05 Mac 2013 (08.33 pm)
nak cerita asal usul handphone nih sebenarnya, hehehe. nama handphone nokia, hahaha, ok cerita betul-betul. aku suka nokia sebab tahan lasak, jenis pegang handphone asyik jatuh aje, samada tak sedar atau saja-saja baling handphone kat dinding time emo dengan boyfriend, hahaha, aku sayang harta benda ok, tak tergamak nak baling handphone.
dan handphone nih company lama punya, sebab bawak lari handphone ini dengan cara hormat, patut bila berhenti daripada company lama, kena serah balik handphone nih sebab beli pun guna duit company, ingat lagi time serah laptop kat HR last day kerja, orang HR ada tanya ada apa-apa lagi barang company yang tak serah, aku geleng kepala aje, takut jugak perasaan time tuh, kalau dia check record, confirm laa ada, tapi geleng sungguh-sungguh menandakan tak de. last-last jadi laa hak milik aku, walaupun rasa bersalah tapi fikir company dah kerah keringat aku kerja sampai tido office, kira aci laa ambik handphone tuh kan, hahaha
dan dah guna 2 tahun jugak laa, sebenarnya keypad untuk unlock handphone nih memang dah lama rosak, dah 6 bulan kot, selama itu laa kalau nak unlock handphone akan cari kerongsang dan cucuk keypad tuh, nazak betul kan, sebab dalam hati boleh guna lagi, boleh guna lagi nih, hehehe, kalau orang lain sure dah pergi repair atau beli je handphone baru.
dan nak dijadikan cerita, time tido memang akan letak handphone sebelah bantal, tah apa mimpi malam tuh, mimpi tendang boyfriend kot, sampai 2 kali handphone tuh jatuh katil, lepas tuh keypad tuh langsung tak boleh cucuk guna kerongsang lagi, nganga mulut aje laa tengok.
so inilah masa nak beli handphone baru. orang kata handphone curik nih tak berkat, hehehe, orang kata laa, bukan saya kata, so jangan curik barang orang apatah lagi barang company walaupun kita rasa itu hak kita.
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "handphone rosak part two"
Post a Comment