Aku dan kisah hidupku. Insan lain pun ada kisah tersendiri. Semakin banyak yg kita tempuhi, anggaplah sebagai dugaan. Seperti aku, setiap yg aku coretkan cuma sebahagian kata semangat dan pembakar diri demi sebuah ketabahan untuk melalui hidup yg dihadapi. Semoga dengan sedikit kata-kata, kita akan terus berjuang demi sebuah kebahagiaan dan kegembiraan.
Di sebalik cahaya rahmat ini, jgn lah lalai, kerana hidup sentiasa memerlukan pesanan daripada teman sekeliling. Wahai kawan2ku, terima kasih kerana perjuangan ini disertai kalian. Kamu adalah sebaik2 teman yg pernah aku jumpa.
Buat insan yg mengerti, berikan lah cahaya pada insan yg memerlukan, kerana setiap diri yg kita bakar utk menerangi kegelapan, bukan minta dibalas. Cuma kerana sebias cahaya itu, cukup utk terus hidup. Mungkin insan yg diterangi akan membiaskan kepada yg lain. Lumrah hidup… seperti matahari membiaskan cahaya kepada bulan, bukankah mlm akan sunyi tanpa bulan. Bukankah kita akan tertanya2 ke mana perginya jika bulan itu hilang.
Teringat sebuah kisah.. seorg insan yg lahir tanpa mengetahui apakah peraturan dirinya di dunia. Masih tidak mengerti kesusahan ibunya melahirkan dan mendidik. H namanya. Tambah mendukacitakan, hidup dalam serba kekurangan. Dimana silapnya, tiada siapa yg tahu, sebuah keluarga yg sepatutnya mampu hidup dalam kebahagiaan dan kesenangan, tp tidak mampu mengekalkan ciri2 keluarga bahagia. Silap ayahmukah, salah ibunyakah? Merasai kasih syg yg diberikan, tp masih ada kekurangan. H, apa yg kau kejar, kasih syg yg tak pasti? Hentikan lah.. Sedih aku mengenang dirimu.
H, aku tahu hidupmu payah, jiwamu selalu memberontak tatkala melihat kebahagiaan keluarga lain. Kau masih bodoh waktu itu, sedihnya kau melihat ibu kawanmu yg menghirup kesenangan yg dicari bapa mereka. Sedangkan ayahmu.. makan ayahmu di kedai. Kau dan adik2, cuma nasi bertemankan ikan bilis. Ataupn nasi berlaukkan kicap manis. Kau dikira bertuah, ada yg lain, bernasib lebih malang, mungkin tidak mampu menjamah nasi. Tp jiwa kau masih memberontak, apabila dikalangan orang, kau merasakn sgt kekurangan.
Aku masih ingat, kau ke sekolah tanpa berbekalkan apa2, kau hanya memerhati disudut tepi memerhatikan pelajar membeli makanan, dulu mungkin kau pernah dibekalkan dgn duit belanja, tp sejak ayahmu meminta duit dpd ibumu, bekalanmu hanya poket kosong. Siapa yg akan melayanmu, siapa yg akan berkawan dgn budak yg miskin sepertimu. Tahan lah kelaparan itu, walaupn kesian terasa dihati namun tiada apa yg blh kau buat.
Bertahun kau berkeadaan begitu, namun kau kanak2 yg baik. Kau masih belum mengerti erti kehidupan sebenar, kau masih nampak kebahagiaan di depanmu. Bagimu ke sekolah adalah kegembiraan sebenar. Melalui perjalanan ke sekolah yg panjang, berhujan berpanas, dgn kasut sekolah burukmu, melalui semak samun dgn bahayanya ular. Kau masih melaluinya dgn gembira hanya kerana sekolah, dunia yg paling bagus bagimu. Di sekolah, kau kenali kawan2, walaupn kau tau kau tidak layak di samping mereka kerana kau tidak sehebat mereka. Tidak ada yg mampu kau banggakan, Ayahmu pn tak pernah memperdulikan pelajaranmu, jauh sekali menyokong dpd belakang. Kasihani ibumu yg bertungkus lumus dan mencari jalan utk anak2nya hidup bahagia walaupn hati menderita kerana seorg lelaki yg bergelar suami.
Aku tidak mampu meneruskan, sepinya hidupmu, cuma secupak penderitaan, harap kau mengerti..
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "Secupak Kisah, Segantang Pengertian.."
Post a Comment