Adik aku dpt masuk U. Satu berita yg menggembirakan. hepi sbb dia adik aku yg paling dajal tp berjaya berdikari dgn sendiri. aku dtg dr keluarga yg berpecah belah, just ada mak yg jaga kami adik-beradik. kami lebih byk berdikari utk meneruskn hidup nih. adik aku yg sorang nih akhirnya jd manusia bila dia masuk U. dia masuk U nih pn dgn usaha dia. Dia usahakan sendiri hantar borang dan pergi sendiri ke tempat utk temuduga masuk U. Dia kan lelaki, kalau tak pandai berdikari mmg laa.
Bila difikirkan balik, byk cabaran dan dugaan yg family aku terima. setiap org ada kisah hidup sendiri kan. begitu juga aku dan keluarga aku. tp nasib baik budak berhingus dan dibenci oleh ramai org nih blh teruskn hidup.
Aku hepi sbb di saat adik aku nak masuk U nih, aku dah mampu dan blh tolong hulurkn duit. sbb kalau aku tak dpt keje yg baik, sape laa yg dpt tolong adik aku. segan kalau asyik nak mintak tolong dgn makcik aku. ada laa jugak makcik yg blh tolong tp sampai bila nak menyusahkn org kan. org lain yg dengki akan ckp benda yg bukan2 dan sakit hati dgn pertolongan yg diterima. kenapa mesti org ada yg sakit hati. itulah adat manusia. kejayaan hari ini adalah pertolongan dpd Allah dan berkat doa mak aku yg tak putus2. dia selalu mengharapkan kami adik-beradik jadi manusia dan bukannya sampah. keluarga kami mmg sudah dipandang buruk sbb tak de ayah, so apa lagi yg dpt membanggakan dia selain dpt tgk anak2 dia berjaya.
aku hanya mampu berdoa adik2 aku kenal mana yg baik, mana yg buruk. aku pn hampir2 terjerumus dlm lembah kehinaan, nasib baik pegangan agama membawa kembali ke jln yg benar. dugaan zaman skrg mmg sgt teruk. sape yg lemah iman akan tergoda dgn benda2 yg buruk. mintak2 adik aku sudah matang dan pandai berfikir utk kebaikan diri. Dia sudah semakin jauh dpd family dan aku pn hanya mampu tolong dpd jauh. dan aku mengharapkan bantuan aku nih tak disia2kan. moga2 dia mengerti betapa susahnya utk mencari sesen dan menghargai apa yg aku beri.
Hepi dgn berita nih, sampai nak tido aku tersenyum. rasa bangga sbb dia 1st adik aku yg masuk U. aku pn setakat diploma kt kolej, nak sambung belajar tp tanggungjwb utk bantu family dan adik2 melebihi cita2 ku. dan setakat ini aku berjaya menolong apa yg patut. Adikku, belajar rajin2 ye..
1 comments on "Berita Hepi.."
yati...sorry..saya tak tau begitu challengingnya hidup yati...saya selalu pandang yati..seorang yg rebellious...tapi rupenye ada story di sebalik citer yati ni.. apa-apa pun yati...saya kagum dan..yati pun ada hak nak kejar cita-cita yati...saya doakan...
Post a Comment