Tuesday, May 29, 2007

Lelaki vs Perempuan


Aku baru mengenali lelaki ini. Kenali dia dalam erti kata sebenar, 0%. apa yg aku tahu pasal dia. aku mmg tak tahu apa2. yg aku tahu aku sedikit terluka dan tidak menyukai cara dia. tp selalunya apa yg kita tak suka tuh laa yg akan kita hargai kan. erm..

Perempuan yg bernama kawan. Aku jarang untuk mempunyai kawan perempuan. Aku mungkin lebih suka berkawan dgn lelaki. Mungkin.. sbb bila berkawan dgn lelaki tak sama mcm berkawan dgn perempuan. perempuan lebih suka bergosip dan mengutuk org lain. benda yg aku tak suka. tp ada kelebihan dan kekurangan bila berkawan dgn lelaki atau perempuan. tuh sbbnya kita diwajarkan utk ada ramai kwn. sbb semakin byk berkawan, kita akan jumpa lebih byk keraneh manusia. dan itu adalah 1 pengalaman hidup.

Lelaki sbg kawan. perempuan sbg kawan. sekarang nih pn aku diapit oleh seorg kwn lelaki dan seorg kwn perempuan. kedua2 nya baik dan aku sygkan mereka. mereka antara insan terbaik yang pernah aku kenali. tersgt baik sampai pijak semut pn tak mati. pelik mcm mana blh ada manusia sebaik mereka. aku.. aku bukan laa baik cuma bila bersama dgn meraka yg baik2, aku kurang utk berperangai. betul laa kata org, kwn mempengaruhi corak kehidupan kita. kiranya aku patut bersyukur kerana hidup dlm lingkungan kawasan yg dipenuhi org yg baik2 dan tidak hipokrit.

Lelaki ada pemikirannya yag tersendiri, dan perempuan pun ada karenahnya sendiri. Aku mesti berhadapan dgn kedua2 secara rasional. Mesti dan bukan terpaksa. Orang sekeliling akan nampak mudah pada pandangan kita kalau hati dan perasaan kita ok kan. kadang2 kita nampak hidup nih kompleks tp sebenarnya kehendak kita yg kompleks. kita akan nampak hidup nih mudah bila masa2 bahagia tuh ada. betul.. time kita bahagia, walau apa dugaan sekali pn kita akan hadapi dgn mudah kan. tuh sbbnya bila sedih, macam2 akan berlaku kalau kita tak pandai berinteraksi dgn jiwa kita sendiri.

Perempuan adalah perempuan. Lelaki adalah lelaki. Perempuan tetap ditakdirkan bersama lelaki. dan lelaki memerlukan perempuan. kita mmg tak boleh merubah apa yg tetap ditetapkan. betul kan...

0 comments on "Lelaki vs Perempuan"

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates