24 July 2015(4.02pm)
Sebenarnya nak tulis tajuk di atas sebagai melayu vs cina vs india, tapi nampak macam rasis, so tukar tajuk jadi beli rumah vs melancong.
Pagi tadi buka wassap family dan kawan-kawan semua cerita pasal melancong sana, melancong sini, tapi tiba-tiba seminit kemudian ada seorang officemate cina datang dan bercerita dengan officemate india, mengenai hal rumah. Officemate cina cerita sebelum kawin dia dah beli 1 rumah, then selepas kawin beli rumah join dengan husband, sekarang dia baru beli rumah kat seremban sebagai investment. Wahh, sangat best..
Kesimpulannya, dunia melayu saya penuh dengan kisah pelancongan sampaikan saya pun terjebak untuk ikut. Hidup kita dipengaruhi keadaan sekeliling, maksudnya kalau kawan-kawan/keluarga suka pada aktiviti melancong, sedikit sebanyak kita akan terjebak jugak akhirnya (seperti saya, hohoho).
Bagi saya, tiada masalah untuk buat apa sahaja asalkan tahu kemampuan dan bijak uruskan kewangan.
Nak tahu tips melancong free?
Contoh : Dapat bonus 2 bulan gaji + duit simpanan = ada RM8000 dalam tangan.
Simpan dalam unit trust 5 tahun, akan gandakan duit jadi RM16000,
duit RM8000 bawa boleh pergi melancong, duit RM8000, simpan lagi untuk pergi melancong 5 tahun akan dating.
* So, boleh melancong free kan, sebab bukan guna duit sendiri untuk melancong tapi guna duit dividen/bonus daripada duit pokok yang disimpan dalam unit trust.
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "beli rumah vs melancong "
Post a Comment