15 July 2015(09.50 am)
Di laman-laman sosial (blog, fb, dan sebagainya) banyak artikal yang aku baca mengenai perkara pertama yang patut beli selepas mendapat kerja yang pertama, sama ada perlu beli kereta atau rumah?
Artikal-artikal tersebut sangat bagus sebab dapat membuka mata generasi muda zaman sekarang untuk membuat keputusan bijak. Keputusan bijak sekarang yang anda buat pada umur 20-an akan menentukan hidup anda pada umur 30-an dan seterusnya.
Pada umur 30-an ini, saya ada sebijik apartment, sebuah kereta 2nd yang dah habis bayar, 2nd house in process dan telah mempunyai sebuah rumah di kampung jika ingin pencen awal. Tetapi saya masih ada beberapa impian untuk saya kejar.
Ada beberapa orang pertikaian kenapa saya perlu membeli rumah dan biarlah bakal suami yang sediakan, Saya hanya dapat gelak di dalam hati sahaja. Mungkin pengajaran lepas yang membuatkan saya berhati-hari. Ibu saya dan arwah ayah bercerai hidup dan di kala itu ibu saya terpaksa membesarkan 4 orang anak yang nakal tanpa ada sebarang simpanan, rumah atau kereta. Nasib baik ibu saya bukan seorang suri rumah dan masih mempunyai kerja walaupun gaji tak sampai 600 di masa itu. Kejadian ini membuatkan saya bertekad untuk berusaha untuk dapatkan apa yang saya ada sekarang ini.
Komen yang paling teruk saya dapat, ialah buat apa nak kumpul harta, bukan boleh bawak mati, saya tetap senyum, sebab saya kesian dengan pemikiran orang yang sebegini. Harta memang tidak boleh dibawa mati, tetapi harta yang bermanfaat memberikan pahala yang berpanjangan untuk kehidupan kita selepas mati. Itu juga salah satu impian saya.
Alhamdulillah, saya mengamalkan beberapa tips yang membolehkan saya rasa agak stabil di zaman ekonomi yang tak berapa stabil.
1) simpan setengah gaji (Buat bisnes atau makan gaji sama sahaja, sila simpan setengah dpd apa yang anda dapat)
2) disebabkan hal no 1 di atas, saya akan berusaha untuk kawal perbelanjaan, buat excel untuk setiap duit masuk dan keluar, so anda akan tahu di mana anda berbelanja)
3) reward untuk diri (selalu setahun sekali di masa birthday, saya akan reward diri untuk beli handbag, perfume atau barang mahal, setahun sekali sahaja ye, bukan tiap-tiap bulan)
4) tidak ada kredit kad (saya tidak perlukan nya!! jika ingin beli perabut atau barang mahal, saya akan simpan rm50 atau rm100 sebulan sampai duit cukup untuk beli barang tersebut, said no to kredit kad)
5) ada kereta selepas beli rumah pertama (kena sanggup harung orang sesak, tunggu public transport berjam2, saya dah rasa semua itu).
6) Saya start dengan gaji yang kecil, so sentiasa rajin belajar dan jangan banyak komen terhadap kerja yang disuruh oleh orang atasan. Buat kerja kerana Allah swt dan Allah akan jaga kita dan berikan rezeki yang tidak disangka-sangka.
6) Jangan terlalu banyak merungut dengan kesusahan, sentiasa positif dan sediakan plan hidup.
Disebabkan saya pernah bersusah mengharung semua itu, sekarang ialah masa saya bersyukur kerana dengan apa yang saya ada. Kesusahan di masa lalu akan mengajar kita untuk bersyukur dan selalu sediakan payung sebelum hujan. Kita perlu sedar, perubahan itu kita sendiri yang mulakan, hanya bercakap dan salahkan government tidak akan merubah apa-apa dalam hidup kita masing-masing.
Semoga apa yang saya tulis ini, bermanfaat untuk sesiapa yang membaca, dan dapat memberikan tips berguna. :)
Oh ya, walaupun anda sudah ada sebuah rumah, jangan cepat berpuas hati dengan apa yang anda ada, kumpul duit untuk beli rumah lagi. Niat kan untuk sewa kan rumah tersebut dengan kadar yang murah kepada keluarga Islam lain yang tidak mampu beli rumah (semoga kita membantu orang lain, dan Allah swt akan bantu kita :)
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "Kereta vs Rumah"
Post a Comment