Thursday, November 25, 2010

kedekut kasih sayang..

4 comments

25 Nov 2010 (10.29 pm)

ada satu rancangan di tv9, tajuk semanis kurma.. perbincangan malam ni adalah berdasarkan suami kedekut kasih sayang.. tapi disebabkan aku tak kawin lagi.. so aku tujukan khas entry kali nih untuk kaum lelaki yang kedekut kasih sayang..

kenapa lelaki kedekut kasih sayang.. susah sangat nak cakap sayang atau rindu.. konon tak macho la.. semua tuh ego je.. ego semata-mata.. ingat perempuan nih akan tahu ke apa dalam hati orang lelaki kalau tak bagitahu.. aku rasa perhubungan akan hambar kalau tak de gurau senda dan sayang..

harap lelaki akan lebih sensitif pasal benda nih.. nampak macam remeh tapi tak semestinya bila perempuan tuh dah jadi hak atau dah kawin, tak perlu nak tunjukkan kasih sayang.. kena jadi pendengar setia walaupun rasa menyampah apa yang perempuan bebelkan.. kena spend time masa selalu.. memang kerja tuh penting tapi masa bersama tuh penting untuk elakkan sebelah pihak rasa, "eh.. aku nih penting lagi ke dalam hidup dia?" ataupun perempuan akan bosan dan start cari lain.. lepas tuh wujudlah rumahtangga retak, isteri curang, suami ada orang ketiga, anak-anak terbiar..

lagipun tak baik kan bersifat kedekut.. kalau ada orang buta datang kat meja pun boleh bagi seringgit.. tak kan isteri nak mintak ucapan kasih sayang pun tak boleh bagi..

so, jom tunjukkan kasih sayang pada orang sekeliling.. pada ibu bapa.. pada adik, abang, kakak.. pada saudara mara.. pada kawan-kawan.. pada orang sekeliling..

untuk kawan-kawan, saya sayang kamu semua.. :)

Monday, November 22, 2010

can you keep a secret

4 comments
23 Nov 2010 (11.26 am)



1st time baca buku english sampai habis.. sebelum ini ada try baca buku english tapi tak pernah habis.. lepas nih dah tahu kena beli buku yang jalan cerita best so akan baca sampai habis..

walaupun ada perkataan yang sepatah haram tak faham tapi sebab malas nak buka kamus so buat-buat faham.. so buku ini sangat sesuai dibaca oleh orang yang otak beku macam saya..

jalan cerita menarik sangat.. ayat dia pun senang dibaca..

cerita mengenai seorang gadis.. yang jenis low profile macam aku.. hahahhaha.. kiranya gadis kebanyakkan.. dia nih baru nak start bekerjaya.. seorang yang try untuk buat baik walaupun dia tidak menyukai keadaan itu.. tapi jenis yang malas nak cakap (jenis tak puas hati tapi simpan dalam hati).. so sebab itu dia ada banyak rahsia dalam hidup.. dan secara tak sengaja ceritakan pasal rahsia hidup dia kepada seorang lelaki kelas atasan (lelaki kaya laaa).. time dia ceritakan rahsia tuh dalam keadaan yang cemas..

then hidup dia berubah selepas itu.. walapun aku tak suka sangat time lelaki yang tahu rahsia nih bongkar rahsia perempuan tuh.. sebab rahsia adalah rahsia kan.. tapi ending story nih berakhir dengan happy..

time aku baca buku nih.. aku rasa macam tengah tengok filem hollywood.. hahahhahaha.. cerita hollywood slow romance.. hahahhahaa.. berangan sungguh..

ok akhir bulan nih nak beli buku yang minah nih tulis jugak..

Wednesday, November 10, 2010

Happy Belated Birhday..

8 comments
11 Nov 2010 (2.35 pm)

2 hari lepas pada 27 tahun lepas, aku keluar daripada rahim ibu aku. so, setiap tahun, setiap orang akan rasa best pada tarikh tersebut dan perhatian perlu diberikan pada tarikh tersebut. Lepas itu hadiah atau ucapan daripada kawan-kawan dan kaum keluarga akan menyusul.

