Sunday, June 21, 2009

hannah montana

0 comments
22 Jun 2009 (Monday) 9.52 am

admire sungguh kat minah nih..

start dpd tv show, then ari jumaat yg lepas tengok movie dia..

cerita yang sangat remaja + lawak + best..

aku suka apa yang ada pada dia.. daripada perwatakannya.. cara pemakaiannya.. lagu dia.. semuanya laa..

aku jarang suka pada artis.. but hannah montana.. you make me crazy

p/s aku suka minah nih dressing kat sebelah.. mcm nak cari baju yg sama gak..

Thursday, June 18, 2009

pencarian yang keliru..

1 comments
19 Jun 2009 (Friday) 1.27pm

aku ada masalah keliru..
keliru utk pilih sesuatu untuk seseorg..

sejak tahu tarikh tuh, aku dah prepare 1 benda utk dia.. tuh sebulan yang lepas.. tp bila fikir.. dan kawan2 pun bagi pendapat.. aku rasa aku masih tak layak untuk bagi benda tuh kat dia.. sebab kitaorg masih awal..

so disebabkan itu beberapa hari nih aku kelam kabut mencari benda yang sesuai.. memang sangat buntu untuk fikirkan apakah yang sesuai..

benda kedua aku beli.. dan decide tak sesuai.. sebab agak jiwang.. hahahhahaa..

mencari lagi.. sampaikan shira dah mengeluh.. benda last nih walaupn agak tidak berpuas hati.. tapi itulah yang terbaik..

hope dia tahu betapa susahnya untuk aku mencari..

ada 2 benda lagi kat umah.. tak pe.. untuk tahun2 mendatang tak perlu bersusah payah mencari lagi.. sebab dah ready..

sakit gigi dan bombay toast

0 comments

19 Jun 2009 (Friday) 9.16 am

aku sakit gigi.. gigi aku sgt sakit.. sampaikan mood pn tak berapa stabil.. dah seminggu berkeadaan begini.. aku tahu laa gigi.. kau memerlukan kalsium.. tuan kau je yang malas minum susu..

tapi bila minum susu, sakit lain plak yang datang.. tak tau nape sekarang lepas minum susu akan cirit.. huhuhuhuu perut yang sensitif..

sakit gigi + perut memulas = sensitif + rasa nak marah je..

so disebabkan kedua2 sakit nih laa membuatkan pemakanan aku tak berapa betul sebab makan apa pun sure gigi sakit..

agak tertekan dgn keadaan yang sebegini.. tapi manusia bernama yati memang tak pernah insaf.. tiap2 bulan sure akan mengalami sakit yang sama.. tapi perasaan malas nak jumpa doktor memang selalu terjadi.. hhuhuhuuhuu.. selalu bertekad bila sakit nak gi klinik.. tapi last2 biarkan aje sakit berlarutan sampai sebulan.. huhuhuhuhuu..

sangat lapo dan makanan yang boleh dimakan di pagi hari adalah bombay toast.. erm.. roti yang lembut dan manis.. roti itu sedang memanggil2..

Wednesday, June 17, 2009

aku tidak pernah berubah..

0 comments
18 Jun 2009 (Thursday) 1.06 pm

dulu.. aku masih seperti ini.. mungkin masih mentah dan kebudak-budakkan.. cuma tahu nak enjoy sahaja..

sekarang.. aku masih perlukan benda yang sama.. masih bersikap seperti budak kecik yang mahukan perhatian..

tiada perbezaan aku yang dulu dan aku yang sekarang.. hati aku masih sama.. dan perangai aku masih sama..

aku tidak tahu bagaimana untuk menjadi orang lain.. masih tidak tahu untuk berpura-pura..

patutkah aku berubah?

Monday, June 15, 2009

ianya melambai-lambai..

0 comments
15 Jun 2009 (Monday) 4.19 pm

buat keje pn serba salah.. jeans itu sgt melambai2..
patang nampak benda yg bertali terus suka..
dah 15 hari berkeadaan begini..
masih berrfikir2 utk membeli..
tapi kalau dah tergila-gila mcm gini..
mmg patut beli..
tapi banyak lagi benda lain nak kena beli..
samada kena miskin lagi bulan depan..
atau dapat benda yg diidamkan..
tetiba tak dpt nak bezakan apakah keperluan dan kehendak..
argghhh.. jeans itu masih melambai-lambai..
masih tak mau fikir..
tapi.. arghhh..
rasa mcm nak belasah diri sendiri time nih..
kau nih kenapa, yati?

Sunday, June 14, 2009

aku dan dia..

0 comments
14 Jun 2009 (Sunday) 09.43 pm

Menyusuri jalan itu..
memberikan sebuah lagi perasaan..
apa yg aku rasa..
adakah sama dgn apa yg dia rasakan?

Menyusuri liku itu..
melihat dia..
ikhlaskah dia?


Masa itu sedetik..
hatiku ada padanya..
bagaimana hatinya?

Perjalanan itu tidak panjang..
tangan yang bertaut..
apakah pengertiannya?

Penuh dengan pertanyaan..
tapi tiada jawapan..
mengapa terus sunyi?
Aku dan dia.. sebuah kehidupan..

Sebuah cerita..

0 comments
13 Jun 2009 (Saturday) 01.47am to 3.11 am

Permulaan Sebuah cerita..

“Kau bodoh!!”, teriakan seorang perempuan bergema di seluruh bangunan. Orang di kiri kanan yang bergerak pantas memandang gadis yang menjerit tadi. Gadis itu memakai baju biru cair, wajahnya lembut tapi kemarahan tampak jelas di wajahnya.

Serina terkedu apabila kawan baiknya memekik ke arahnya. Malu terasa bila orang sekeliling mula memandang mereka berdua.

“Kau cakap aku bodoh?”, Serina bertanya kembali seolah tidak percaya apa yang dihamburkan kawannya.

“Memang bodoh!! Yang kau buat keputusan terburu-buru tuh kenapa?”, Melati, empunya wajah yang lembut menyedari tindakan spontannya, mula mengendurkan suara, cuba menahan kemarahan yang mula membuak.

“Aku tak tau nak buat apa. Aku buntu.”, Serina sedia maklum perangai kawannya. Dia tahu Melati akan marah setelah tau hal sebenar.

Pertemuan itu..

Semuanya terjadi setahun yang lepas. Perkenalan dengan Adi tidak terduga. Hujan renyai-renyai memulakan satu episod dalam hidupnya. Serina di tahun akhir pengajian, menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta. Seperti biasa setelah habis waktu menjalani praktikal, dia akan menunggu bas, kenderaan awam yang menjadi rutin harian pergi dan balik.

Serina menunggu di pondok bas, ramai orang berteduh di bawah satu bumbung. Serina memegang erat handbag. Yang pasti dia tidak mahu lalai dan berkemungkinan untuk berlaku kejadian yang tidak diingini. Sebaik sahaja tangannya menggenggam kuat beg, jeritan suara seorang perempuan membuatkan dirinya tertoleh. Seorang perempuan baru sahaja diragut. Serina memandang kiri dan kanan, mencari si peragut.

“Bukk!!”, Serina terjatuh. Peragut tersebut merempuhnya. Orang ramai menerkam peragut yang sudah tergolek di tepi jalan.

Lelaki itu..

“Cik tak apa-apa?”, suara seorang lelaki menerpa aku yang terduduk di tengah-tengah hujan renyai. Tangan dihulurkan tanda membantu. Terpandang senyuman diwajahnya. Siapakah yang masih mampu tersenyum di dalam keadaan yang kelam kabut itu? Aku mencari wajahnya. Tanpa sedar tangan aku sudah berada ditangannya.

“Mari saya bantu cik bangun. Basah dah baju nih.”, keprihatinan dia membuatkan aku tergamam. Seraut wajah yang dibasahi hujan, membantuku.. membuatkan aku terpana. Apakah keadaan ini?

“Terima kasih”, hanya itu yang dapat aku suarakan.

Keadaan agak kelam kabut bila orang ramai berjaya mendapatkan peragut itu. Dua orang perempuan mula mendapatkan aku dan bertanyakan keadaan aku. bas yang ditunggu tiba-tiba ada disebelahku. Sepantas tanpa berfikir aku menaiki bas itu. Aku meninggalkan peristiwa itu di situ.

Senyuman di wajahnya..

Esoknya aku lunch di sebuah café dengan Melati, kawan baikku. Kebetulan kami praktikal di tempat yang sama. Cerita ragut petang semalam menjadi topik perbualan kami. Melati sudah mulai mengusik aku dan jejaka yang mempunyai senyuman yang menarik itu. Wajahnya aku kurang ingat tapi aku masih ingat senyumannya. Aku sudah tertawan dengan senyumannya?

“Rina, ada lelaki pandang kau laa.. entah2 lelaki yang tolong kau tuh”, Melati mencuit aku. kami duduk saling berhadapan. Matanya terarah ke belakang aku.

Aku segera menoleh ke belakang, “Mana?”Pandangan tepat ke mata seorang lelaki. Senyuman terukir dibibirnya. Mungkinkah dia?

Dia bangun dan berjalan ke arah kami. Di mataku hanya ada senyumannya. “Cik yang semalam kan? Cik tak ada apa-apa kan? Semalam menghilang tak tau ke mana”, suara itu.. mmg betullah lelaki dengan suara dan senyuman itu.

Melati mengajak lelaki itu duduk bersama. Kebetulan lelaki itu keseorangan. Kami lunch bersama-sama, tiba-tiba lelaki yang bernama Adi itu sudah menjadi sahabat kami. Melati yang memang pandai bercerita dan peramah. Banyak yang kami bualkan selama 1 jam di meja makan, seperti kawan lama yang berjumpa untuk sebuah pertemuan.

Dia milikku?

Adi seorang yang menarik, dengan senyuman, suara, susunan ayat yang boleh membuatkan seorang gadis seperti aku untuk jatuh cinta. Aku pun tak sangka semudah itu aku memberikan hati kepada insan yang bernama lelaki.

“Adi sayangkan Rina..”, indahnya bila dia mengucapkannya.

Banyak masa yang dihabiskan bersama. Berkongsi cerita dan pandangan seperti dia sempurna untukmu. Aku mulai mengimpikan yang indah-indah untuk masa depan kami. Rindu selalu bertandang. Sebuah pertemuan tak cukup untuk menghilangkan resah di hati. Seperti ingin dia di sisiku selalu. Janji untuk setia dan jadi teman sehidup semati.

Aku bahagia..

Apakah silapnya?

Adi berubah, aku masih bersabar. Dia bukan seperti insan yang aku kenali. Tiada lagi suaranya untuk ku dengar. Alasan sibuk dengan kerja selalu ku terima. Tiada lagi kata-kata sayang, apatah lagi untuk dia mengatakan rindu seperti yang selalu diucapkan hampir setiap hari.

Di setiap pertemuan, dia tidak lagi menyambutku dengan senyuman. Senyumannya tawar. Matanya tidak lagi sejernih dulu, sering kali melarikan anak matanya memandang ke arah lain daripada diriku.

“Rina ada buat salah apa-apa ke?”, aku bertanyakan kepadanya di suatu malam. Kami keluar makan di sebuah restoren di tepi ibu kota. Dia hanya berdiam diri. Tiada jawapan yang pasti.

“Adi penat je, banyak kerja, banyak benda nak kena siapkan, bos pun harapkan Adi sahaja”, rendah sahaja suaranya.

Aku tahu jawapannya tidak jujur, dia seperti menyembunyikan sesuatu daripada aku. walaupun kami pernah berjanji tidak akan mempunyai rahsia tapi dia memang sudah berubah.

Hari demi hari, semakin hambar. Aku semakin derita, dgn rindu, dgn sikapnya yang tidak mengendahkan aku. aku tercari-cari. Di manakah senyumannya?

Terputus hubungan..


Kami seperti orang asing. Entah bila tiada lagi panggilan, tiada lagi mesej telefon yang berbunyi. Dunia sepi. Aku mula menyibukkan diri dengan kerja.

Bukan aku tidak pernah cuba untuk mendapatkan jawapan kenapa kami hambar seperti itu. Tapi Adi seperti mengelakkan diri daripada aku.

Entah bila.. kami terputus begitu sahaja. Tanpa sebarang kata-kata dan ucapan selamat tinggal. Dia bukan milikku lagi. Malamku sepi tanpa dia..

Pengakhiran..

“Aku mintak maaf sbb kata kau bodoh. Aku tahu kau kecewa dengan Adi. Tapi tak kan sebab perkara nih kau nak berhenti kerja begitu sahaja. Kau nak ke mana?”, Melati sebak. Dia tidak sangka Serina akan menbuat keputusan begitu.

Hanya Melati yang menemani di saat Serina kesedihan dan kebuntuan. Di saat Serina merasakan hidup ini sudah tiada makna lagi.

“Aku tak tau, Melati? Cuma aku nak pergi jauh daripada tempat ini. Kau tahu hati aku sangat sakitkan. Aku buntu, tak tau kenapa Adi tinggalkan aku sorang-sorang macam nih? dia tak cakap apa-apa, aku try cari dia tapi tak tau dia kat mana. Aku buntu, Melati. Aku cuma nak pergi jauh. Nak lupakan semua ini.”

Melati mengeluh. Marahnya pada Adi kerana melukakan perasaan kawannya.

“Aku doakan kau walau di mana kau pergi. Jangan lupa telefon aku. kau kena tabah, Rina”

Serina mengangguk, dia bangun dan terus berjalan tanpa melihat ke belakang lagi. Andainya dia tersungkur, dia tahu dia harus bangkit semula.

Masa depannya di tempat lain, kenangan lama yang ingin dibuang.

Semoga hatinya mampu sembuh..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates