Saturday, August 21, 2010

durian

2 comments
21 Aug 2010 (11.46 pm)

Aku tengah kemaruk durian.. 24 jam asyik fikir pasal durian.. selain fikir pasal handbag coach yg entah bila akan dapat..

ok aku tak nak mengaku aku hantu durian.. mungkin tidak.. tapi aku suka makan.. mungkin bagi orang yang tak suka atau tak tahan akan bau durian.. akan rasa durian tuh sejenis makanan yg tah apa2 atau tak berkhasiat.. tapi orang yang suka akan rasa durian.. bau durian pun dah boleh buat air liur kecur ok..

kalau dulu time arwah atok ada kebun durian.. musim durian adalah musim yang paling best sebab semua makcik pakcik dan sepupu sepapat akan balik kampung semata-mata nak makan durian kat kampung.. time kecik2 adalah time yang paling best.. susah nak dapat balik waktu lama yang best2 macam tuh lagi kan..

durian paling top sekarang nih adalah durian kunyit dan durian natorina (tak tau laa betul atau tak).. dan yg cetus keinginan untuk makan durian tiap2 minggu adalah kawan baik sendiri.. walaupun jauh nak pergi dapatkan durian.. kena redah jugak.. dan durian itu sangat mahal.. sekali beli je mesti abis hampir 50 hinggit.. ada sesape nak sponsor tak?

hari nih plan nak gi beli beli durian.. tapi tak jadi.. esok kena gi gak.. kalau tak kempunan..

Friday, August 6, 2010

signature of C

2 comments
06 Aug 2010 (9.38 pm)

tolong.. tolong.. mata kiri dah ada tanya C dan mata kanan dah ada tanda C terbalik..
C.. saya sangat mahu anda tapi anda sangat mahal untuk dimiliki.. saya tidak kaya tapi saya tetap mahu anda.. so apakah nasib saya?

cis.. semalam gi opis.. dan tetiba ada minah finance datang dan bgtau dia ada jual coach handbag dengan harga yg murah sbb dia ada kawan kerja kat US dan boleh beli handbag direct dpd sana.. cis.. harga handbag yg ribu2 boleh dapat dalam ratus2.. sangat mencabar keimanan.. dan hati saya tidak tetap bila surf blog dan website coach.. oh tidak.. saya sangat rambang mata.. ada sesapa mahu bagi saya duit untuk beli handbag tersebut?

cis.. hari nih ada exam.. study tapi jiwa tak tenang.. sebab sepanjang study kat amcorp mall ternampak ada 2 orang pakai coach dan hati tidak tenang.. apakah perasaan saya? jeles? cis..

dulu pernah survey kat coach butik tp hati tak de laa berkenan sangat sebab mcm tak berbaloi beli.. tapi sekarang apa dah jadi.. hantu mana yang merasuk anda nih yati.. sila laa sedar diri anda tidak ada duit.. duit yang ada perlu digunakan untuk bayar kereta.. bayar pinjaman mara.. service kereta.. dan simpan untuk masuk rumah tahun depan.. kemampuan anda terhad yati.. sila sedar.. SEDAR DIRI..

tapi hati saya tetap degil.. saya tetap mahu beli coach itu.. cis.. cis.. sesiapa yang kasihan.. silalah derma kepada orang yang degil dan mahu beli itu benda C jugak..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates