap laa akan ada org pandang.. tp bila fikir2 balik.. apa yg seorg perempuan carik pada seorg lelaki? sure lelaki yg masa depan kan.. setakat kereta dan umah, benda tuh paling asas kan.. lagi2 hidup kat kl.. aku tak salahkn sape2.. Cuma geram laa.. sbb minah tuh lepaskan mamat nih mcm tuh shj.. sbb mamat nih baik.. Cuma ko kena bg kata2 semangat laaa. Kalau dia ckp kereta tuh tak penting.. ko kena bersabar.. sbb mungkin dia tak nampak keperluan tuh skrg.. nanti dah ada anak baru dia blh berfikir kot.. kat sini laa pentingnya peranan seseorg perempuan.. ko pernah dengar org motivasi selalu ckp, wanita tuh tulang belakang lelaki.. ko kena support dgn kata2 semangat.. bukan nye suruh ko kondem lelaki tuh.. kalau ko nak hidup mewah je tanpa fikirkan apa kemampuan pasangan ko.. mmg bagus sgt ko cari org lain.. dlm hidup nih.. duit perkara kedua.. mmg laa ada org kata.. kalau tak de duit, tak kan nak mkn batu dan kayu kan.. rezeki ada di mana2.. ko keje jugak kan.. just jgn terlalu bersandar pd lelaki laa.. kalau lelaki tuh mmg jenis bertanggungjwb ok laaa… tp kalau ko dah tangkap cintan kat lelaki tuh tp pemikiran lelaki tuh lain.. apa ko blh buat kan.. sekurang2nya ko pn blh hasilkn duit sendiri.. lagi syok kalau ko beli barang ko dgn duit yg ko dpt hasil titik peluh ko dpd ko dpt duit dpd lelaki dan belanjakan.. no feeling laaa.. kepuasan dlm berbelanja tuh penting..

Dan aku mmg tak faham dgn lelaki.. dah terhantuk baru nak terngadah.. bila seseorg perempuan dah tinggalkan ko, baru ko nak sedar apa kelemahan ko, baru ko nak bangkit.. alasan? Nak tunjukkan ko pn blh buat. Nape ko tak bertindak time perempuan tuh still dalam genggaman ko lagi. Nape bila perempuan tuh dah lari tinggalkan ko, baru ko nak ubah hidup ko.. nih namanya pengalaman mengajar kan..

Hidup mmg mcm nih.. aku pn sama je.. manusia mmg tak pernah perfect.. buat salah dan buat benda bodo adalah salah satu ciri2 manusia tak kira laa lelaki atau perempuan.. bg aku apa yg perfect adalah benda yg mesti ada cacatnya.. just jgn pandang masa dulu lagi.. sgt sakit kan? Hargai apa yg ada sbb hidup tuh mmg singkat. Hari nih ko hepi, esok ko sedih.. hari nih ko dgn seseorg.. esok org tuh tinggalkan ko..

Aku sukakan mamat nih, itu aku tak dpt nak nafikan.. tak kira laa apa respond dia.. tp hidup mmg mcm nih kan.. ari ni jumpa jumpa org, suka kat dia.. tp kalau tiba2 org tuh tak suka kat kita dan ada org lain.. kwn2 kan still ada… patah semangat.. try fikir positif balik.. dan cari laa org lain sampai kita jumpa mr right kita.. hidup nih mcm kayuh basikal.. sampai laa ke destinasi kita.. sbb hidup kat dunia nih sementara je.. jodoh ko.. dah ditentukan.. tak lalu mkn.. tido pn dah mcm ayam tido..sambil buat keje pn blh termenung.. ko dh jatuh hati ke apa?

2 comments on "kisah 3 hari"

peah @ peps on May 4, 2009 at 7:11 PM said...

sukenye cerpen pendek ni...mmg best bile baca..

anyway yati..ada satu part dlm cerpen yati ni..part..yati ada perasaan takut sebab yati dah start suke dia..tapi yati takut dia akan lukakan hati yati..bagi saya..bende tu mmg ada..tula nama dia 'risk' kan..saya pun kena juga..dan saya pun amek mcm2 risk dlm kejar love life saya....saya ikat contract cinta dgn husband saya..for 2 years..dua2 takde perasaan..just based on contract..itula nama dia gila..tapi gila tu yg buat saya
happy sekarang..

tapi bile yati nanti dah kawen..yati kenang balik...yati akan rasa bersyukur..yg yati go thru pengalaman2 tu..yati tau apa seorang laki suka tak suka...itu yg lelaki nak...for understanding him..apa kelemahan lelaki yg yati kena compromise..dan apa kelemahan yati yg yati kena improve..yati maybe antara sedar tak sedar..pengalaman tu yg buatkan yati jadi sorang wife yg maybe tak perfect..tapi mungkin menjadi idaman lelaki...bcoz u knew man..

so..again..saya wish the very best of luck..saya tak bole interfere dlm kesah yati ngan 'mamat' nih..hehe..ni bende yg yati kena fikir sendiri..kena amik risk sendiri..and believe me...rasai setiap detik suka duka bersama..u won't regret it..

p/s:..selama saya kenal mamat nih...dia sorang yg sangat best overall...dan sangat negative pasal pompuan..tapi..bile dengar dia bole kuar ngan yati..saya sangat terkejut dan senyum besar...good luck yati!..

hyt on May 5, 2009 at 7:48 PM said...

hehehhehehe sgt panjang nasihat dpd pn nur fiza..

thanks sbb share citer.. byk benda yg yati fikir.. cuma kan fiza.. makin kita kenal ramai lelaki.. dan mcm2 ragam kita tau.. sebenarnya.. kita akan confius.. sbb walaupn kenal bertahun2.. kita tak kan nampak true color seseorg lelaki..

yati just jadi diri yati (walaupn kadang2 kelu lidah nk berkata).. yg penting kita enjoy !! hehehhehhee

hidup kena happy kan.. kena teruskan gak walaupn kadang2 apa yg yati luahkn dlm blog nih adalah benda negetif dan ketidak puasan dlm sesesuatu benda..

yati doakan kebahagiaan korang.. bg yati kita kena berusaha utk cari kebahagiaan tuh, dh dpt sila cari jalan utk kekalkan.. ok?

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates