Tuesday, March 5, 2013

Bayang-bayang

0 comments
05 Mac 2013 (08.57 pm)

Mungkin kau anggap aku seperti bayang-bayang
Hanya tahu mengekorimu ke mana sahaja kau pergi
Tetapi kau tidak akan pernah sedar
Sesungguhnya engkau hidup subur dalam hatiku

Aku sering bernyanyi
Lagu rindu dan sayang padamu
Setiap kataku dan langkahku hanya untuk menarik perhatian
Namun aku tahu kau anggap aku menyusahkan
Kau anggap kataku hanya manis dibibir
Seperti aku meminta simpati dan pertolongan sahaja darimu

Ketahuilah aku menyayangimu sepenuh hati
Maka aku hanya mampu pasrah..
Selagi mampu, aku rela walaupun hanya sebagai bayang-bayang

handphone rosak part two

0 comments
05 Mac 2013 (08.33 pm)

nak cerita asal usul handphone nih sebenarnya, hehehe. nama handphone nokia, hahaha, ok cerita betul-betul. aku suka nokia sebab tahan lasak, jenis pegang handphone asyik jatuh aje, samada tak sedar atau saja-saja baling handphone kat dinding time emo dengan boyfriend, hahaha, aku sayang harta benda ok, tak tergamak nak baling handphone.

dan handphone nih company lama punya, sebab bawak lari handphone ini dengan cara hormat, patut bila berhenti daripada company lama, kena serah balik handphone nih sebab beli pun guna duit company, ingat lagi time serah laptop kat HR last day kerja, orang HR ada tanya ada apa-apa lagi barang company yang tak serah, aku geleng kepala aje, takut jugak perasaan time tuh, kalau dia check record, confirm laa ada, tapi geleng sungguh-sungguh menandakan tak de. last-last jadi laa hak milik aku, walaupun rasa bersalah tapi fikir company dah kerah keringat aku kerja sampai tido office, kira aci laa ambik handphone tuh kan, hahaha

dan dah guna 2 tahun jugak laa, sebenarnya keypad untuk unlock handphone nih memang dah lama rosak, dah 6 bulan kot, selama itu laa kalau nak unlock handphone akan cari kerongsang dan cucuk keypad tuh, nazak betul kan, sebab dalam hati boleh guna lagi, boleh guna lagi nih, hehehe, kalau orang lain sure dah pergi repair atau beli je handphone baru.

dan nak dijadikan cerita, time tido memang akan letak handphone sebelah bantal, tah apa mimpi malam tuh, mimpi tendang boyfriend kot, sampai 2 kali handphone tuh jatuh katil, lepas tuh keypad tuh langsung tak boleh cucuk guna kerongsang lagi, nganga mulut aje laa tengok.

so inilah masa nak beli handphone baru. orang kata handphone curik nih tak berkat, hehehe, orang kata laa, bukan saya kata, so jangan curik barang orang apatah lagi barang company walaupun kita rasa itu hak kita.

handphone rosak !!

0 comments
05 Mac 2013 (08.14 pm)

keylock handphone rosak, so ada 13 miss call dan 12 message tapi langsung tak boleh nak bukak keylock handphone dan baca message. kalau ada emergency memang masak la. dah sampai masa nak tukar handphone baru, plan nak ambik one x, patut nak cari yang kecik aje sebab tangan kan kecik aje, kalau handphone besar sangat, macam mana laa tangan yang comel nih nak pegang, tapi sebab fikir nak ambik data plan dan tak puas nak surf guna skrin kecik, so decide ambik one x jugak laa, tak sabarnya nak ada handphone baru.

so bosan-bosan boleh surf internet, bosan-bosan boleh bukak youtube, hehehe, sejak adik dah pindah balik Johor, rasa hidup nih sunyi aje, kalau dulu dia ada boleh gak gi tengok wayang ke, balik kerja ajak gi makan sushi ke, sekarang nih kalau nak gi mana-mana lepas balik kerja, jalan sorang-sorang aje laa.

macam semalam pergi sunway piramid, sorang-sorang aje, malas nak jalan tapi sebab nak cari jeans, so pusing-pusing jugak, akhirnya dapat 2 pasang, salah satu levis, brand seluar paling aku banned sebab suatu masa dulu bengang dengan seorang kawan yang sombong konon dia sorang je mampu beli dan pakai levis harga 300, ok time tuh student lagi, mana mampu nak pakai jeans 300/400 kan, tapi tak usah nak sombong, sekarang nih kerja dia biasa-biasa aje, jadi kerani akaun kat kampung dia, teringin nak tanya soalan kau mampu lagi ke nak pakai levis 300/400, hahaha

Tapi tak sampai hati nak tanya, sebab aku sedar rezeki nih Allah yang kasi, memang mungkin sekarang kita mampu beli dan pakai benda mahal-mahal tapi mana tau esok lusa, kita tak mampu lagi, so bersyukur dengan apa yang ada. setiap kelebihan yang kita ada mungkin ada kekurangan, mungkin kita nampak orang tuh macam best aje dapat pakai mahal-mahal tapi kita tak tau mungkin beli pakai credit card aje, hutang kat bank tak bayar lagi, ok mungkin ada gak orang yang betul-betul kaya tapi kita pun kaya jugak kan, kaya budi bahasa, kaya pahala, kaya anak-anak, hehehe

Saya? saya comel je, tak kaya pun, wekk

Sunday, March 3, 2013

Adam & Hawa

2 comments
03 Mac 2013 (10.22 pm)

Rindu nak menulis, sebenarnya malas nak menulis kisah sendiri, malas nak cerita apa-apa, sebab tak nak orang lain tau apa yang berlaku pada diri, low profile nampak, hehehe

sebenarnya ada suka, ada duka, yang duka tuh susah nak sembuh, bertambah satu lagi sejarah hitam dalam hidup, ok tak mau fikir, cuma kena lebih berhati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali, sedihhh

yang best, adik lelaki dah kawin!! agak sibuk dengan persiapan kawin beberapa bulan nih, orang lain kawin, aku plak yang sibuk beli hantaran, tempah baju, macam laa aku yang nak kawin, alhamdulillah semua selamat, sangat penat ok, kenduri pun buat simple sgt, sbb baru buat sebelah perempuan, tak buat lagi sebelah lelaki, tak tau laa kalau sendiri kawin macam mana, mesti penat tak terkata.

bila mau kawin? soalan cepumas yang selalu orang tanya, aiyaa, jawapan selamat ialah insyallah tahun depan, sampaikan kawan terdekat kata nanti tahun depan tanya, mesti jawapan next year lagi, tunggu dan lihat aje ok.

ada satu part lagi yang best, rumah kedua tengah buat, ok boleh buat rumah persinggahan/rumah hari tua, itu pun kalau nak duduk situ laa, kalau tak buat homestay aje laa ye, boleh berhenti kerja dan duduk kampung tanam something yang boleh generate income tak? sure laa hidup tak akan mewah kan, tapi kehendak diri/masyarakat pandang duit aje kan?

whatever, orang yang dah bosan hidup akan cakap macam tuh, agak-agak berapa lama nak pulihkan semangat setelah sesuatu yang pahit berlaku kan? maafkan orang dan jangan salahkan diri, agak-agak berapa lama luka nih nak sembuh?

ok tak sabar nak tunggu rumah siap, fikiran positif aje yg blh buat aku teruskan hidup :) chaiyokk!!

jom layan novel adam & hawa

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates