23 Sept 2010 (04.39 pm)
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t
Sekarang musim raya.. dan akan ada road tour pergi dari satu rumah kawan ke satu rumah kawan. saya perlu masak mee hoon. saya akan masak yang simple sahaja ok. nak sedap gila babeng kena makan kat restoren mahal. saya masak apa yang saya mampu je. :)
raya nih best sebab raya rumah atok kat muar. best sebab tak perlu bersusah payah cari resepi kat internet nak masak rendang dan segala jenis untuk juadah raya. saya hanya jadi tukang potong sayur sahaja. alangkah serononknya sebab di malam raya saya boleh tido pada pukul 11 malam. hahahha..
tetapi raya ini saya menjadi seorang tukang driver tetap yang bergaji.. hahahhaa.. sebab mintak kat adik sorang 50 hinggit untuk sponsor duit minyak. keji tak jadi kakak bernama yati nih. adik yang masih study pun dah kena pow dengan kakak. hahaha.. saya cuma ingin mengajar mereka yang saya dah laa penat nak drive, tak de sapa nak tolong drive.. at least mereka membantu dengan menghulur kepada insan yang memerlukan.
Raya nih masih beraya dengan family. agak-agak tahun depan beraya dengan abe tersayang tak? hehehhe soalan cepuemas + cepuperak.. abe beraya kat luar negara.. kelas tak.. tapi negara jiran sebelah je laa.. bila dia tak de kat malaysia rasa macam terputus hubungan dengan beliau. cuma boleh harap dia balik dengan selamat.
Erm. saya macam mengidam. mengalahkan orang pregnent plak. saya sangat mengidam nak makan lontong dengan sambal sotong kurita. ada orang nak masak untuk saya tak? sebab lain rasanya bila masak sendiri lain dengan makan masakan orang. tiap-tiap tahun setiap kali pergi open house rumah orang, harap akan ada lontong dan sotong kurita. kiranya masakan nih jadi kegemaran saya laa ye? oh.. saya tak pernah tau saya ada makanan kegemaran. sbb saya suka makan semua benda. kecuali telur kuning, kacang tanah dalam nasi lemak dan sayur hijau dalam mee.
SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN..
Selipar Besar
9 years ago