Ombak Rindu
Tuhan.. tolong lembutkan hati dia
untuk terimaku seadanya
kerana ku tak sanggup
kerana ku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku
Tuhan.. aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkan Mu kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu
membuka pintu hatinya untuk cintaku
Malam.. kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta aku
Hujan.. bawa air mataku
yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku
hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti
Selipar Besar
9 years ago