Wednesday, May 30, 2007

Siapakah yang mengerti hidupku..


Siapakah yang mengerti hidupku..

Cuma satu petikan ayat daripada baris lagu yang sedang aku dengar. lagu yang membawakan kebahagiaan, juga membawakan kesedihan.

Hidup aku terus diselubungi pertanyaan. sebuah pertanyaan dan selalunya dimulai dgn pertanyaan. pertanyaan yg tak de jawapan atau titik noktahnya. aku semakin menghampiri zaman ketidakdayaan. penuh dgn keletihan. letih terhadap semua pertanyaan yang aku simpulkan kepada hatiku. "kau, tak usah bertanya lagi", tp minda yang degil semakin mengusutkan hati. "kau, lepaskanlah kau dari semua ini", tp hati tetap tak mampu..

sepanjang perjalanan ini, banyak yang sudah ditempuhi, maka jalanilah kehidupan ini dengan tenang. tumpahkanlah air mata di kala tidak mampu membendung, menangislah andai kau mahu. dan biarkan air mata itu.. bukan suatu penyesalan tapi sebaliknya kekuatan dan sokongan kepada diri demi menghadapi kepayahan hidup.

secarik ayat positif, sopotong kata berlabelkan kesungguhan untuk memujuk hati.. maafkanlah semua org yang pernah menyakiti. sesungguhnya kemaafan dendam terindah.. sakitkanlah hatimu dgn kemaafan itu. tp akhirnya ianya akan berlalu begitu sahaja...

0 comments on "Siapakah yang mengerti hidupku.."

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates