Sunday, February 18, 2007

Ku Lepaskan Dia pergi..


Kau Datang dan Pergi,
Oh Begitu Saja,
Semua Ku terima Apa Adanya,
Mata Terpejam Dan Hati Mengumam,
Di ruang Rindu Kita Bertemu...

Akhirnya aku lepaskan dia pergi juga.. Betapa susahnya untuk aku katakan padanya..
Suatu masa dulu aku pernah lepaskan dia pergi, kini setelah 2 hati bertemu, aku lepaskan dia sekali lagi..

Mengapa aku buat keputusan bodoh ini? Mungkin kerana aku atau mungkin kerana dia. Aku tak tahu mengapa, cuma aku rasa tak layak untuk membahagiakannya dan aku tak layak disisi dia. Atau mungkin kerana kelakuan dia. Memang aku tak dapat nafikan aku sedikit terluka kerana dia yang tidak memahami aku. Dan aku juga yang bersalah kerana tidak memahami dia. Sikap aku dan dia terlalu jauh. Aku tak suka mendiamkan diri, kalau boleh aku akan luahkan apa yang tidak aku sukai, aku lebih suka berdepan, dan bukan nya memendam perasaan kalau berhadapan dengan benda yg tak disukai. Lebih baik terus terang dpd buat bodo. Entahlah silap aku juga kerana tak mampu berhadapan dgn situasi ini.

Kita bukannya budak kecik, cuba jadi matang dalam segala hal. Itu yang pernah dia katakan, walaupun peristiwa itu menyentuh hatiku kerana dia lebih mementingkan insan lain dpd aku, tp aku cuba memahami, aku pujuk sendiri lukaku ini. Dia tak pernah faham perasaan aku ke?

Dia insan istimewa dalam hatiku. Dialah segala-galanya untukku. Dan kerana sebab itu, aku lepaskan dia untuk kebaikan dia jugak. Kerana aku bukanlah insan yang sempurna untuk dia. Aku tak mampu memahami dia, aku tak mampu pujuk dia sewaktu dia terasa. Dan aku tak mampu membahagiakan dia.

Terasa ingin dia kembali ke sisiku, tp apakan daya, hajatku tak mampu terluah. Sudikah dia menerimaku semula setelah aku ungkapkan kata menyakiti meminta perhubungan ini tak lebih dpd hubungan persahabatan. Biarlah dia tetap di hatiku sebagai insan yang kusanjungi.

Aku tak mampu menyayangi sesiapa lagi, biarlah dia insan terakhir. Luka lama belum sembuh, luka yang baru tercipta ini pasti menggores hati dan meninggalkan parut. Biarlah dia sepi dimataku, tp dia tetap segar dijiwa. Andai rindu ini semakin parah, biarlah memori indah ku singkap kembali. Kenangan bersama walau seketika tak akan ku lupa sampai bila2.

Ingin sekali aku duduk semeja dgnnya, menatap wajahnya dan berbual. Masih banyak benda yang tak terluah, masih banyak kata yang ingin diucap. Andainya ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Betapa kita menyayangi dan menyintai tp tiada jodoh, kita tetap akan berpisah walaupun berkesempatan bertemu dan menyayangi...

0 comments on "Ku Lepaskan Dia pergi.."

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates