Wednesday, January 12, 2011

Cinta adalah kambing

10 comments
13 Jan 2011 (8.15 am)

Cinta adalah kambing..
Hari-hari bau busuk..
Kalau nak bagi wangi kena pergi tangkap kambing tuh..
Lepas tuh mandikan pakai sabun mandi 100 dozen..
Penat nak bagi kambing mandi..
Tapi itulah cinta..
Kena terus berusaha walaupun busuk mencecah hidung..
Kena terima kebusukan itu..
Kambing itu pun tidaklah best sangat..
Tapi kambing itulah yang kita kejar dan harapkan..

p/s saya tulis secara spontan setelah baca entry pn peps mengenai contest "Cinta bagi saya adalah.."

survey kitchen cabinet..

3 comments
12 Jan 2011 (4.21 pm)

hari sabtu lepas tinted kereta aku pergi survey kitchen cabinet.. search kat internet cari yang boleh buat installment.. sebab nak bayar cash tiada duit..

so menujulah ke shah alam.. dengan sesatnya.. last2.. call kak emy tanya kat mana plaza perabot shah alam.. sampailah kat destinasi..

dengan semangat berkobar2.. sampai2 je.. tengok tak de sape layan aku.. mamat yang jaga tempat tuh siap tengok movie kat pc dia.. eh.. dia nih nak meniaga ke tak.. last2 aku tanya.. tapi dia jawab nak tak nak je.. aku rasa emo.. mungkin sebab aku datang dah petang dan dia dah penat nak layan customer dia.. atau mungkin tengok aku pakai selipar buruk so dia tak layan sangat.. ke sebab aku muda remaja.. so tak de sape percaya aku datang nak buat kitchen cabinet.. atau mungkin sebab aku cakap aku nak kitchen cabinet yang murah2 je.. tuh sebab dia tak layan customer murah2 mcm aku.. cis..

setelah soalan tak berjawab.. dan aku tak dapat penjelasan yang bagus.. so aku blah je.. tak kuasa aku nak buat kitchen cabinet dengan company kau.. kalau aku kata aku nak kitchen cabinet harga rm 15 ribu baru ko nak layan aku ke..

survey pertama yang mengecewakan.. cikai punya kitchen cabinet + sinki + top & hood dapur = RM 4000, mana aku nak cekau duit.. tak pe next week boleh survey lagi..

ada orang tanya penting ke kitchen cabinet.. bagi perempuan yang hari-hari masak dan tak suka barang bersepah.. jawapannya ye.. sangat penting.. nak mahal-mahal tak mampu kan.. so carilah dengan harga berpatutan.. aku nak cari yang range 2000, ada ke?

nak buat installment kena pergi bank plak.. masih boleh lepas ke kalau apply loan lagi.. cis tak de choice gak..

last choice kalau survey dan tak mampu.. ok kita letak dapur atas lantai.. dan masak atas lantai ok..

Tuesday, January 11, 2011

ecotint..

3 comments
12 Jan 2011 (4.05 pm)

Hari Sabtu yang lepas pergi tinted kereta yang buruk itu.. walaupun kereta buruk tapi nak tinted mahal-mahal.. cis..

salah satu sebab aku pilih ecotint sebab brand.. review kata bagus.. so ambil lah.. dan ada UV protection.. itu yang penting.. sebab aku jenis menjaga muka.. jeragat pun dah tumbuh bak cendawan.. so bila kena bawak kereta di tengah hari buta yang panas macam hari nak kiamat.. so sangat penting UV protection itu..

so ambik tinted kereta ecotint ray barrier.. buat kat cheras.. dekat dengan leisure mall.. appoinment pukul 9.00 pagi.. so pepagi buta dah bangun.. pergi buat di pagi sabtu time orang KL tak bangun lagi.. so suasana sangat tenang laa..

dan aku suka hasilnya.. dah tak panas lagi macam dulu.. kalau dulu time tak tinted.. boleh berpeluh kalau drive tengah hari.. dan rasa macam masuk sauna time nak masuk kereta.. tapi sekarang rasa syok.. bukak aircorn level 1 pun dah rasa sejuk je.. kalau dulu aircorn level 3 pun rasa tak sejuk2 dalam kereta..

harga pun puas hati sebab kalau harga sebenar rm 2200.. tapi sebab aku ambil promotion kat car autoshow time kat pwtc tuh.. so harga jadi hampir separuh daripada itu.. sangat berbaloi-baloi.. sanggup tuh masuk car autoshow 2 kali semata-mata nak pergi ambil promotion tuh..

setakat nih puas hati..

next plan nak cat kereta yang buruk itu.. tapi kena kumpul duit.. chaiyookk !!

Tuesday, January 4, 2011

tau fu fa..

8 comments
05 Jan 2010 (10.03 am)

hari-hari makan tau fu fa.. makan macam tak makan sebulan.. lapar sebenarnya.. dan selalu di pagi hari pekena roti kosong.. tapi sebab nak mengamalkan diet seimbang atau dalam erti kata lain nak maintain berat badan dan nak buang lemak tepu dalam badan.. so tukar menu.. mengadap tau fu fa pada pukul 10 pagi.. dan makan dalam masa tak sampai 1 minit.. lapar sangat nampak.. susah kan jadi perempuan.. kena control makan.. kena jaga badan.. sedangkan aku adalah manusia yang suka makan.. tapi kena beringat sebelum lemak tepu musnahkan badan dengan ketulan-ketulan yang mengerikan..

petang nih nak pergi jogging.. jom sape nak ikut?

Monday, January 3, 2011

Tahun 2011

4 comments
04 Jan 2011 (10.57 am)

Tahun 2010 tak de apa-apa aku rasa.. aku pun dah lupa apa azam tahun lepas.. sebab niat dan cita-cita aku selalu berubah mengikut citarasa.. hahahhaa

Tahun 2011, 1st azam adalah nak pergi kerja on time dan balik kerja pukul 5.30. tapi dah 2 hari pergi kerja lambat jugak. hampeh.

bulan nih nak tinted kereta. bulan depan kena beli handphone. bulan seterusnya nak beli camera. ohh sangat tinggi angan-angan..

nak bergerak tapi malas. nape aku selalu malas. amalkan laa selalu. tak bagus utk kesihatan.

oh ye.. azam tahun ini tak nak tido lepas subuh.

tetiba aku rasa aku tak guna..

Pentingkan diri sendiri..

4 comments
04 Jan 2011 (10.38 am)

Aku rasa dia pentingkan diri sendiri. Tapi aku malas nak cakap apa yang aku tak puas hati. Makin sakit hati je kalau cakap, sebab dia tak kan berubah. nape aku cakap dia pentingkan diri? sebab dia suruh aku tunggu 2 tahun lagi. dan aku tak tau nak buat apa. aku malas nak tunggu sesape lagi. tapi apa aku boleh buat. buat bodoh je laa. ok.. atau pergi jahanam.

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates