15 Nov 2011 (11.01 pm)
Artikel ini membuatkan aku termenung panjang. Terasa sangat bodoh kerana meletakkan diri selama 6 tahun di company lama tapi akhirnya nothing. Terasa bodoh kerana diperkotak-katikkan macam ayam katik.
Tapi itu cerita lama. Sebab kalau ingat balik akan sakit sakit. Salah sendiri jugak sebab tak nak move awal. Semua benda yang berlaku bukan sebab salah company lama atau sebab pengurusan tapi sebab diri sendiri yang tak sedar-sedar jugak yang salary kat company tuh tak berbaloi dengan penat lelah yang dicurahkan untuk siapkan satu-satu project.
Artikel ini memberikan satu semangat untuk lebih yakin melangkah. sebab dunia luar nih luas. kalau tak try macam mana nak nampak peluang kan. kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya kan.
untuk kawan-kawan yang still stay kat company lama, chaiyokk !! tak kira apa yang korang semua pilih, harap-harap korang akan berjaya. sebab apa yang mata manusia nampak kadang-kadang tak boleh dipercayai. yang buruk bagi saya mungkin baik untuk korang. yang baik untuk saya pun tak selamanya akan baik. cuma harap-harap semuanya akan baik-baik dan berjalan lancar.
Rumah pun dah siap, dan tunggu masa nak dapat kunci aje. yuhuuu rumah sendiri.
Selipar Besar
9 years ago
0 comments on "Am I in a Dead End Job?"
Post a Comment