Tapi ada jugak orang yang tak kisah nak sambut atau nak ingat tarikh tersebut apatah lagi nak ucap happy birthday.

mari kita jenguk kenapa penting untuk ingat tarikh tersebut.

1) sebab tarikh tersebut sekali dalam setahun. kalau hari-hari sambut tak unik laa jadinya kan.
2) bila orang tengah ada masalah kehidupan seharian, tetiba ada kawan-kawan yang wish, bukan ke akan buatkan kita tersenyum dan happy. bukannya susah nak buat orang bahagia kan.
3) bila orang tersayang ingat dan wish.. akan buatkan kita rasa dihargai dan disayangi. sedih ok kalau insan tersayang tak wish. bukan nak hadiah mahal-mahal (tapi nak laa gak kan.. hehehhehe).. cuma tolonglah jangan lupa ok..

sebenarnya entry nih untuk seseorang yang lupa birthday aku.. tahun lepas dia tak wish.. so aku siap call untuk remindkan dia.. tahun nih aku turun padang bagitahu secara tak sengaja time lepak-lepak kat kedai makan. dah agak dia akan lupa. sedih jugak bila kawan-kawan wish.. tapi aku still nantikan dia untuk wish.. so tahun depan kena ingatkan dia sebab dia lelaki jenis tak ingat hari special awek dia..

so untuk kaum perempuan, kalau lelaki lupa dan tak wish.. jangan laa melenting tak tentu pasal. bukan sebab dia tak sayang kamu. cuma mungkin ada banyak kerja dan problem lain kena fikir selain ingat tarikh birthday kamu..

Monday, November 1, 2010

Dalam hati penuh sedu..

3 comments
01 Nov 2010 (5.07 pm)

dalam hati ada sedu..
sedu itu keluar bersama tawa..
dan dalam hati ada kamu..
tetapi kamu hilang tanpa arah..

aku berjalan, aku duduk dan aku bangun..
sedu itu tetap ada..
apa azimat yang aku pegang..
demi menempuh jalan berliku..

kelibat kamu nun jauh disana..
hati tersentak dan bertanya..
bahagiakah kamu..
meranakah aku..
akhirnya.. dalam hati penuh sedu..

transformasi pemikiran..

0 comments
01 Nov2010 (5.05 pm)

aku suka kalau hidup ini tiada masalah.. tapi masalah itu selalu muncul.. dan aku selalu berfikiran negatif.. sebab itu aku suka larikan diri daripada masalah.. akhirnya masalah tak akan hilang kan..

so, transformasi pemikiran adalah satu konsep yang aku amalkan sejak beberapa tahun ini.. hidup kita tidak banyak berubah.. tapi kita boleh ubah pemikiran yang biasa menjadi sebaliknya..

tabiat manusia suka salahkan orang lain untuk sesuatu kesilapan.. kita akan puas kalau dapat menunding jari ke muka orang lain.. tapi aku tukar otak aku sehingga jadi biol.. daripada aku cari kesalahan orang.. apa kata aku cari salah aku sendiri..

contoh dalam setiap perhubungan yang tak kekal lama.. dan selalu kecundang di tengah jalan.. aku selalu berfikir kenapa lelaki suka permainkan perempuan.. salah lelakikah atau salah aku.. walaupun bila aku cuba cari kesalahan diri sendiri.. jarang nak nampak kan.. tapi mesti ada terselit kesilapan yang berpunca dari diri kita..

so sebab itu mungkin aku redha dengan apa yang terjadi.. tapi.. dosa kira kat akhirat ye.. hehehheehe.. sebab aku bukan jenis pemaaf..

transformasi pemikiran..

1) cari kesalahan sendiri walaupun kita tahu itu bukan salah kita.. tapi jangan salahkan diri atas apa yang terjadi..

2) sebelum buat keputusan, jangan marah dulu.. selidik dan selidik.. simpan marah dalam2.. sebab marah kan godaan syaitan..

3) percaya pada kebaikan yang dibuat.. kan dapat pahala.. dan cuba untuk tidak buat dosa dengan sakitkan hati family, kawan-kawan dan orang sekeliling..

susah kan nak buat baik.. cuma doa setiap tindakan yang dibuat.. dan setiap langkah yang dihayun... akan mendapat keredhaan Allah swt..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates