Tuesday, May 29, 2007

BZ ke..


Aku bz semenjak 2 minggu nih. bz kt site. dah laa kat site tak de internet. tp aku tak pernah kisah ada benda tuh atau tak. sbb hidup aku mmg tak berapa bergantung pd benda tuh. hidup aku tetap dgn notebook cuma notebook aku nih lebih banyak digunakan utk buat keje berbanding utk bukak intenet. wireless aku pn bengong. aku sorang je yg terpaksa guna kabel dlm office nih sbb wireless aku tak berfungsi dgn bagus. officemate yg lain semua guna wireless. aku sorang yg masih primitif. hahahhahaha. plak tuh malas nak betulkn wireless nih. suka mengharapkan org. tuh salah satu ciri2 perempuan negatif yg ada pd aku. mmg jenis tak ambik kisah. kena tunggu sampai tahap membahaya dan terdesak baru tehegeh2 nak betulkan.

apa yg aku dapat bila duduk kt site. best bila jumpa client. banyak belajar bahasa baru yg tak pernah dengar. kekadang geli hati bila try mengajuk cara perbualan mereka. aku mmg suka keluar dpd office. bosan kalau lama2 kat office. tp kalau asyik ke sana sini pn bosan gak kan.

bila dpt keluar aku mmg jadi org jakun. jakun yg teramat sgt. aku teringat aku pernah keluar gi mall dgn officemate. tercangak2 mcm best sgt dpt kuar. sikit2 wah, sikit2 wah, sedangkn mall tuh mmg tak berapa best pn, cuma bila dah lama sgt terperangkap dgn suasana office membuatkan aku dan kwn aku jd org yg sgt jakun.

ari tuh aku pegi ict. satu tempat yg akan diadakan pameran antarabangsa. bos aku ada keje sikit so kitaorg pn ikut sekali. syok sgt. mcm dpt tgk benda baru. sebenarnya kat sini pn ada benda yg best cuma kitaorg tak berpeluang utk keluar dan berjalan. ada byk lukisan yg cantik. aku apalagi, terus heret kwn aku yg sorang nih gi tgk lukisan tuh satu persatu. nasib baik kwn aku nih mmg suka kat lukisan. aku mmg suka lukisan dan kagum dgn pelukis2 nih. mcm mana laa diaorg blh likis benda yg cantik 2 kan. ini semua disbbkan bakat. kalau org yg ada bakat seni, mmg lukis apa je pn nampak cantik dan nampak real. kalau mmg tak de bakat seni mcm aku, lukis laa apa2 pn, gerenti hancur.

ict tuh mmg besar dan cantik. aku kagum dgn senibina dia. kagum sampai kan uncle "n" tanya, "this is 1st time u go here aaa". mmg laa nih pertama kali aku pegi. sesuatu yg cantik mmg laa aku akan suka dan telek. mungkin aku nampak jakun. tp aku bukan hipokrik. sbb bila aku nampak cantik aku akan terus ckp "cantiknya" dan terus telek benda tuh. bukan apa nak duduk diam. hidup nih cuma sekali. apa yg ada disekeliling, keindahan ciptaan manusia atau ciptaan Allah, aku sgt menghargainya. sekurang2 nya otak aku tak laa beku dgn keje shj. nmpak sesuatu yang berlainan membuatkan otak rasa fresh dan terbukak sedikit.

lagi pn hidup aku nih kan bosan. ari2 lalui benda yg sama. bgn tido gi office, keje dan keje, then balik office tido.

Aku tgh on ym dgn kwn aku sebenarnya tp aku nak tulis blog nih, tetiba je dpt idea nak tulis, sbb aku tak lama tak menulis, selalunya mmg tak tau nak ckp apa, oatak buntu. sian kawan aku.. sabo ye.. kwn waktu kolej, sebenarnya baru 2 tahun aku tinggalkan kolej. kebykkan kwn kolej aku semua nya membawa arah tujuan masing2. yg aku dpt contact, dia nih saje le, tuh pn setakat ym, nak hang out sama2 mmg payah kot, aku kat sini, dia plak kat mana2 tah, dia kata bau je balik dpd kursus kt singapore. yg aku nih plak dah 6 bulan tak balik kl. erm... aku sgt menghargai kwn aku yg hubungi aku balik. sebenarnya aku dgn minah nih bukannya rapat kat kolej, mungkin sbb nasib kami sama. tp dia dah insaf dan aku pn dah insaf. cuma malang kan, bila insan seperti kami dah insaf, kehidupan tak semudah yg disangka. so pd siapa lg kita nak letakkan harapan dan kepercayaan.

aku mmg teringatkan kwn kolej aku. menyesal betapa aku tak menghargai mereka kerana aku sibuk dgn dunia aku sendiri. mmg tak kan ada kwn yg sebenar2nya kwn. memasing akan ikut haluan masing2. betul kata bf aku. sampaikan dia sanggup pentingkan kawan dpd aku.
itu bukan salah dia. aku tak sepatutnya menanyakan sesuatu perbandingan siapakah yg akan dia dahulukan, aku atau kawan. kawan ada kedudukannya yg tersendiri. begitu juga family dan org yg kita sayangi. tak perlu kita berebut tempat utk berada di tempat yg pertama. tempat pertama tak akan bermakna kalau seketika kan.

aku rindukan family. teringat waktu bergaduh dgn adik2. waktu tuh mmg sakit hati tp bila difikirkan balik, suatu kenangan manis. waktu tuh tak akan kembali bila masing2 dah dgn kehidupan masing2. aku dah keje dan ada di tempat lain. dan family aku di tempat lain. mungkin sudah sampai masanya utk aku mempunyai family sendiri. hahahahahaa cita2 bengong.

sesuatu yang pernah berlaku dulu dulu, tak akan berulang dgn mudah. jika diizinkan aku ingin bermimpi kehidupan dulu. itu sahaja yg mampu aku miliki sekarang. mimpi mmg indah kan, apa yg tak dpt kita miliki di dunia, akan dapat kita miliki dalam mimpi. hahahahhaa impian bebudak kecik.

ok laa kawan aku dah merungut, dia tunggu aku lama sgt tuh..

0 comments on "BZ ke.."

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates