Monday, June 25, 2012

Hari ini saya cuti

0 comments
26 Jun 2012 (10.45 am)

Hari ini saya cuti. Tapi saya kena hantar adik ke komuter. Dalam mamai-mamai bangun tido, terus capai handbag. Adik kuncikan pintu rumah. Saya pulang ke rumah selepas menghantar adik. Sampai di depan pintu rumah, mencari kunci rumah. Rupa-rupanya saya tidak membawa kunci rumah. Saya menelepon adik. Adik sudah menaiki komuter. Saya terpaksa meredah jem daripada Shah Alam ke Ampang Park untuk mengambil kunci. Sekian cerita saya untuk hari ini.

Cis bedebah, kenapa boleh tak bawak kunci, tak pepasal hari cuti aku habis setengah hari dengan meredah jem. cis.

Thursday, May 31, 2012

Durian runtuh

2 comments
31 May 2012 (09.01 pm)

Durian runtuh, pokok durian runtuh.. hehehe.. alhamdulillah dengan rezeki yang datang, tapi dah habis beli langsir rumah..
happy dengan kehidupan sekarang, setakat nih apa yang diidamkan-idamkan sudah dapat, mungkin tidak lah semewah mana tapi saya ok dengan benda yang sederhana.

Sebelum ini tercari-cari jalan masa hadapan, tapi sekarang saya yakin dengan apa yang saya bayangkan, mungkin hasilnya belum nampak tapi insyallah kalau ada rezeki, saya akan berjaya di dalam kesederhanaan.

sekarang hidup saya sudah bermotif dan tahu apa tanggungjawab saya, sebelum ini mungkin pening kepala nak fikir tapi sekarang rasa lega sikit. walaupun pada umur 29 tahun dan masih tak kawin-kawin lagi tapi redha dengan ketentuan. saya belajar untuk menerima dan terus berusaha untuk mencari apa yang kurang.

Teringat dulu dengan kawan-kawan lama, pernah bercerita pasal apa nak buat kalau tak kerja. jawapan saya ialah saya hendak menjahit langsir, hehehe, tapi itu dulu, sekarang saya hendak buat benda lain. plan dah ada, tinggal execute aje.

anda tentukan apa anda hendak, bukan biarkan keadaan semasa menjerat anda. :)

Thursday, March 29, 2012

28 hb March

2 comments
happy birthday kepada seorang kawan yang pernah belanja saya makan burger. bab2 makan saya ingat. saya ingat semua kebaikan yang awak berikan kepada saya. dan masih tak berkesempatan utk balas. dan niat nak belanja 2 orang kawan ini tertunda sampai ke hari ini. ada masa, ada kesempatan, kita kuar, bual2 dan tgk movie ok :)

Pindah Rumah 2012

3 comments
30 March 2012 (01.06 am)

Dah pindah 3/4 minggu, sekarang nih baru rasa penat pindah hilang. sebelum pindah macam2 benda kena settlekan. Tapi best duduk rumah sendiri, rasa lebih tenang daripada menyewa rumah org.

Mula-mula pindah rasa sangat berat hati, paling berat sebab fikir kena redah jem kat federal, sbb kalau duduk KL nak ke kelana jaya tak de la teruk sgt. tp alah bisa tegal biasa, hari pertama bawak kereta, macam culture shock, dan kaki sangat sakit, rasa time tuh nak pergi kedai kereta, order GTI, hahahha, tapi alah bisa tegal biasa, mmg sakit kaki bawak lagi2 redah jem dan bawak kereta manual. tapi sesungguhnya saya sayang kereta itu sebab pemberian dpd ibu tersayang dan kereta tuh pn tak byk meragam. ada la meragam sikit lepas accident kat highway, tapi apa2 pun condition kereta still ok.

plan sekarang nih nak beli rumah satu lagi, kereta belum tahap nazak lagi, guna selagi ok. tapi rumah kat KL sangat mahal ok, kalau ada orang yg boleh share beli umah sesama ok gak tp kalau nak bayar sorang2 mmg agak semput laa.
buat masa ini saya bersyukur dgn apa yg ada, jgn tamak2, nanti yg dikejar tak dapat, yg dikendong jatuh berterabur plak.

lepas pindah, niat ajak kawan2 datang umah tp last2 jadi mini house warming plak, plan nak buat 2/3 bulan lagi tp 2 minggu lepas pindah dah kena masak berat2, dah laa dekat 4/5 bulan tak masak kat rumah, makan kat luar aje, so dah lama tak masak, nasib baik masak laksa dan spagetti menjadi dgn dibantu oleh resepi kawan baik. apa2 pn sorry sebab tak menyempat nak buat jemputan dgn sempurna dan tak sempat nak follow up, harap2 tak de kawan yg terasa. dan thanks pada kawan2 yg menolong potong bawang, timun, salad, buat air, belikan ais, belikan ayam cincang.

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu

1 comments
Ombak Rindu

Tuhan.. tolong lembutkan hati dia
untuk terimaku seadanya
kerana ku tak sanggup
kerana ku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku

Tuhan.. aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkan Mu kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu
membuka pintu hatinya untuk cintaku

Malam.. kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta aku

Hujan.. bawa air mataku
yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku

hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti

Tuesday, November 15, 2011

Am I in a Dead End Job?

0 comments


"Encik, jangan bunuh diri ye, dosa besar tu"

Am I in a Dead End Job?

0 comments
15 Nov 2011 (11.01 pm)

Artikel ini membuatkan aku termenung panjang. Terasa sangat bodoh kerana meletakkan diri selama 6 tahun di company lama tapi akhirnya nothing. Terasa bodoh kerana diperkotak-katikkan macam ayam katik.

Tapi itu cerita lama. Sebab kalau ingat balik akan sakit sakit. Salah sendiri jugak sebab tak nak move awal. Semua benda yang berlaku bukan sebab salah company lama atau sebab pengurusan tapi sebab diri sendiri yang tak sedar-sedar jugak yang salary kat company tuh tak berbaloi dengan penat lelah yang dicurahkan untuk siapkan satu-satu project.

Artikel ini memberikan satu semangat untuk lebih yakin melangkah. sebab dunia luar nih luas. kalau tak try macam mana nak nampak peluang kan. kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya kan.

untuk kawan-kawan yang still stay kat company lama, chaiyokk !! tak kira apa yang korang semua pilih, harap-harap korang akan berjaya. sebab apa yang mata manusia nampak kadang-kadang tak boleh dipercayai. yang buruk bagi saya mungkin baik untuk korang. yang baik untuk saya pun tak selamanya akan baik. cuma harap-harap semuanya akan baik-baik dan berjalan lancar.

Rumah pun dah siap, dan tunggu masa nak dapat kunci aje. yuhuuu rumah sendiri.

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates