Terasa ingin menulis, ingin luahkan semuanya. Cuaca sgt panas, aku bukak aircorn dan tower fan, mmg sgt panas. Bergelap dlm bilik, tutup semua lampu. Bukak notebook, dgn ditemani lagu2 dpd radio, mula tulis sesuatu.
Skrg barulah otak rasa fresh. Tadi aku dan kwn2 opis gi main badminton. Kwn aku yg sorang tuh dah start minggu lepas. Aku baru start tadi. Nak pegi mmg sgt byk dugaan, perut rasa sgt sakit dan hampir melemahkan semangat utk pegi. Tp aku paksa diri utk pegi gak. Sbb kalau tak, sure akan akan tido je kt umah. Semangat, yati.. bersemangat. Tgk.. kan skrg otak dah ok, dah ada unsur2 normal. Tp aku tak laa main betul2, sbb tangan pn dah start sakit2, Nampak sgt dah lama tak main. Esok plak mau drive balik kampung. Plan nak ambik adik kat matrik Melaka. Sbb esok last day dia kat matrik, so aku kena ambik dia dan angkut semua barang2. Mintak2 la barang dia tak byk. Sbb kete aku tak berapa elok. Absorber belakang dah lemau. Plan nak tukar, tp berbulan2 biar je keadaan kete mcm tuh.
Hope esok tangan dan kaki aku tak buat perangai. Kalau sakit mcm mana mau pusing stering, kang bawak kete mcm main Daytona. Rindunya.. dah lama tak main permainan tuh. Tp aku tak lagila main benda tuh. Adik aku laa yg gila main sampaikan aku pun terikut sekali. Kecik2 lagi adik aku dah tau main. Aku nak bg nasihat, last2 terjoin sekali.
Mmg patut buat aktiviti seperti main badminton nih. Sbbnya mmg sgt buat otak bernafas semula. Bila pukul bola badminton tuh, mcm semua masalah dah pegi. Apa yg bersarang nih terlerai dgn sendiri bila main sambil gelak2. Opis ada buat tournament akhir bulan nih. Malas gak sbb mesti kalah la. Sure kalah. Sbb dalam byk2 orang aku la tak paling tak reti kalau bab2 aktiviti lasak nih. Pukul bola pun tah kemana2 pegi. Tuh laa sbb tak berapa aktif sukan dulu. Last bersukan yg betul2 punya, darjah 6 kot, ada perlawanan bola jaring. Tgh syok2 main, tiba2 bola kena muka. Mmg gelap dunia laa time tuh. Sejak tuh mmg fobia dgn bola. Terus stop nak main apa2. Terus tak aktif. Aktif window shopping je.. hehehhehee..
Bila cerita bab window shopping plak, benda y g paling suka. Mcm cerita dalam shopaholic. Mmg bagus laa cerita tuh, sedikit sbyk ada laa yg positif. Time jusco buat sale ari tuh pun tak abis byk pun, Cuma beli sehelai baju dan purse je, mmg mencari keperluan aje. Tp walaupn suka bbelanja aku tetap tak melebihi budjet. Harap2 laa kan. Sbb aku tetap akan spend yg perlu aje, sbb byk benda yg kena fikir. Sewa umah sure laa, kete lagi, adik2 lagi, nak fikir utk bayar mara lagi, simpanan lagi, mau beli umah laa, bila laa cita2 tuh akan tercapai lagi. Skrg nih nafsu aku Cuma mau deco umah je, sbb setiap kali balik umah, rasa bosan tgk umah yg kosong, kosong dan tak de keindahan. Tp keindahan memerlukan duit kan. Duit oh duit.
Bila laa mau berubah keje nih. Aku sure kalau aku cari keje lain, value aku akan jadi double. Yakin ke? Hehehee.. aku yakin, dgn kemampuan aku sure value aku kat market lagi tinggi. Apa laa company nih, bayar laa aku dgn gaji yg tinggi lagi. Aku stay kat company nih je pun sbb tunggu certificate. Aku fikir aku tak de apa2, Cuma cert nih je yg blh bawak aku lebih tinggi. Ok sabo sekejap.
Selain benda2 keje nih, biasa laa keje ada tekanan, tp bila passion buat sesuatu keje, ikhlas, tak menyusahkan orang lain dan berusaha utk dapatkan kualiti dalam keje. Sure keje akan mudah dan stress keje akan ditangani. Tp yg peliknya hidup aku bukan stress disebabkan keje. Sekelumit pun tidak. Walaupun keje byk dan terpaksa tido kat opis, aku sanggup. Sbb aku mmg suka keje aku, Cuma tak suka bila keje aku tak siap disbbkan org lain. Itu stress lain laa. Communication penting utk setiap keje yg kita buat. Teamwork paling penting. Kalau kau buat keje sorang2 kau akan hancur. kau faham tak? Hancur.. samada kau yg hancur atau kau hancurkan orang lain. Sila jangan susahkan orang lain ok.
Satu je buat otak aku berkecai, bila aku start fikir hal2 lama2 aku yg malang. Fikir pasal suka kat orang nih, suka kat org tuh. Berusaha untuk dptkan sesuatu tp akhirnya kecewa. Faham tak? Penat ok, tak larat fikir. Setakat nih, dalam byk2 cinta aku yg lama tuh dah buang laa kan. Tak tau la mcm mana kalau tertembung dgn balik dg diaorg2 nih, hope tak de kebetulan untuk terjumpa. Sbb aku bukan sekuat mana utk hadapi semua nih. Selama nih aku fikir aku kuat, tp sejak akhir2 nih aku tewas dgn keadaan.
Hati boleh ada 2 cinta ke? Aku still syg kat mamat tuh. Tp dia dah kawin. Dan aku still syg kat mamat yg satu lagi tp dia dah bertunang. Perasaan syg yg tak blh dibuang nih laa yg buatkan aku jadi gila. Kan bagus kalau blh tamatkan perasaan nih. Masalah syg yg wujud nih tak blh buang laa dah. kau benci byk mana pun, tp syg tuh tetap ada. Susah kan perasaan nih. Aku tension sbb benda2 mcm nih laa.
Mamat yg dah kawin nih lantak lah. Hope dia bahagia setelah apa yg dia buat kat aku. Mmg jujur, aku mengharapkan dia bahagia. Sbb aku pun nak bahagia. Kalau kita tak doakan orang yg bagus2, mcm mana perkara yg baik2 akan dtg kat kita kan. Tuh salah satu sikap positif yg aku tanamkan. Walaupun kadang2 aku akan tarik balik kata2 baik aku dgn berkata, “matilah kau”.
Masalah nombor dua aku. Mamat yg sorang nih, mengeluh bila aku fikirkan balik. Kalau masa boleh diputar, aku tak ingin jatuh hati pada dia, sbb sgt penat. Setiap kali Nampak kelibat dia, aku akan teringat memori lama, walaupun masa yg kitaorg spend sgt sekejap, tp yg sekejap tuh laa yg aku tak blh lupa. Dia dah ada org lain laa. Apa yg kau fikir, yati? Sebanyak mana pun kau fikir, dia tak akan jadi milik kau dan faham apa yg kau rasa. Walaupun kau ingin menjerit “hei mamat, aku syg kau sgt2, kau tau tak? kau faham tak? Aku nak hati aku balik, boleh tak? Nape kau bagi harapan, sedangkan harapan tuh tak pernah wujud.” Akhirnya aku sedar, semua salah aku sbb jatuh hati pada dia. Kebisuan ini cuma sbb tak mau buatkan keadaan tegang, sbb aku tak tau apa akan aku buat kalau hati aku dah membara marah, or atau terlampau sedih. Hope tak akan bertembung dgn dia, mmg aku tak mau jumpa dia. Bukan sbb tak mampu berdepan cuma aku mau jadi professional. Eh, malu laa kalau sedih dan tak nomal sbb seorg lelaki kan. Aku doakan kau hepi dan bahagia gak walaupun kadang2 rasa mau bunuh kau dan awek kau tuh. Selagi aku berada di antara kawan2, aku tetap tak boleh elakkan kau, betul kan?
Dah satu jam aku menulis. Sedikit sebanyak apa yg aku pendam diluahkan. Tak elok pendam kan, Cuma kadang2 aku tak akan terus terang sangat. Personal life nih sgt sensitive ok. Kalau korang tau, diam2 je la. Sedih tau kalau aku terdengar korang bercerita sesuatu yg dah lepas. Korang tgk, perhatikan dan diam2 je ok. Itu je harapan aku.
Tiba2 wujud seorg mamat nih. Hati aku masih tertutup lagi, tp aku paksa utk bukak jugak. Walaupun kwn2 aku kata tak baik nak paksa2 hati kita kan. Tapi kalau nak tunggu hati aku yg dah bernanah nih sembuh, 10 tahun pun tak cukup oo. Aku dah umur berapa time tuh. Pernah ada org tanya kat aku, aku nih senang untuk menyukai seseorg ke? Kalau kau baik dgn aku, sure aku akan suka kau. Semua org ada yg buruknya kan, kena belajar terima org tuh seadanya laa kan. Kau tak akan jumpa mr perfect sbb tak de sape yg perfect dalam dunia nih. Aku pun tak sempurna ok.
Seminggu nih aku tertekan sbb benda nih laa, hati aku mmg dah terkunci, tp aku bukak dgn keras gak, aku paksa diri aku utk teruskan apa yg dah terjadi. Jumpa mamat nih mmg kebetulan laa. Seminggu yg lepas mmg perasaan aku tiba2 kata, “eh, aku suka mamat tuh” tp 2/3 hari kemudian, aku tak de perasaan. Nak berkawan pun aku tak mau. Tp aku paksa diri utk teruskan. Kalau boleh aku nak je ckp kat mamat tuh, “kau boleh tak balas email aku cepat2. kau suka aku tak? Kalau kau suka aku, kita boleh teruskan, tapi kalau sebaliknya, kita stop kat sini, sbb aku dah tak larat nak layan perasaan2 ini lagi. Umur aku bukan muda lagi. Aku bukan remaja lagi yg perlukan kata2 cinta yg penuh kepalsuan.”
Penantian satu penyeksaan ok. Aku dah tak mau tunggu sape2 lagi. Aku ambil keputusan utk ikut flow hidup nih aje.
Esok aku mau drive balik kampong. Kena dapatkan tido yg cukup. Setakat nih je laa luahan perasaan. Kau dah ok kan yati? Hope minggu depan kau tak down lagi. Hepi, ceria, bukan ke kau selalu tutup kesedihan tuh dgn senyuman dan gelak ketawa. Masih byk benda kau tak tau dan tak terokai lagi. Hidup kat dunia nih bukan setakat dgn perasaan kau aje, bukan setakat lelaki dan cinta sahaja. Banyak lagi kau kena pelajari. Cool kan kalau kau masih boleh gelak di saat kau berperang dn perasaan. Fikirkan benda lain ok.
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "18 Apr 2009 (1:10 am)"
Post a Comment