Apa yg aku tulis, adalah utk tatapan kemudian hari. Hari-hari aku keseorgan, kesunyian, ingin mengimbau kenangan lalu, maka coretan ini penghiburku. Sedikit pun tidak terlintas untuk mengutuk atau mengaibkan sesapa. Maafkanlah jika tersinggung perasaan.
Masih dalam ingatan, hari bermakna, hari Jumaat. Aku dan rakan2 di rumah ‘Rakan Bujang’. Kami betul2 buat rumah tuh mcm rumah sendiri. Aku bangun pagi2 sebab penangan nasi lemak malam tadi. Nasib baik perut kosong, so tak de la kalau dalam perjalanan nanti perut aku meragam. Kalau tak haru biru nak cari toilet.
Suasana pagi di rumah Kak Zaida, mcm suasana kampung. Kedinginan pagi seperti berada di kampung. Kak Zaida kata boleh nampak bukit belakang rumah. Menghirup udara pagi yg sgt best. Kalau kat rumah kt KL, mana la nk bgn pagi, kalau bgn pn tak nampak suasana luar. Aku punya la excited, siap awal dpd diaorg, tp sory korang, aku ambik masa lama kt bilik air.
Sebenarnya, aku dah pesan awal2. Sebelum tidur lagi aku dah kata, nak bertolak biarlah pagi2, paling lmbt pn pukul 6, sbb kita tak akan jangka apa yg akan blaku. Pernah terjadi kt team Brunei. Kena tinggal flight, adalah peristiwa yg tidak akan aku lupa sampai bila2. Tak tau di mana salahnya, sbb bukannya tak pernah pegi, tp mmg nasib agaknya, mmg nak terlepas penerbangan. Masing2 pn dah tak terkata. Pengalaman mengajar kita.
Agaknya pesanan aku tak sampai maksudnya. Dalam tak nak lmbt, lmbt gak, masa tuh mmg tak tunggu kita. Dekat pukul 7, baru nak bertolak dpd rumah Kak Zaida. Aku dah risau dan start membebel. Ayat yg selalu keluar dr mulut aku, “Kan Yati dah ckp, kan Yati dah ckp..”. Kesian gak Kak Zaida, dia terpaksa bawak kereta cepat2. Nasib baik dia blh kawal perasaan dan sampai ke KL Central tanpa sesat. Muka masing2 dah cuak. Kalau nak ingat balik, nak gelak sebenarnya. Patutnya rakam muka cuak diaorg2 nih, betapa muka cuak + tak tenang. Aku pn try kawal diri, walaupn dah rasa nak sebat2 je kwn2 aku nih. Dalam hati doa gak, kalau la terlepas flight, erm.. mintak2 di jauhkanlah, tp kalau2.. nangis dlm toilet lg laa jwbnya.
Sampai kt KL Central, kelam kabut cari pintu masuk ERL. Nasib baik eyan dah biasa, kalau tak mmg teraba2 tak tau arah. Cepat2 collect duit, kak emy dan shira, gi beli tiket. Aku dah tak larat, just tunggu kt pintu masuk. Lepas tuh, berlari2 nak ke ERL. Aku tak ingat sape yg ckp, eyan kot. Dia kata kalau sempat naik ERL 7.15, so mungkin sempat nak sampai KLIA pada waktunya. Aku mmg dh berlari. Berlari Ke Langit. Hahahahhaha, berlari sambil tgk kwn2. Time tuh pintu ERL mmg dah terbuka, aku kelam kabut masuk, nasib baik beg tak berat dan blh bawak, kalau bawak beg besar dan berat, ada gamaknya aku kena tinggal. Masih ingat lagi, time dah masuk ERL tuh aku tak nampak Shira. Aku jerit panggil nama dia, sbb takut dia ttinggal. Eyan dan Kak Emy dah masuk. Dalam masa kalut2 tuh, lantak la org nk pandang kitaorg dgn pandangan apa pn. Akhirnya aku nampak shira, dan aku suruh dia lari. Akhirnya, kitaorg semua dh masuk. Waaaa.. rasa cam Explorace tuh.
Pintu ERL dah tutup, ERL dah bergerak dan kitaorg semua dah naik. Misi mencari tempat duduk, jln dpd depan, ramai gak org nak gi KLIA pagi2 buta nih. Aku ternampak Sascha dan Ame, team kitaorg yg lain. Diaorg senyum2 je, agaknya nampak sgt kot kitaorg tlmbt dan gelabah. Huhuhuuhu pagi2 ayuku dah hilang. Jalan dpd depan sampai belakang gerabak, tak jumpa tempat, so duduk je laa kt mana2. Hilangkan mood tension dan rasa nak marah nih. Patutnya hari nih hari gembira, tp sbb Explorace nih, so mood dh btukar jd bengang. Lepas ERL bgerak 15 minit, tarik nafas panjang, dan kata, bukankah ini 1st time naik ERL, so enjoy.. Adegan ambil gambar pn bermula, kitaorg telah menggosipkan Shira dgn mamat omputih, eyan plak dgn jejaka melayu terakhir. Ambik gambar dgn camera baru, rasa syok je.
Selipar Besar
9 years ago