Wednesday, November 19, 2008

lepaskanlah..

0 comments
Melepaskan sesuatu.. betapa berat keluhan hati.. demi sebuah kebahagiaan.. demi sebuah penantian..

Pernahkah anda melepaskan insan yang disayangi. aku melepaskan semua demi sebuah persahabatan. begitu susah untuk membiarkan insan itu pergi. tapi takdir menentukan segalanya. mungkin tiada jodoh antara kita.

kita tetap bertentang. tapi hati kita terbelah dua. aku melepaskan dirimu. berat untuk jiwa ini. sakit untuk perasaan ini.menyeksakan tapi moga kebahagiaan menjelma. walau di mana kau berada, berbahagialah.

lepaskanlah.. aku rela. andai ini yang takdir yang tercipta..

tinggal kenangan...

0 comments
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun bayangmu selalu ada dalam setiap langkahku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu
kini ku cuba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

masih terlintas di mata ku gambaran wajahmu yang
kini tinggal kenangan
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namun bayangmu selalu ada dalam setiap langkahku

Wednesday, April 2, 2008

Futsal

2 comments

Hari ini hari Futsal. Aku dan kawan2 yg sekepala dan seangkatan mmg dh plan nk main futsal tiap2 minggu2. Semua plan yg dirancang tak jd, terutamanya plan jln2. Plan main futsal je yg paling jd sbb game nih mmg seronok. Mcm mkn gula2, dh mkn sebijik, tangan mesti capai 1 lg gula2. Mcm tuh gak dgn main futsal, bila dh abis main, rasa tak sabo nk tunggu minggu depan. Selain tuh, sbb Plan K kitaorg. Plan K adalah plan nk kurus, mcm Datuk K plak kan plan nih. Tp bg aku, game nih bagus utk org yg tak de stamina mcm aku. Baru lari seminit dh termengah. Isk.. tak bagus tuh badan nih.

Aku ingatkn aku nih kaki bangku, tp rupa2nya blh gak aku main. Part paling best ialah bila dpt goal walaupn itu bukan matlamat utama bila dh start masuk padang. Yg utama ialah kita hargai setiap detik dan betapa fun nya main dgn kwn2 yg mmg best.

Itulah sbbnya org ckp bila kita tak cuba, so kita tak kan tau sebyk mana kemampuan kita. Last aku aktif kt sekolah rendah. Trauma kena debuk dgn bola jaring kt muka, terus patah hati nk aktif. Mula2 masuk futsal nih, lebih byk lari dpd bola dpd rembat. Tp bila kali ketiga dh start belajar dan mula goal.

Ingat lg, dulu time Eyan sibuk2 pasal futsal, aku buat bodo je. Tak minat. Tp bila dh terjun dlm game nih, lepas main je mesti mimpi. Mcm main AVP gak, sampai mimpi2. Dulu zaman AVP, game tuh pn ketagih gak, bila dh main tak blh nk bhenti, utk org yg 1st main mmg laa akan pening, lama2 ok je. Lepas tgk citer AVP, masing2 dh muak kot, terus bhenti. Sekarang nih musim futsal plak.

So selagi tak muak, teruskan perjuangan utk berlari di atas padang tiruan tu..

Thursday, March 27, 2008

Langkawi (2 Febuari 2008 - Pagi)

0 comments
Apa yg aku tulis, adalah utk tatapan kemudian hari. Hari-hari aku keseorgan, kesunyian, ingin mengimbau kenangan lalu, maka coretan ini penghiburku. Sedikit pun tidak terlintas untuk mengutuk atau mengaibkan sesapa. Maafkanlah jika tersinggung perasaan.

Masih dalam ingatan, hari bermakna, hari Jumaat. Aku dan rakan2 di rumah ‘Rakan Bujang’. Kami betul2 buat rumah tuh mcm rumah sendiri. Aku bangun pagi2 sebab penangan nasi lemak malam tadi. Nasib baik perut kosong, so tak de la kalau dalam perjalanan nanti perut aku meragam. Kalau tak haru biru nak cari toilet.

Suasana pagi di rumah Kak Zaida, mcm suasana kampung. Kedinginan pagi seperti berada di kampung. Kak Zaida kata boleh nampak bukit belakang rumah. Menghirup udara pagi yg sgt best. Kalau kat rumah kt KL, mana la nk bgn pagi, kalau bgn pn tak nampak suasana luar. Aku punya la excited, siap awal dpd diaorg, tp sory korang, aku ambik masa lama kt bilik air.

Sebenarnya, aku dah pesan awal2. Sebelum tidur lagi aku dah kata, nak bertolak biarlah pagi2, paling lmbt pn pukul 6, sbb kita tak akan jangka apa yg akan blaku. Pernah terjadi kt team Brunei. Kena tinggal flight, adalah peristiwa yg tidak akan aku lupa sampai bila2. Tak tau di mana salahnya, sbb bukannya tak pernah pegi, tp mmg nasib agaknya, mmg nak terlepas penerbangan. Masing2 pn dah tak terkata. Pengalaman mengajar kita.

Agaknya pesanan aku tak sampai maksudnya. Dalam tak nak lmbt, lmbt gak, masa tuh mmg tak tunggu kita. Dekat pukul 7, baru nak bertolak dpd rumah Kak Zaida. Aku dah risau dan start membebel. Ayat yg selalu keluar dr mulut aku, “Kan Yati dah ckp, kan Yati dah ckp..”. Kesian gak Kak Zaida, dia terpaksa bawak kereta cepat2. Nasib baik dia blh kawal perasaan dan sampai ke KL Central tanpa sesat. Muka masing2 dah cuak. Kalau nak ingat balik, nak gelak sebenarnya. Patutnya rakam muka cuak diaorg2 nih, betapa muka cuak + tak tenang. Aku pn try kawal diri, walaupn dah rasa nak sebat2 je kwn2 aku nih. Dalam hati doa gak, kalau la terlepas flight, erm.. mintak2 di jauhkanlah, tp kalau2.. nangis dlm toilet lg laa jwbnya.

Sampai kt KL Central, kelam kabut cari pintu masuk ERL. Nasib baik eyan dah biasa, kalau tak mmg teraba2 tak tau arah. Cepat2 collect duit, kak emy dan shira, gi beli tiket. Aku dah tak larat, just tunggu kt pintu masuk. Lepas tuh, berlari2 nak ke ERL. Aku tak ingat sape yg ckp, eyan kot. Dia kata kalau sempat naik ERL 7.15, so mungkin sempat nak sampai KLIA pada waktunya. Aku mmg dh berlari. Berlari Ke Langit. Hahahahhaha, berlari sambil tgk kwn2. Time tuh pintu ERL mmg dah terbuka, aku kelam kabut masuk, nasib baik beg tak berat dan blh bawak, kalau bawak beg besar dan berat, ada gamaknya aku kena tinggal. Masih ingat lagi, time dah masuk ERL tuh aku tak nampak Shira. Aku jerit panggil nama dia, sbb takut dia ttinggal. Eyan dan Kak Emy dah masuk. Dalam masa kalut2 tuh, lantak la org nk pandang kitaorg dgn pandangan apa pn. Akhirnya aku nampak shira, dan aku suruh dia lari. Akhirnya, kitaorg semua dh masuk. Waaaa.. rasa cam Explorace tuh.

Pintu ERL dah tutup, ERL dah bergerak dan kitaorg semua dah naik. Misi mencari tempat duduk, jln dpd depan, ramai gak org nak gi KLIA pagi2 buta nih. Aku ternampak Sascha dan Ame, team kitaorg yg lain. Diaorg senyum2 je, agaknya nampak sgt kot kitaorg tlmbt dan gelabah. Huhuhuuhu pagi2 ayuku dah hilang. Jalan dpd depan sampai belakang gerabak, tak jumpa tempat, so duduk je laa kt mana2. Hilangkan mood tension dan rasa nak marah nih. Patutnya hari nih hari gembira, tp sbb Explorace nih, so mood dh btukar jd bengang. Lepas ERL bgerak 15 minit, tarik nafas panjang, dan kata, bukankah ini 1st time naik ERL, so enjoy.. Adegan ambil gambar pn bermula, kitaorg telah menggosipkan Shira dgn mamat omputih, eyan plak dgn jejaka melayu terakhir. Ambik gambar dgn camera baru, rasa syok je.

Secupak Kisah, Segantang Pengertian..

0 comments
Aku dan kisah hidupku. Insan lain pun ada kisah tersendiri. Semakin banyak yg kita tempuhi, anggaplah sebagai dugaan. Seperti aku, setiap yg aku coretkan cuma sebahagian kata semangat dan pembakar diri demi sebuah ketabahan untuk melalui hidup yg dihadapi. Semoga dengan sedikit kata-kata, kita akan terus berjuang demi sebuah kebahagiaan dan kegembiraan.

Di sebalik cahaya rahmat ini, jgn lah lalai, kerana hidup sentiasa memerlukan pesanan daripada teman sekeliling. Wahai kawan2ku, terima kasih kerana perjuangan ini disertai kalian. Kamu adalah sebaik2 teman yg pernah aku jumpa.

Buat insan yg mengerti, berikan lah cahaya pada insan yg memerlukan, kerana setiap diri yg kita bakar utk menerangi kegelapan, bukan minta dibalas. Cuma kerana sebias cahaya itu, cukup utk terus hidup. Mungkin insan yg diterangi akan membiaskan kepada yg lain. Lumrah hidup… seperti matahari membiaskan cahaya kepada bulan, bukankah mlm akan sunyi tanpa bulan. Bukankah kita akan tertanya2 ke mana perginya jika bulan itu hilang.

Teringat sebuah kisah.. seorg insan yg lahir tanpa mengetahui apakah peraturan dirinya di dunia. Masih tidak mengerti kesusahan ibunya melahirkan dan mendidik. H namanya. Tambah mendukacitakan, hidup dalam serba kekurangan. Dimana silapnya, tiada siapa yg tahu, sebuah keluarga yg sepatutnya mampu hidup dalam kebahagiaan dan kesenangan, tp tidak mampu mengekalkan ciri2 keluarga bahagia. Silap ayahmukah, salah ibunyakah? Merasai kasih syg yg diberikan, tp masih ada kekurangan. H, apa yg kau kejar, kasih syg yg tak pasti? Hentikan lah.. Sedih aku mengenang dirimu.

H, aku tahu hidupmu payah, jiwamu selalu memberontak tatkala melihat kebahagiaan keluarga lain. Kau masih bodoh waktu itu, sedihnya kau melihat ibu kawanmu yg menghirup kesenangan yg dicari bapa mereka. Sedangkan ayahmu.. makan ayahmu di kedai. Kau dan adik2, cuma nasi bertemankan ikan bilis. Ataupn nasi berlaukkan kicap manis. Kau dikira bertuah, ada yg lain, bernasib lebih malang, mungkin tidak mampu menjamah nasi. Tp jiwa kau masih memberontak, apabila dikalangan orang, kau merasakn sgt kekurangan.

Aku masih ingat, kau ke sekolah tanpa berbekalkan apa2, kau hanya memerhati disudut tepi memerhatikan pelajar membeli makanan, dulu mungkin kau pernah dibekalkan dgn duit belanja, tp sejak ayahmu meminta duit dpd ibumu, bekalanmu hanya poket kosong. Siapa yg akan melayanmu, siapa yg akan berkawan dgn budak yg miskin sepertimu. Tahan lah kelaparan itu, walaupn kesian terasa dihati namun tiada apa yg blh kau buat.

Bertahun kau berkeadaan begitu, namun kau kanak2 yg baik. Kau masih belum mengerti erti kehidupan sebenar, kau masih nampak kebahagiaan di depanmu. Bagimu ke sekolah adalah kegembiraan sebenar. Melalui perjalanan ke sekolah yg panjang, berhujan berpanas, dgn kasut sekolah burukmu, melalui semak samun dgn bahayanya ular. Kau masih melaluinya dgn gembira hanya kerana sekolah, dunia yg paling bagus bagimu. Di sekolah, kau kenali kawan2, walaupn kau tau kau tidak layak di samping mereka kerana kau tidak sehebat mereka. Tidak ada yg mampu kau banggakan, Ayahmu pn tak pernah memperdulikan pelajaranmu, jauh sekali menyokong dpd belakang. Kasihani ibumu yg bertungkus lumus dan mencari jalan utk anak2nya hidup bahagia walaupn hati menderita kerana seorg lelaki yg bergelar suami.

Aku tidak mampu meneruskan, sepinya hidupmu, cuma secupak penderitaan, harap kau mengerti..

Satu Cerita

0 comments
Satu Cerita..

"Walaupun harapan itu semakin malap, tapi hargai setiap detik yang bernyala itu', satu rumusan untuk 1 cerita..
Kadang2 bila hayati satu cerita, tak kiralah cerita realiti atau fantasi, membuatkan kita berfikir panjang. sbb selalunya kita akan memikirkan perkara mudah dan tidak mahu berfikir panjang. Akibatnya? kita juga yg tanggung kan. Abaikan saja kalau cerita itu membebankan. kita selalu mahukan cerita itu berakhir dn kegembiraan, tp apa penyudahnya? Fikirkan..

Satu cerita, di satu malam.. Cukuplah hanya satu cerita. Cerita sedih? Cukuplah. Itu hanya satu cerita..

Wednesday, February 13, 2008

Langkawi (31 hb Januari 2008)

0 comments
31 hb Januari 2008

Hari sebelum gi Langkawi, mood semua org dh btukar, walaupn hari tuh agak bz, ada yg kena gi opis sbb CMMI, kitaorg yg tinggal mmg rasa tak sabar menunggu hari esok. Apa2 pn sedih laa sbb yan tinggalkan kitaorg, dia balik dulu. yan.. alangkah kejamnya.. tp kitaorg tak simpan dlm hati laa.

tgh hari tuh gi opis jap, sbb ada firewall en azmi. sedih ke. majlis tuh tak rasa sedih pn, punya laa kitaorg tak de perasaan sbb hepi nk gi Langkawi. masa kt opis tuh, lepas melantak, punya laa kitaorg shopping beg, sbb kalau ada beg sandang senang sikit nk bawak brg2 kalau bjln2. tp rasa syok, sbb dlm bz sempat gi beli selipar dan beg. sascha jd supir kitaorg, nasib dia laa kena bawak kitaorg nih, jgn dia menyumpah dlm hati dh laa sbb kena tunggu kitaorg. hahahhaa...

Plan ari nih sbenarnya kompleks sikit. sbb flight ke Langkawi pukul 8.25 pagi, so kalau dpd tempat kitaorg ada gamaknya kena bgn pukul 4. tak de sape nk antar, mana nk dpt teksi pagi2 buta tuh. tp kitaorg yg solo dan tak de transport nih telah rancang nk kumpul kt umah kak zaida. so kak zaida akan tolong antar kitaorg kt KL Central. husband kak zaida gi Indonesia. sian kak zaida tak dpt gi. rasa excited gak laa sbb aku nk merasa naik ERL. akhirnya, cita2 aku kesampaian (ceh, cita2 paling tak logik).

nasib baik aku dh packing awal2, so tak byk benda yg tinggal. tp akhirnya aku ttinggal benda paling penting, charger camera, alangkah hampehnya. mlm tuh plan nk jumpa kt putra universiti sblm pukul 9. kak emy plak lmbt smpai. kitaorg dh kebulur. mcm2 rasa sbb klaparan. kak emy, sampainya ati. sempat gak gi beli bebola ikan yg dijual kt tepi jln tuh. punya laa lapo, sampai shira tcucuk plastik kuat sgt. abis sos tumpah, huhuhuhuu nasib tak kena beg baru. kalau tak mmg laaa... tak lama kemudian kak emy sampai, masih ingat 1 hal (kak emy, sory i nk ckp gak). kak emy dan kaca matanya, hihihihii rasa kelakar laa kak emy. hope jgn marah ok, nanti cepat tua, muka bkedut tak lawa. rasa mcm org lain je bila kak emy dgn cermin mata dia tuh. (sekali lagi sory, i tkutuk u, kak emy). kak emy ada perasaan bsalah ke? sbb lmbt? harap2 dia sedar yg dia bsalah. tp tak pe sbb kak zaida sampai, beli nasi lemak, pukul 11 baru sampai umah kak zaida, dan mkn puas2. tido dgn lenanya, walaupn kak emy kata susah nk tido. apesal kak emy? (byk ckp pasal kak emy laa, interframe tul)

tido tuh tak ingat mimpi apa, agaknya mimpi dh sampai Langkawi kot. tido dgn kekenyangan dan tsenyum.. hahahhahhaa... Langkawi.. We Coming..

Tuesday, January 29, 2008

Hepi Besday, Eyan..

1 comments
Eyan, hepi besday..
Sebenarnya dah lama aku nak sambut besday kwn aku yg sorang nih. mmg niat tuh dh lama. sbb dia 1st kwn paling baik pernah aku jumpa. thn lepas2 tak sempat nk sambut besday dia sbb aku kt Brunei. So tak salah rasanya utk aku sambut besday dia. Harap dia suka..

Sebenarnya mcm2 kitaorg dh plan, tp plan paling gempak iaitu mkn2, tak mjadi sbb komited pd keje. tp tak pe laa, sbb ada plan lain, so tadi ptg kitaorg gi beli belon dan aku cari hadiah. apa hadiahnya.. shhhh.. adalah rahsia.. harap dia hepi. mlm nih mulalah aksi tiup belon, dh nama tiup belon, adatlah kalau pecah dimulut kan. sian kwn aku yg sorang tuh, agaknya sakit tak?

Besday dia esok, so happy besday, apa wish besday kali nih.

jumaat nih gi langkawi, syokkknyaa..

Sunday, January 20, 2008

Dunia Baru Season 3

0 comments

Selamat Tinggal, Brunei. Selamat tinggal, semuanya.. Sebenarnya byk kenangan kt Brunei. Kenangan yg tak kan aku lupakan utk selama2nya. Bagaimana pengalaman yg mengajar aku erti persahabatan, menghargai teman2 disekeliling dan hidup berdikari. Peristiwa yang berlaku samada best atau sedih, akan aku simpan jauh2 dalam hati. Mana yg tak baik, akan aku jadikan sempadan dalam mengukur kehidupan akan datang. Kawan2.. simpanlah lagu ‘Masihkah kau ingat’.

Balik ke KL, hidup ini semakin bercahaya. Awan mendung perlahan2 meninggalkan ku. Mendung itu, biarkan lah berlalu. Hujan itu pergilah jauh2. Aku bahagia dgn mentari. Mentari terangilah aku.

Biarlah ini jadi Tangisan Terakhir..

0 comments
Satu lagi dugaan yg harus apa tempuh.. perasaan bersalah ini, rasa bersalah sgt.. semua rahsia yg ingin ku simpan, telah diluahkan. Then, apa yg ada pd diriku lg. aku seperti hilang maruah, dan yg paling aku sesali menyakiti hati insan tersyg dgn semua kisah lamaku. Kini, aku benar2 merinduinya.. sedarkah dia apa perasan aku skrg.

Andai ini satu hukuman yg patut aku terima. Aku rela dan aku pasrah. Dia adalah segala2nya. Aku tau dia byk bkorban utk aku. Bekorban hati, dan terima aku seadanya. Aku tidak tdaya utk memutarkan waktu. Kalau dpt kembali dan pulihkn keadaan skrg, aku tidak ingin terus menjalani hidup dgn perasaan bersalah seumur hidup. Aku ingin bangkit dpd masa lalu dan lebih menghargai diri. Kini aku sedar, mungkin dulu aku fikir aku hanya memusnahkan diri, tp skrg org yg amat aku sygi yg terpaksa mengganggung sbghn dpd derita ini. Hanya Dia yg memahami diri ini, Hanya Dia yg tau bgmn perasaan aku skrg. Aku pasrahkan hidupku ini hanya pd Dia. Dgn ditemani air mata, aku mengharapkan diri aku ini lebih dihargai.

Aku ingin terus melupakan semua kisah hitam. Di saat aku hampir melupakannya bgmn dgn org sekeliling yg tau kisah hidupku. Masih hinakah aku di mata mereka. Masih jijikkan utk bkwn dgn aku. Berilah aku peluang utk menjalani hidup ini. Berilah sokongan utk aku terus menjauhi dan melupakan semuanya. Aku mmg bersalah tp berikanlah peluang..

Aku berubah bukan disbbkan sesiapa, tp utk diri aku sendiri. Namun, terima kasih pd insan yg membantu. Syg dan cinta ini bukan disbbkn pertolongan, namun setelah lama aku menguji hati, mana mampu utk hidup jauh dari mu.

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates