Saturday, January 6, 2007

Time With U..


Cuti seminggu, walaupun tiada dia namun tetap bermakna. Ibu datang ke rumah. Masa memang berlalu dengan pantas kan, sebab tak terasa detik yang berlalu. Beberapa hari di KL masa dihabiskan sebaik mungkin. 3 hari bersama ibu. Kemudian shopping dan tengok movie dengan adik. Masa tak cukup !! banyak benda yang nak dibuat tapi tak sempat. Nak beli barang pun tak sempat, sempat shopping baju je. Time beli baju memang tak fikir apa, capai mana yang best terus bayar. Tapi sekarang nih mata tgh hijau, pilih baju pun yang warna hijau je.

Kesian kat adik, lama gak tinggalkan dia kat KL sorang2. so balik nih banyak temankan dia. Selalunya asyik temankan awk aje, sampaikan adik sendiri pun tak dihiraukan. Ada hikmahnya apabila awk jauh. Ingatkan balik hari Selasa, rupa2nya hari Rabu. Penat je berkejar ke LLCT, rasa masa sehari terbuang begitu sahaja.

Tapi paling terharu bila awk sanggup flight dr Melbourne ke Singapore dan drive ke KL, semata2 utk jumpa sy. Kesian gak tgk awk penat dan terkejar2 ke sana sini. Bz dgn keje tp masih sempat fikir pasal sy. sy pun rindu awk. Walaupun cuti awk minggu depan tp awk sanggup ambil cuti tambahan utk spend time dgn sy. sy ni sgt bermakna dlm hidup awk ke? sy rasa nih la 1st time org sanggup berkorban utk sy. Selalunya sy yang banyak berkorban utk org. Terharu dan sedih, rasa sayang sgt kt awk. sy mungkin tak mampu buat apa yang awk buat sbb sy sgt pentingkan kerja. sy balik KL time awk tak de dan sy balik ke Brunei time awk cuti. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Cuma pasrah, tuhan akan memahami.

Bila difikirkan semula, banyak benda yang awk dah buat utk sy. Tp sy je yang buta hati. Mungkin selama ini sy lebih banyak membuat pengorbanan. Dan jarang menerima pengorbanan dpd org. so perasaan tak percaya dengan apa yang berlaku selalu wujud. Tak percaya dengan keadaan sekeliling, tak percaya dgn pengorbanan orang. Belajar untuk mempercayai seseorang bukan suatu perkara mudah. Walaupun sgt menyayangi awk, tapi kepercayaan sy pd awk belum 100 % . sy yakin dengan awk dan keyakinan hati hanya suatu unsur kepercayaan. sy hanya takut untuk mempercayai, mungkinkah di sebabkan takut untuk terluka untuk sekian kalinya. sy akui tak mampu untuk terluka. Kalau terluka sekali lagi lagi, mungkin pintu hati ini akan tertutup selamanya.

Setiap perkara yang berlalu ada hikmahnya, kebetulan flight hari rabu, nasib baik awk mintak cuti so kita habiskan masa dengan sebaik mungkin. Masa memang berlalu pantas. Tak cukup berbual dan masih banyak benda yg tak terluah. Awk, saya syg awk dan terima kasih untuk segalanya. Saya tak kan lukakan hati awk, tp adakah hati saya akan terus rasa bahagia sebegini untuk selama2nya? Adakah awak juga akan lukakan hati sy suatu hari nanti? Saya tak minta yang terbaik dalam dunia nih cuma saya minta awak buatlah yang terbaik untuk saya. Saya sentiasa rindukan awak walaupun awak jauh atau ada di depan mata saya. Hanya lagu awak yang sentiasa temankan saya.

0 comments on "Time With U.."

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates