05 Mac 2013 (08.57 pm)
Mungkin kau anggap aku seperti bayang-bayang
Hanya tahu mengekorimu ke mana sahaja kau pergi
Tetapi kau tidak akan pernah sedar
Sesungguhnya engkau hidup subur dalam hatiku
Aku sering bernyanyi
Lagu rindu dan sayang padamu
Setiap kataku dan langkahku hanya untuk menarik perhatian
Namun aku tahu kau anggap aku menyusahkan
Kau anggap kataku hanya manis dibibir
Seperti aku meminta simpati dan pertolongan sahaja darimu
Ketahuilah aku menyayangimu sepenuh hati
Maka aku hanya mampu pasrah..
Selagi mampu, aku rela walaupun hanya sebagai bayang-bayang
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "Bayang-bayang "
Post a Comment