Thursday, March 31, 2011

redbox

2 comments
31 Mac 2011 (3.46 pm)


Company buat pertandingan karaoke. Semua orang berkobar-kabar. Aku relex je sebab fokus kat kerja. hehehhee. Mesti Eyan kembang kalau dengar.


Dan pada lewat petang setelah seharian officemate hangat memperkatakan pasal pertandingan nih dan sibuk cari lagu, aku pun hantar application.


Pilih lagu 'wajib' yang biasa nyanyi kalau pergi karok. Dan tanpa practise, cuma sempat bukak youtube dan dengar lagu sahaja, aku pun pergi ke sogo berseorangan. sebab tetiba ada rakan yang tarik diri di saat akhir.


semua orang dah ready dpd pukul 6 petang, tapi aku sampai pukul 9.00 malam, dan jadi peserta paling akhir.


Ada buffet, tapi seminggu berturut2 aku makan tanpa henti. so perut sangat penuh dan sebab ada perasaan cuak sebab dah lama tak nyanyi dan tak sempat nak practise, tetiba nak kena nyanyi depan ramai orang yg tak berapa kenal. tapi anggap benda nih macam cabaran je laa.


dan habis pukul 11.30 malam, tapi sebab company dah booked sampai pukul 12.30 so aku stay dengan beberapa officemate lelaki yang lain. takut gak nak balik sorang2 tapi sebab ada bodyguard so tawakal aje.


sampai rumah penat, dan hari nih masuk office dekat pukul 10.00, hehehhee.. Dah lama tak karok, so sangat best sebab release tension, menyanyi dan lepaskan suara, sama macam lepaskan semua masalah yang terbuku kat hati, dan tak puas.. :( jom kawan2 kita karok lagi..




Tuesday, March 29, 2011

tupai tupai

4 comments
30 Mac 2011 (9.41 am)

tut.. tut.. telefon berbunyi pada lewat petang..

S : Nak ikut pergi tupai-tupai tak? Makan steamboat..

A : (Terkedu dan berfikir) Nak.. Tupai-tupai kat bangi ke?

S : Kat Shah Alam.. Sebab suasana kat situ best.. Tapi kena pergi Puchong dulu..

A : Jammed tak jalan pergi puchong? (Dalam hati mengeluh sebab tak sanggup nak redah jammed)

S : Jammed kot petang2 macam nih.. Tapi kitaorg tunggu laa..

A : (hati berbelah bagi sebab fikir jalan jammed) Tapi nak gi ambik W kat Ampang Park, pastu baru gi Puchong, ok? (Last2 tawakal dan pergi jugak sebab selalu dengar dan nih ada peluang nak pergi)

So, cepat2 mandi, siap2 dan kuar pukul 7.00, ambik adik kat Ampang Park, dah pukul 7.15, harung jammed kejap, boleh tahan laa, tak de la sampai kaki sakit, bawak kereta agak gila, sebab nak sampai Puchong sebelum pukul 8.00, sempat berhenti solat maghrib kat awan besar, dan sampai tepat pada waktunya kat Puchong, tapi sampai Shah Alam pukul 9.00, then melantak sampai perut macam orang beranak 4 bulan.. hehehhee..

Sunday, March 27, 2011

najwa latif

0 comments
singer macam yuna.. suara best dan boleh improve lagi
yg penting dia orang johor.. hehehhehee..

http://najwalatifs.blogspot.com/2011/03/1tubemy.html

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates