Saturday, March 24, 2007

Sunday Mood..

0 comments
erm.. Sunday Mood, bg kitaorg yg selalu keje dan keje, Sunday Mood adalah 1 hari yg amat malas. malas nk berfikir, malas nak tgk notebook, yang penting malas nak buat keje. Sunday Mood juga hari yg paling best utk tido. tp ternyata Sundat Mood aku tak mcm tuh, keje tetap keje.

Hari nih aku malas nk ckp pasal cintan cintun, brutal gak pemikiran aku ari nih kan. sbb selalu aku jiwang, tp ari nih nak ckp je apa2 yg ada dalam kepala otak aku yg penuh dgn kebengongan nih. aku mmg bengong. bengong sbb keje kot. keje blh membuatkan aku seperti manusia yg tak de perasaan.

pagi-pagi lepas mandi dah berkejar ke dapur, lapo !! nk mkn laksa smlm. org lain masak tp aku cuma tukang mkn je. mlm tadi mkn tak ingat dunia. hilang semua diet aku. ceh diet ?! aku mmg dah gemuk, berat aku dah bertimbun2 naik. kena laa control mkn kan, nih nak belasah semua yg ada depan mata je, mana tak nye badan dah naik. aku perasaan badan aku naik time ambik gambar. mmg nampak gemuk sgt. memula aku tak de laa kisah sgt. semua seluar jeans pn dah ketat semcm. tp bila fikir2 balik, aku mmg tak nak laa gemuk. so tekad, tak nak mkn mlm tp ceh tinggal angan2 gak. mlm tadi dah belasah mkn laksa 2 pinggan.

lepas mkn ada AF, sempat laa tgk aksi2 bebudak AF, tp ada berita, ttido plak sementara tunggu tuh, tak dpt laa tgk sape yg terkeluar. tp nasib baik tido, kalau tak mmg kena mkn pencuci mulut yg R buat. mkn lg, dia nih mmg suka bg aku gemuk laa, R masak bread puding, H kata sedap, tak merasa laa aku. eh kata nak diet.

mlm tadi aku tido dgn ditemani Shin Shan, rasa syg sgt kt Shin Shan nih, suka sgt cium Shin Shan nih. Shin Shan nih aku bg hadiah kt seseorg yg aku suka, tp budak nih buat perhiasaan aje, aku plak cium2 Shin Shan nih. rasa nk mintak balik je Shin Shan nih, tp rasa tak elok plak kan. dah bg then nak mintak balik plak, mmg buruk siku !! maybe kalau aku balik kl, aku nk cari Shin Shan yg serupa, sbb tido rasa best ditemani dgn Shin Shan.

S pulak tgh bukak lagu kt Tube. lagu pasal cerita korea yg kitaorg tgh kemaruk tgk kt tv. tv Brunei nih ada laa yg best. dpd 1 cerita ke 1 cerita kitaorg tgk. ada laa hiburan kt sini. kalau tak mmg sgt bosan sbb asyik dgn keje je. cerita kali nih unik sikit. ada aksi dan jln cerita mmg best. pasal 2 org yg terpaksa time sekolah sbb kejadian yg tak diingini, dan diaorg tak ada perasaan suka malahan asyik gaduh je. tp diaorg nih mmg comel. ada pihak ketiga dan keempat dlm perkahwinan diorg, ala biasa laa tuh kan. tp bila samapi part sedih, huhuhuhu lepas tgk cerita tuh mesti aku terus tido. aku nih mmg suka hilangkn kesedihan dgn tido. amalan yg baik ke?

harap2 esok matahari masih menyinari hidupku. tp tak nak laa matahari terik. panas tuh !!

Thursday, March 8, 2007

Hanya Dia..

0 comments
Sebentar tadi aku baru YM dgn dia. dia bz? dia mmg sgt taksub dgn keje. keje sampai melupakan aku? aku pn tak faham dia, tp aku percaya dia betul2 bz keje. aku mula percayakan dia? dulu mungkin aku sangsi tp skrg aku dh tetapkn kpercayaan aku.

mungkin aku yg terlalu byk berfikir benda yg bukan2. lelaki mmg selalu menganggap perhubungan tuh mudah. perempuan mmg kompleks, tu sbbnya perempuan dijadikan utk lelaki. utk mengatasi kekurangan mereka, sebaliknya juga begitu.

beberapa hari yg lepas aku bermimpi, dpd mimpi itu aku memahami apa perasaan aku yg sebenarnya. kita tak kan sedari apa yg berlaku atau mengetahui apa perasaan yg kita alami melainkan kita dpt signal. tak kira la signal tuh dtg dpd kejadian, mimpi, pckpan atau keadaan sekeliling. kita mmg seringkali lalai dan merasa diri sendiri betul dalam semua hal. tp fikirkan kembali dalam2 sebelum membuat sesuatu perhitungan. hidup kita adalah berdasarkan keputusan yg kita ambil.

kesimpulannya mungkin aku yg terlalu byk berfikir, sedangkn cinta ini adalah senang. dia syg aku dan aku syg dia. asalkn jgn dibutakan dgn cinta, fikir sblm buat apa2 keputusan. dia tetap dgn keje nye yg tak pernah habis sampai bila2. keje mmg tak kan abis kan. cuma jgn terlalu asyik dgn keje. di sebalik keje, wujud 1 kehidupan indah yg harus kita terokai. hidup ini kita yg tentukan. ingin terus dgn alam pekerjaan tanpa kebahagiaan? atau inginkan kebahagiaan tanpa mempedulikan keje? hidup mmg tak kan adil, apa yg kita inginkan tak akan dpt kita capai serentak. apa2 pn hidup ni mmg happy kan...

Tuesday, March 6, 2007

Petang ini...

0 comments
Petang ini seperti petang2 yg semalam dan semalamnya.. sedih dgn apa yg terjadi.. berkali aku memujuk hati yg sedih tp sedih tetap sedih. sedih dgn diri, sedih dgn keadaan sekeliling, dan sedih kerana semuanya tak terjadi spt apa yg aku mahu.

dia yg sentiasa di depan mata. tak dinafikan syg ini masih wujud, cinta ini masih ada, dan aku tak mampu memilikinya. ingin ku biarkn perasaan ini hilang di sebalik waktu. tp dia sentiasa ada di depan mataku. mana mungkin aku mampu hilangkn perasaan ini apatah lagi sentiasa melihat dia di depan mata. ingin aku pergi jauh, tp tak mampu. kenapa dia masih di hati, kenapa dia sentiasa yg ku rindui. maafkn aku kerana tak mampu melupakan cinta ini, biarkan ianya di hatiku. dia tetap istimewa walaupn aku tahu tak perhubungan ini tak mungkin akan lebih dpd sebuah persabahatan...

dia yg jauh di mata... sebuah realiti yg ku hadapi setelah sekian lama. cinta ini juga tak berjaya. bukankah dia menyayangi ku. mengapa cinta ini begitu menyiksakan...

rindu ini biarkan saja..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates