Saturday, January 6, 2007

Konflik Rindu...


Rindu kat awk. Tp tiada yang dapat sy lakukan. sy Cuma dpt mengimbau kembali kenangan bersama awak. Berbekalkan kenangan, membuatkan awak rasa dekat di hati. Selalu bermain dengan perasaan sendiri, sedih, gembira, menangis dan tersenyum. Semalam yang berlalu. Masih adakah esok yang menyinari?

Perbualan kita jarang berdepan, hanya handphone yang menghubungkan kita. Itupun bukan perbualan sebaliknya hanya tulisan sebagai pengganti diri. Ikhlaskah pada setiap bait kata2?

Rahsia hati, dua hati bertemu dan saling menyayangi. Keliru dengan perasaan yang ditunjukkan. Apabila bersama kemesraan ditunjukkan. Apabila jarak memisahkan, tiada berita yang dihantar, menyembunyikan diri atau sengaja tidak mahu berhubung. Berikan lah penjelasan sebelum hati berpaling dan membisikkan tomahan. Setia ini ada tempatnya, tidak mahu mengulangi kejadian lama, setia membuta tuli sampaikan tidak nampak kebenaran yang tersembunyi. Suka bermain teka-teki atau bermain sembunyi2.

Sekali memandang awan, mencari bulan bila hari beransur gelap. Kedinginan malam, tp hati ini lebih dingin. Bagaikan sudah lali, rindu ini dibiarkan sahaja. Campakkan sahaja jauh2 rindu ini, beku sungguh hatimu. Rindu seringkali diucapkan tapi benarkah. Pernah mempercayai tp kedinginan ini membuatkan kepercayaan semakin longgar. Selagi hati mampu bertahan, seksalah jiwa ini dengan rindu. Selagi badan mampu menanggung, bunuhlah diri ini dengan perasaan cinta. Cinta memang bahagia, tp rindu membebankan. Konflik diri, sanggupkah terus berhadapan dengan situasi menyakitkan ini. Rasa hendak memaki, kenapalah terus bersikap ego. Bosan dengan semua perasaan ini.

Namun, jauh disudut hati, biarlah masa yang menentukan. Detik demi detik, seringkali rasakan lambat, kadang2 pantas berlalu. Teruskan hidup ini dengan tabah dan sabar.

0 comments on "Konflik Rindu..."

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates