Tuesday, December 24, 2013

keperluan adalah liabiliti

0 comments
24 Dec 2013 (10.35 pm)

Semua orang tahu kereta di masa sekarang adalah seakan 1 keperluan. Cuba tanya apa sebab utama anda beli kereta? Ada seorang officemate, dia kata kereta dia sekarang loan kereta hampir habis, mak dia pulak sudah bising-bising suruh beli kereta baru. Saya tanya pada dia, kenapa mak dia suruh beli kereta lain, sedangkan sudah ada kereta. Untuk bergaya? Begitulah mentaliti sesetengah orang, 'biar papa asal bergaya'

Kereta adalah liabiliti, semua orang pun tahu. belilah kereta sekadar untuk keperluan, bukan untuk bergaya. Kalau ada duit banyak, buatlah asset untuk masa hadapan, bukan membeli lebih banyak liabiliti.

Mari tengok keperluan kita, tetapi dalam masa yang sama keperluan itulah liabiliti
1) Beli kereta yang paling minimum payment bulanan atau paling baik beli kereta second hand dgn cash atau paling bagus tidak perlu beli kereta sebelum berkeluarga.
2) Beli baju 2/3 bulan sekali sudah mencukupi, beli baju tiap2 bulan atau tiap2 minggu adalah kehendak
2) Selalu masak di rumah, makan diluar adalah kehendak

Bagi saya semua liabiliti seperti pakaian, kereta, makanan adalah 1 rewards yang patut kita beli untuk diri sendiri apabila kita mencapai target tertentu.

Contoh reward
1) Beli kereta setelah beli rumah
2) Buat simpanan tetap (60 % -80% kalau tiada kereta) selama setahun dan simpan di tempat yang memberikan dividen. Duit dividen boleh gunakan untuk beli keperluan dengan kadar yang terhad.

Saya selalu amalkan sistem rewards, sebab setelah berjaya kumpul duit (penat ok nak simpan lebih separuh daripada gaji, kena banyak bersabar daripada godaan sales yang tak de penghujungnya), rewards adalah kepuasan yang tidak ternilai.

Sekarang ni, next step dalam hidup saya, belajar bagaimana duit bekerja untuk kita, so tak de la istilah kita bekerja untuk dapatkan duit untuk bayar loan kereta, rumah dan di akhir bulan, duit tidak pernah cukup tapi simpanan pun tak banyak mana.

Doakan saya berjaya, ada orang cakap kenapa orang kaya semakin kaya dan kenapa orang miskin semakin miskin, sebab kebanyakan kita datang daripada family yang suruh kita belajar tinggi-tinggi dan dapatkan gaji sahaja tanpa tahu istilah 'biar duit bekerja untuk kita' 

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates