31 May 2012 (09.01 pm)
Durian runtuh, pokok durian runtuh.. hehehe.. alhamdulillah dengan rezeki yang datang, tapi dah habis beli langsir rumah..
happy dengan kehidupan sekarang, setakat nih apa yang diidamkan-idamkan sudah dapat, mungkin tidak lah semewah mana tapi saya ok dengan benda yang sederhana.
Sebelum ini tercari-cari jalan masa hadapan, tapi sekarang saya yakin dengan apa yang saya bayangkan, mungkin hasilnya belum nampak tapi insyallah kalau ada rezeki, saya akan berjaya di dalam kesederhanaan.
sekarang hidup saya sudah bermotif dan tahu apa tanggungjawab saya, sebelum ini mungkin pening kepala nak fikir tapi sekarang rasa lega sikit. walaupun pada umur 29 tahun dan masih tak kawin-kawin lagi tapi redha dengan ketentuan. saya belajar untuk menerima dan terus berusaha untuk mencari apa yang kurang.
Teringat dulu dengan kawan-kawan lama, pernah bercerita pasal apa nak buat kalau tak kerja. jawapan saya ialah saya hendak menjahit langsir, hehehe, tapi itu dulu, sekarang saya hendak buat benda lain. plan dah ada, tinggal execute aje.
anda tentukan apa anda hendak, bukan biarkan keadaan semasa menjerat anda. :)
Selipar Besar
9 years ago