Tuesday, October 20, 2009

tetapkan hati


21 Oct 2009 (Wednesday) 11.37 am

semua benda boleh diselesaikan asalkan kita jujur dan berbincang dgn tenang.. dan sgt kagum ok.. dia still boleh relex dan tanya aku slow2.. sbb kalau sebelum2 nih sure aku dah kena herdik or kena maki hamun.. dan aku jenis kalau nak tegur pun sila bercakap elok2 sebab makin ko hamun aku makin aku bengang dan sure tak kan dengar teguran itu..

dan apa yang aku tak puas hati semua aku dah luahkan.. harap2 lepas nih tak de dinding yang boleh halang untuk aku terus dengan dia.. sila bercakap jujur dan jangan simpan apa2 dalam hati ok..

tak dinafikan apa yang terjadi sebab aku nak dia tahu apa kehendak aku.. so caranya adalah dengan bagi hint.. sebab perempuan sanggup buat apa sahaja untuk tarik perhatian lelaki.. dan lelaki plak dengan perangai diaorang yang tak kan sedar apa2 kecuali keadaan dah terdesak..

so sila berpegang pada janji anda untuk lebih ambil berat..

aku tak mau jadik macam yang lepas.. sayangkan seseorang sampai ada istilah biarlah aku merana asalkan dia bahagia.. apa hal.. aku tak mau seksa diri lagi.. bila tak dapat cakap apa2 adalah benda yang paling aku benci.. sebab aku tak suka nak simpan apa2 dalam hati..

so sekarang nih dah selamat..

tapi aku akan melukai mamat yang sorang lagi.. aku buat mamat nih macam batu loncatan untuk memenuhi apa kehendak aku.. sgt tidak bagus sikap ini.. sila ubah ok yati..

sebab daripada dulu aku memang negatif pada lelaki.. kalau boleh aku akan try balas dendam atas semua perbuatan diaorg.. dan sikap tidak berperikemanusiaan ini yang buatkan aku selalu buat apa je yg aku nak asalkan aku dapat lelaki itu.. inikah aku sebenarnya.. oh tidak..

dan situasi yang sama jugak berlaku.. sebab nak bagi lelaki tersayang itu sedar.. so secara tak sedar aku telah mempergunakan mamat tersebut untuk mejayakan misi supaya lelaki tersayang itu mengaku yang dia sygkan aku dan akan ambil berat pasal aku..

tetiba rasa aku sgt kejam.. walaupun rasa bersalah.. tp itulah erti sebuah kehidupan.. dalam hidup nih ada 2 istilah.. samada dikecewakan atau kecewakan org lain.. so mana satu adalah anda?

0 comments on "tetapkan hati"

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates