Tuesday, October 6, 2015

Scammer SMS

0 comments
6 Oct 2015 (5:47 PM)

Perkara yang perlu dibuat bila dapat scammer sms yang anda tidak langgan dan duit kredit anda di tolak. Sila buat aduan beramai-ramai supaya tidak ada orang lain yang terkena.

1) Call customer service dan mintak stop kan nombor tersebut dan buat aduan.
2) Buat aduan secara online ke service provider
3) Buat aduan ke Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia http://www.complaint.cfm.org.my

Aduan Aku :

Pada 6 Oct 2015, saya check bil secara online melalui www.celcom.com.my untuk nombor telefon 019XXXXXXX dan mendapati

1) untuk invois bertarikh 18/08/2015 di bawah ruangan SMS muat turun - terima, charges sebanyak RM 6 telah dikenakan untuk sms 23776 di mana saya tidak pernah melanggan sms daripada nombor tersebut.
2) untuk invois bertarikh 18/09/2015 di bawah ruangan SMS muat turun - terima, charges sebanyak RM 14 telah dikenakan untuk sms 23776 di mana saya tidak pernah melanggan sms daripada nombor tersebut.

Saya telah call celcom customer service pada 6 Oct 2015 masa 5:00 PM dan batalkan nombor tersebut.

Kemudian, saya check di internet dan mendapati kejadian ini telah lama berlaku. Jika sms ini adalah scammer,

1) CELCOM adalah pihak bertanggungjawab untuk sekat nombor 23776 daripada menghantar SMS kepada pengguna telefon.
2) Jika pihak CELCOM tidak dapat menghalang sms tersebut, sepatutnya pihak CELCOM tidak boleh mengenakan charges kepada pengguna kerana mengetahui sms tersebut adalah scammer
3) CELCOM sepatutnya lebih prihatin kerana charges tersebut membebankan pengguna di samping charges GST juga membebankan.
4) Saya mengharapkan CELCOM boleh mengambil langkah proactive untuk mengelakkan kejadian ini berlaku kepada pengguna lain yang tidak sedar mereka di charges.

** Kejadian ini buatkan aku marah sebab secara tidak sedar total duit yang dipaksa bayar sebanyak RM 20
** Aku tidak halalkan sesen pun diambil. Next appointment kita di akhirat ok.

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates