08 Feb 2010 (12.22 pm)
Semalam tak pegi mana2.. so bukak tv dan ada rancangan sehati sejiwa.. pasangan wardina dan husband dia.. erm.. ayat yang sangat menarik perhatian..
“Kalau nak sayang saya biarlah kerana Allah, dan kalau nak benci pun biarlah kerana Allah”
“Berkahwin kerana Allah, tetapkan matlamat tersebut, insyallah perkahwinan itu akan membahagiakan walau apa pun dugaan”
Erm.. pegangan yang sangat menarik.. dan itulah pegangan aku sekarang ini.. di saat aku sangat terluka kerana cinta dan hidup.. aku teruskan hidup ini hanya kerana Allah.. dan aku mencari seseorang lelaki kerana Allah.. dan aku sayangi dia kerana aku perlukan seseorang dan kerana Allah.. sebab kalau aku tak fikir semua ini kerana Allah.. hati aku tak kan aku biarkan terbuka dan tak kan mau sayang sesape lagi.. itu sebabnya aku rasa hidup aku lebih tenang sekarang..
Bila kita rasa macam tak de sesape yg mampu selamatkan kita.. fikirkan Allah.. sebab hanya Dia yang akan selamatkan kita daripada apa yg mengganggu kita..
Maka cintailah saya kerana Allah..
Kerana kecomelan saya akan pudar ditelan waktu..
Dan bentuk badan yang cantik akan musnah ditelan masa..
Cintailah dia kerana Allah..
Kerana harta tidak membawa erti apa2 kepada Allah..
peganglah cintanya kerana Allah..
Sayang dan cinta ini kerana Allah..
hubungan yang direstui..
andai dia jodoh yang ditentukan..
terima dengan tangan terbuka..