Saturday, February 24, 2007

Lagu kesukaan...

0 comments
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuselalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Lagu kesukaan, yg selalu bermain-main di kepala dan aku selalu menyanyikannya. skrg nih pn aku tgh bukak lagu nih. sebenarnya bila kita suka sesuatu lagu, sedikit sebanyak lirik lagu tersebut mungkin mempunyai kisah hidup kita.

macam lagu nih, aku suka sbb lirik, dan sebenarnya lagu nih utk dia. dia yang jauh dimata, aku dekatkn di hatiku dgn menyanyikan lagu nih sepanjang masa. hanya dgn lagu nih membuatkan rinduku terubat. lagu nih melambangkan dirinya pd hatiku. apa yg aku inginkn pdnya, dan apa yg aku harapkn dpdnya.

mmg sunyi bila dia tak de, mmg rasa sgt sedih bila dia tak call, atau msg, atau bertanyakan khabar. msg yg aku bg pn jarang bbalas. ah malas nak kenang benda sedih lg.

ari tuh lagu nih terpapar sbg status YM dia. aku tak tau status YM tuh utk aku atau utk org lain. tp tkejut sbb itu lagu aku. itu pn aku ttgk kt pc kwn. time aku online, dia terus kuar. erm.. tak tau nape..

apa2 pn mmg aku rasa keseorgan di sini. dia pn mcm mengendahkan aku. tp cinta ini tetap miliknya. cinta pn tak mahu pudar dan tetap mekar di hatiku. selagi mekar, aku akan terus menyayanginya. mungkinkah cinta ini akan hilang dpd hatiku. mungkin tidak. dulu aku pernah ingin melupakan dia tp semakin aku ingin menghilangkan dia dr hatiku, semakin dia wujud dlm jiwaku.

dia adalah segala2nya bg hatiku. kekadang rasa pelik. kenapa hati yg seringkali dipinggirkan dan disakiti tetap tak mahu meninggalkan dia dr hati. cinta adalah jawapan utk semua pertanyaan...

Monday, February 19, 2007

Keadaan sebenar..

0 comments
Hari tuh Tahun Baru Cina. tp aku keje. agak bosan keje sahaja tanpa cuti. rindu kt family, dan masalah keje yg tak sudah. bertambah dgn masalah dia yang tak tahu hujung pangkal. tetiba aku diketepikan tanpa sebarang berita hanya kerana kesalahan yang tidak aku ketahui. semua sms ku tidak berbalas. panggilan telefon pn tak di jwb. dah la aku jauh, nak buat call pn susah. kalau aku dpt buat cal, aku rasa aku akan telefon dia sampai dia angkat, tp berhari, maybe berminggu dia buat aku mcm nih. aku terpinga2 keseorgan kerana sesuatu yg tak ku ketahui. aku ingin dia telefon aku dan aku nak tanya apa problem sebenar. tp dia tetap berdiam diri dan buat aku rasa mcm tak penting utk dia. kalau pn dia bz dgn keje, apa salahnya hantar msg ckp bz. selalu sgt dia berperangai mcm tuh, buat aku feed-up dan putus asa utk merindui dan menyayangi dia.

beberapa hari sblm ini aku dah berfikir utk minta putus aje, tp aku tak mampu utk kehilangan dia. kenapa aku berfikir demikian. mungkin kerana aku tak nampak hubungan nih akan membahagiakan dia atau aku. aku lebih tersiksa bila tahu dia terasa dgn aku tp aku langsung tak diberi peluang utk tahu apa sebenarnya yg terjadi dan membetulkn kesalahn aku. aku bukan nya bomoh laa. utk mengetahui kena berckp bukan suruh aku tahu dgn sendiri. sesungguh lebih baik aku berseorgan dpd tersiksa ttg sesuatu yg aku tak tahu. kalau nak letakkn kesalahn atas aku sekurang2nya biar la aku tahu.

aku pegi Hua Ho utk telefon dia, tp dia tak angkat, dah laa masa aku terhad kt sana, nk pegi sana pn susah sbb mengharapkan org lain utk bawak aku kt sana. masa aku byk dihabiskn kt office. balik office pn lepas mkn mandi terus sambung keje. aku try buat keje dgn cepat sbb nak balik KL. aku tahu aku dh janji dgn dia nak pegi bercuti sama2. tp mungkin aku akan ada kt sini lg 2/3 bln.

aku balik umah dgn perasaan bercelaru sbb dia tak angkat phone. umah sunyi je. kwn aku yg sorang bercuti kt KL. nape aku tak dpt balik KL. sbb aku tak de alasan kukuh utk balik dlm keadaan keje yg byk. perasaan sunyi nih membuatkan aku tekad utk hantar msg mintak putus. sebenarnya aku nak tgk reaksi dia sahaja. walaupn aku tahu risikonya sgt besar. aku nk dia call aku dan pujuk aku supaya jgn ckp yg bukan2. setelah msg dihantar, aku mmg kesal. aku tunggu apakah reaksi dia. dia mmg kejam kalau tak ada apa2 reaksi. "Hm.. xmengapalah kalau awk dah xsygkn sy lg.. Saya kecewa dgn awk.. Tp andai itu memang keputusan awk.. sy xmapu menghalang", msg tuh aku baca pukul 2 pg.. kemudia aku terus tido utk melupakan semua ini, dan menganggap semua nih hanya mimpi. tp bila aku bgn dpd tido, br aku sedar apa yg terjadi.
apa yg terjd tetap tjd, dia tidak menghalang aku, apatah lg memujuk aku. aku sedih dgn keadaan ini. kenapa org yg ckp syg kt kita tp langsung tak mengendahkan. Apakah aku tidak berharga di matanya.

Kesedihan ini aku pendam dalam2. aku buat keje dgn tangisn di hati. salahku tp aku bertekad, jika ini yg dia mahukan juga, biarlah berpisahan terjd. aku masih syg dia, sgt syg dia. tp hubungan yg terjalin seketika ini.. biarlah sampai di sini. masih segar di ingatn 1/11/06, aku tahu dia syg kt aku, dan aku anggap dia milikku. dan 18/2/07, hanya 3 bln lebih hubungn ini, aku melepaskn dia. aku tetap aku. bg aku kalau sesuatu hubungan tidak bahagia, buat apa nak teruskn, lebih baik terluka awal2 dpd bercinta lama2 dan akhirnya putus. hati aku akan lebih parah.
skrg nih aku berserah pd yg Esa. Dialah penentu hidupku, hanya pd Dia aku mengadu. aku tak mampu berfikir apa2. air mataku tak tumpah dgn mudah andai kenyataan ini belum dpt aku terima. mmg aku masih menganggap semua ini hanya mimpi. bila aku dpt terima kenyataan, pasti air mata ku akan tumpah.
dia bukan milikku lg...

Sunday, February 18, 2007

Ku Lepaskan Dia pergi..

0 comments
Kau Datang dan Pergi,
Oh Begitu Saja,
Semua Ku terima Apa Adanya,
Mata Terpejam Dan Hati Mengumam,
Di ruang Rindu Kita Bertemu...

Akhirnya aku lepaskan dia pergi juga.. Betapa susahnya untuk aku katakan padanya..
Suatu masa dulu aku pernah lepaskan dia pergi, kini setelah 2 hati bertemu, aku lepaskan dia sekali lagi..

Mengapa aku buat keputusan bodoh ini? Mungkin kerana aku atau mungkin kerana dia. Aku tak tahu mengapa, cuma aku rasa tak layak untuk membahagiakannya dan aku tak layak disisi dia. Atau mungkin kerana kelakuan dia. Memang aku tak dapat nafikan aku sedikit terluka kerana dia yang tidak memahami aku. Dan aku juga yang bersalah kerana tidak memahami dia. Sikap aku dan dia terlalu jauh. Aku tak suka mendiamkan diri, kalau boleh aku akan luahkan apa yang tidak aku sukai, aku lebih suka berdepan, dan bukan nya memendam perasaan kalau berhadapan dengan benda yg tak disukai. Lebih baik terus terang dpd buat bodo. Entahlah silap aku juga kerana tak mampu berhadapan dgn situasi ini.

Kita bukannya budak kecik, cuba jadi matang dalam segala hal. Itu yang pernah dia katakan, walaupun peristiwa itu menyentuh hatiku kerana dia lebih mementingkan insan lain dpd aku, tp aku cuba memahami, aku pujuk sendiri lukaku ini. Dia tak pernah faham perasaan aku ke?

Dia insan istimewa dalam hatiku. Dialah segala-galanya untukku. Dan kerana sebab itu, aku lepaskan dia untuk kebaikan dia jugak. Kerana aku bukanlah insan yang sempurna untuk dia. Aku tak mampu memahami dia, aku tak mampu pujuk dia sewaktu dia terasa. Dan aku tak mampu membahagiakan dia.

Terasa ingin dia kembali ke sisiku, tp apakan daya, hajatku tak mampu terluah. Sudikah dia menerimaku semula setelah aku ungkapkan kata menyakiti meminta perhubungan ini tak lebih dpd hubungan persahabatan. Biarlah dia tetap di hatiku sebagai insan yang kusanjungi.

Aku tak mampu menyayangi sesiapa lagi, biarlah dia insan terakhir. Luka lama belum sembuh, luka yang baru tercipta ini pasti menggores hati dan meninggalkan parut. Biarlah dia sepi dimataku, tp dia tetap segar dijiwa. Andai rindu ini semakin parah, biarlah memori indah ku singkap kembali. Kenangan bersama walau seketika tak akan ku lupa sampai bila2.

Ingin sekali aku duduk semeja dgnnya, menatap wajahnya dan berbual. Masih banyak benda yang tak terluah, masih banyak kata yang ingin diucap. Andainya ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Betapa kita menyayangi dan menyintai tp tiada jodoh, kita tetap akan berpisah walaupun berkesempatan bertemu dan menyayangi...

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates