Sunday, June 14, 2009

perpisahan itu..

0 comments
13 Jun 2009 (Saturday) 01.20am

Untuk seorang kawan yang baru mengalami perpisahan.. tabahlah.. tiada kata yang mampu memujuk hati.. terus berfikiran positif dan tenang menghadapi.. anggap semua itu salah satu daripada cabaran hidup.. banyak lagi yang belum kita tempuh.. kita baru hidup 1/3 daripada umur kita.. masih ada baki 2/3 untuk dihadapi.. umur kita masih panjang kalau diizinkan-Nya..

Perpisahan itu memang pedih.. seperti kesedihan yang tiada penghujung.. tapi percayalah.. semua itu akan berlalu.. bila kita kenang semula.. kita akan ketawa sendirian mengenangkan betapa bodohnya kita menangis kerana perpisahan itu..

Perpisahan itu lebih membuatkan kita berfikir.. masa untuk kita kenal diri sendiri.. apa tujuan hidup kita.. dan untuk kita perbaiki diri daripada sebarang kesilapan.. manusia memang akan buat kesalahan.. samada kita akan ulang perkara yang sama.. atau kita ambil iktibar atas apa yang berlaku..

Just menangis kalau tak tahan.. jangan simpan kesedihan dalam hati.. kawan-kawan kan ada.. kawan-kawan adalah ubat paling mujarab untuk semua masalah.. kalau rapat dengan family.. family juga boleh jadi pendengar yang setia..

Kawanku.. teruslah bangkit.. teruslah bertahan.. orang di sekeliling boleh memberikan kata semangat.. tapi masih terpulang pada diri sendiri..

Hanya kata-kata semangat yang mampu diberikan.. dan doa semoga kawan-kawan bahagia.. aku jugak pernah down dan hanya tawa orang terdekat yang mampu menyejukkan hati.. yang Berjaya memadamkan amarah, kesedihan dan membuatkan hidup lebih dihargai.. so hargailah setiap detik yang ada.. sbb hidup nih singkat.. semua ini akan jadi satu memori yang paling akan diingati bila kita tidak lagi bersama dan berjauhan..

Kawan untuk selama-lamanya.. persahabatan yang terbina.. hargailah..

Thursday, June 11, 2009

aku yg lalang..

0 comments
12 Jun 2009 (Friday) 9:32 am
lalang.. ianya tidak reti duduk diam.. selalu ke kiri dan ke kanan mengikut perubahan angin..

walau sebanyak mana lalang itu bergerak.. akarnya tetap kukuh.. semakin subur dan menghijau..

aku.. dengan perasaan yang selalu berubah-ubah.. sebab aku manusia biasa.. yang punya semua perasaan.. marah.. kecewa.. sedih.. hepi.. apa yang aku rasa sekarang..

tapi aku tetap aku.. kukuh dan harus tabah.. sayang yang menjalar.. sudah menghijau dan semakin menghijau.. kemarau yang melanda jangan jadikan satu alasan.. hujan.. turunlah.. basahkan aku kerana aku memerlukan kau untuk terus ditiup angin..

taman itu..

0 comments
11 Jun 2009 (Thursday) 09:25 pm

Aku teringat kt dia.. sgt bharap dapat dengar suara dia.. dan sgt bharap dia tau apa yg aku rasa..

tiba2 aku ingin buang perasaan rindu dan suka nih.. aku nk tarik balik apa yg telah aku luahkn.. rasa bila sukakan seseorg, mcm makin derita.. perasaan aku mcm dah calar balar dah.. blh ke aku tarik balik semua setelah hati aku mengatakan syg pd dia.. tak tau kenapa aku mudah sukakan seseorg.. tp bila dah sukakan orang tuh.. aku dah tak blh tarik diri lagi..

Harap boleh lupakan dia.. sbb hati aku sgt sakit..

Daripada jauh aku nampak taman yang dipenuhi mawar.. hati berkata sgt cantik dan ingin sekali memasuki taman itu.. aku mengumpul seluruh tenaga.. memberanikan diri cuba memasuki taman itu.. walaupn hati curiga.. milik siapa taman itu..

berbekalkan harapan.. cahaya taman memberikan kebahagiaan.. aku terleka seketika dgn keindahan taman.. hati aku hanyut di dalamnya.. mawar yg harum.. merah seperti darah.. seperti memberikan denyut nadi yang baru.. aku ingin selamanya di sini.. aku mulai tenggelam di dalam dunia itu..

entah bila.. aku tersedar.. taman itu sudah jauh aku terokai.. jalan masuk sudah tidak nampak.. jalan keluar pula entah di mana.. aku mulai takut.. keseorangan di dalam taman membuatkan aku takut dan ingin keluar.. tp masih tidak berjumpa jalan untuk keluar..

tangan mula menggigil.. di mataku yang dahulunya ada mawar.. terpandang pada duri mawar.. durinya sgt banyak.. melebihi mawar yg cantik.. aku takut.. duri itu mula melukai aku.. berjalan untuk mencari jalan keluar..

adakah aku mampu, sedangkan tubuhku sudah mulai luka? Adakah aku akan terus tabah, sedangkan hatiku sudah terluka? Mampukah kakiku berjalan untuk meneruskan hidup ini, sedangkan tiada jalan keluar? Setelah masuk ke taman itu, mampukah aku tarik hati aku?

Kecantikan itu penting..

3 comments
11 Jun 2009 (Thursday) 4:52 pm

aku terbaca blog kwn aku.. simple je tp menarik.. dan tetiba aku rasa aku seorg yg mbosankn sbb blog aku tlalu bosan dgn tulisan.. benda2 negatif nih amat tidak disukai.. lgpn cantik adalah sesuatu yg aku suka. dan blh tsenyum bila tgk sesuatu yg cantik..

so aku akan berusaha utk cantikkn blog aku.. bukan utk tatapan org.. tp utk mbuatkn aku tsenyum hanya bila imbas kembali.. atau baca balik blog nih..

cantik sesuatu yg subjektif.. pandangan setiap org bbeza.. dan citarasa aku bbeza.. kak emy amat marah bila aku mpunyai citarasa yg langsung tak sama dgn beliau.. bukan ke kita individu bbeza.. so apa yg kak emy suka.. tak sama dgn aku ok.. harap beliau faham.. bukan bmaksud aku tak sukakan seni atau buta seni.. tp aku sukakn sesuatu yg unik.. semua org sukakn sesuatu yg berlainan dan perbezaan itulah yg membuatkan hidup kita bermakna..

Tuesday, June 9, 2009

Duit bukan segala-galanya

0 comments
09 Jun 2009 (Tuesday) 04.10 pm

salah satu prinsip.. prinsip ke? tp perkara yg aku semai dlm hati.. di sbbkn pengalaman hidup.. sbb masyarakat pandang mulia sesiapa yg ada duit, ada harta dan ada kedudukan.. sedangkn.. hidup ini sementara.. yg kau agung2kn duit tuh buat apa.. mmg laa tanpa duit kau nak makan apa kan.. nak hidup mcm mana kan.. tp percaya lah pada rezeki yg telah diberikan.. dan sentiasa bersyukur.. walau gaji seribu pun ko boleh hidup selesa..

bayangkan keluarga yg ada anak 8 orang.. gaji bapak pn cuma 400 sebulan.. boleh je hidup lagi..

itu sbbnya aku cakap duit bukan segala2nya.. kegembiraan tak blh dibeli dgn duit.. walaupn kau tahu kalau kau ada duit kau boleh pegi ke serata negara utk mencari ketenangan dan keindahan alam.. berpijak di bumi yg nyata.. dan kau akan sedar.. kau cuma kerdil di sisi-Nya..

ada orang tanya.. kenapa kau still stay kat edarann.. jawapan mudah je.. sbb aku bahagia di sini..

lain orang lain pendapat.. cuma sekarang nih.. duit masih bukan segala2nya.. hope selamanya begini.. hope apa yg aku akan jumpa apa yg aku cari dlm hidup ini.. dan aku bukan hidup utk mencari duit.. itu prinsip aku.. aku ada matlamat paling besar dlm hidup aku.. dan jawapannya bukan duit atau harta..

blog aku berubah..

0 comments
09 Jun 2009 (Tuesday) 04.03 pm

walaupn mcm bukan aku.. tp tiada sebarang penafian yg blh aku nafikn.. cuma selalu bharap dpd beli jeans or baju or benda2 lain, lebih baik simpan kt bank.. cuma akhir2 ini nafsu bbelanja aku sgt meluap2.. sbb aku dh start bosan dgn hidup dan benda yg menarik perhatian aku cuma jeans, baju, handbag, kasut, rantai.. dan mcm2 lagi..


kadang2 bfikir.. lagi bagus kalau dpt tukar keje dan dpt gaji lebih.. so blh shopping secara blebih2.. tp itu lah manusia.. mmg kehendak yg tidak terbatas.. gaji juta2 pn tak akan cukup..

di sbbkn nafsu utk bbelanja yg meluap2 sampaikn theme blog aku pn dah jd mcm gini.. selain keje kepala otak aku sedang memikirkn jeans kt klcc.. dan sedang bfikir utk beli bila dpt gaji akhir bulan nih atau tak.. sbb kalau beli.. budjet aku akan melebihi had.. dan aku akan miskin jugak mcm bulan nih.. huhuhuhuuhuu.. mcm perlukn duit.. tp mcm dah melanggari prinsip duit bukan segala2nya.. hehehhehee.. manusia mmg selalu berubah.. aku pn rasa aku dah sama mcm lalang kat kebun getah.. kalau angin tiup kt kanan.. ke kanan laa aku.. kalau ke kiri.. ke kiri la aku.. itu namanya aku ikut perubahan angin dan ikut flow kehidupan.. sbb mmg sgt malas nak fikir apa aku akan jadi utk 5 atau 10 tahun akan datang.. sbb aku sedang bengong skrg nih..

mana peginya yati yg penuh dgn semangat berkobar2.. yg punya masa depan.. yg bfikiran positif.. hhuhuuhhuu inikah yg di namakan... sympton down syndrom (nk eja benda alah nih pn kena tanya eyan.. huhuhuhuu)

ok itu namanya.. ada masa kita down.. ada masa kita up..
atau adakah kepanasan di dlm bilik sauna nih yg mbuatkn aku rasa berang.. dan tak selesa.. nape kak emy kata mcm pantai.. panas gila nih.. tak payah susah payah gi sauna kt bangi tuh.. gi je perhilitan nih.. abis dah sisa2 toksik dlm badan aku..

hari nih tetiba jadik cikgu.. penat gak melayan karenah anak2 murid yg dh besar panjang nih.. nasib baik aku tak jadi cikgu betul2.. sbb antara komen2 "positif".. cikgu nih ajar laju laa.. huhuhhuu aku mmg jenis manusia tak bsabar.. dan jugak cikgu yg garang.. hehehehhee..
ok jadi system developer semula.. byk benda kena buat nih

Tuesday, June 2, 2009

kadang-kadang ia berlaku..

0 comments
luka yg kecik.. kadang2 berdarah kembali tanpa sedar.. mata mula bgenang.. dan dada terasa sebak.. tanpa sebab.. hanya setelah dengar lagu.. mungkin sunyi.. mungkin sbb lain.. betapa sensitifnya hati aku hari nih.. benci bila aku start mcm nih.. cuma luka yg masih ada.. tak tau berapa lama akan sembuh.. mungkin selamanya akan di sini..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates