Monday, March 15, 2010

Tak de tajuk..

0 comments
15 Mac 2010 (05.02 pm)

Ketenangan itu berkocak..
Macam sawah yang dihujani dengan banjir..
Apa motif menyakiti hati orang lain..
Tak ada gunanya kan..

Jangan fikir dan fokus boleh tak?
Kalau penat.. duduk dan diam..
Jadi insan biasa..
Apa guna luar biasa?

Dia tidak akan berubah dan tidak akan mengerti..
Buat apa yang difikirkan terbaik..
Endahkan apa sahaja kata orang dan pemikiran negatif itu..
Buang jauh.. jauh ke dasar hati..
Biar remuk dan luka.. biarkan..

Friday, March 5, 2010

Akan ku jumpa

0 comments


Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari erti Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

Ku menerus langkahku dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkan ku cahaya dari mata mu
ingin ku temu cinta mengisi ruang hatiku
tak kan pernah ku berhenti mencari..

Thursday, March 4, 2010

Kekurangan..

0 comments
05 Mac 2010 (12.00 pm)

aku ada kekurangan.. dan dia terima kekurangan itu..
tak tau laa dia terima dengan hati terbuka atau tak?
tapi caya laaa.. dia memang cool bila tahu kekurangan aku..
dan itu yang buatkan aku semakin sayangkan dia..

aku tak rasa ada lelaki lain yang boleh terima kekurangan ini..
itu sebabnya aku masih 'melekat' dengan dia..

boleh lekat dengan gam UHU ke? :)

Monday, March 1, 2010

cinta perlukan kata-kata dan perbuatan..

0 comments
01 Mac 2010 (02.58 pm)

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan.. mereka kenal secara tak sengaja.. pertemuan memang tak diduga kan.. walaupun berbeza pendapat dan berbeza hobi.. mereka masih boleh berkawan.. perempuan ini memang sukakan lelaki ini.. lumrah dunia wanita.. senang nak tafsir hati perempuan.. dan lelaki ini tahu perempuan ini sukakan dia.. tapi tak tahu sebab ego atau takut pada sebuah perhubungan.. lelaki ini hanya melayan perempuan ini baik-baik.. kalau perempuan ini sakit hati sebab lelaki ini tak caring atau seperti yang diharapkan.. perempuan ini hanya boleh bersabar dan telan semua yang pahit-pahit sahaja.. sebab perempuan ini tahu yang dia suka lelaki itu dan perasaan suka itu tak boleh ditarik balik..

Lelaki itu masih dengan egonya.. tidak mahu mengungkapkan ayat yang istimewa itu.. mulut macam ada berlian.. bagi perempuan itu susah sangatkah nak cakap sayang atau ungkap rindu.. dan bagi lelaki itu.. biarlah kalau dia seorang sahaja yang tahu dia suka kat perempuan itu.. tak perlu dengan kata-kata.. cukup sekadar perbuatan.. pelik kan.. dan perempuan itu akan terus tertanya-tanya.. sayangkah lelaki itu dengan dia.. seriuskah lelaki itu dengan dia..

Bagi perempuan itu.. kata dan perbuatan memainkan peranan penting.. sebab perempuan itu bukannya nujum.. sebab sering salah sangka yang sebabkan sesuatu perhubungan itu hambar atau tidak ada makna.. satu kerugian bila perempuan itu mencari yang lain semata-mata kerana lelaki itu ego atau takut untuk ungkapkan kata cinta..

Selalu sangat peristiwa ini berlaku kan.. selagi ada ruang cakaplah yang anda sayangkan pasangan anda.. tak kan nak tunggu umur dah 50 tahun baru nak cakap “Wanitaku.. aku mencintaimu..”.. Kalau sempat anda akan tersenyum melihat reaksi perempuan itu.. kalau tak sempat nak cakap apa-apa.. anda akan menangis dan menyesal kerana terlambat untuk cakap.. percayalah..

p/s saya selalu cuba untuk memahami anda.. dan perbincangan adalah langkah terbaik untuk memahami anda.. dan saya sangat suka untuk bercakap pasal topik apa pun.. (walaupun saya terpaksa dengar cerita sejarah lampau.. :)) selagi pengakhirannya adalah yang terbaik untuk kita..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates