Sunday, March 3, 2013

Adam & Hawa


03 Mac 2013 (10.22 pm)

Rindu nak menulis, sebenarnya malas nak menulis kisah sendiri, malas nak cerita apa-apa, sebab tak nak orang lain tau apa yang berlaku pada diri, low profile nampak, hehehe

sebenarnya ada suka, ada duka, yang duka tuh susah nak sembuh, bertambah satu lagi sejarah hitam dalam hidup, ok tak mau fikir, cuma kena lebih berhati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali, sedihhh

yang best, adik lelaki dah kawin!! agak sibuk dengan persiapan kawin beberapa bulan nih, orang lain kawin, aku plak yang sibuk beli hantaran, tempah baju, macam laa aku yang nak kawin, alhamdulillah semua selamat, sangat penat ok, kenduri pun buat simple sgt, sbb baru buat sebelah perempuan, tak buat lagi sebelah lelaki, tak tau laa kalau sendiri kawin macam mana, mesti penat tak terkata.

bila mau kawin? soalan cepumas yang selalu orang tanya, aiyaa, jawapan selamat ialah insyallah tahun depan, sampaikan kawan terdekat kata nanti tahun depan tanya, mesti jawapan next year lagi, tunggu dan lihat aje ok.

ada satu part lagi yang best, rumah kedua tengah buat, ok boleh buat rumah persinggahan/rumah hari tua, itu pun kalau nak duduk situ laa, kalau tak buat homestay aje laa ye, boleh berhenti kerja dan duduk kampung tanam something yang boleh generate income tak? sure laa hidup tak akan mewah kan, tapi kehendak diri/masyarakat pandang duit aje kan?

whatever, orang yang dah bosan hidup akan cakap macam tuh, agak-agak berapa lama nak pulihkan semangat setelah sesuatu yang pahit berlaku kan? maafkan orang dan jangan salahkan diri, agak-agak berapa lama luka nih nak sembuh?

ok tak sabar nak tunggu rumah siap, fikiran positif aje yg blh buat aku teruskan hidup :) chaiyokk!!

jom layan novel adam & hawa

2 comments on "Adam & Hawa"

absolutely emy on March 11, 2013 at 12:24 AM said...

Diam tak diam beli rumah lagi? Alhamdullillah.. :D

hyt on September 26, 2013 at 5:01 AM said...

bukan beli rumah lagi, saya bina rumah atas tanah sedia ada, rumah time pencen nanti, :)

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates