Wednesday, June 20, 2007

Spaghetti..

0 comments
Spaghetti.. susahnya nak eja, sampai kena tanya kawan, hhuuhuhuhuu, apa je yg aku tau, tau mkn aje, hhahahaha. Benda 'S' nih aku dan kawan aku begitu ketagih. tp bukan ketagih yg dijual kat luar2. Ketagih dgn yg dimasak oleh 'R' dan 'H'.

Sebenarnya beberapa hari nih aku dan kawan aku yang sorang lagi tuh teringin sgt nk mkn benda 'S' nih. dah lama 'R' tak masak so kitaorg yg sgt mengidam nih teringin laa nak masak. tp kitaorg langsung tak tau bhn2 apatah lagi nak masak. tp kalau dh tau bhn2, just masukkn aje dlm periuk, gerenti jadi. kawan aku yg sorang nih beria laa sampaikan cari resepi dlm internet. tp dlm masa ura2 nak mencari resepi nih, si 'R' telah mengistiharkan yg ptg semlm diaorang nak masak benda 'S' nih. hhihiihi hati dah berbunga riang sbb mmg mengidam sgt. tp terfikir nape tak nak tanya resepi dpd 'R' ek. malu mulut memasing..

so mlm tadi aku dan kwn aku yg sorang nih melantak laa benda 'S' nih sampai nak pecah perut. Aku plak dah lama tak mkn secara besar2an setelah aku mendietkn diri. patut laa dulu badan bertambah gemuk sbb 'R' laa nih. bg kitaorg mkn sedap2, dah laa sedap byk plak tuh. mkn plak tak ingat dunia, selagi tak pecah perut selagi tuh tak nak berhenti mkn.

Bila difikirkan balik, berjauhan dpd family dan tempat asal membuatkan aku rindukan masakan malaysia. masakan sini tak sama dgn negara sendiri. Hujan emas di negeri org, lebih sanggup berhujankan batu asalkn ada kt negeri sendiri kan. huhuhuhuuu. mkn kat sini pn benda yg sama je sebenarnya. nak masak sendiri.. dah bz mana ada masa kan. masa lebih byk menghadap notebook dan buat keje 24 jam. susah laa kalau kat tempat org.. tak sesenang kat tempat sendiri.

Bila nak balik KL nih ????

Berita Hepi..

1 comments
Adik aku dpt masuk U. Satu berita yg menggembirakan. hepi sbb dia adik aku yg paling dajal tp berjaya berdikari dgn sendiri. aku dtg dr keluarga yg berpecah belah, just ada mak yg jaga kami adik-beradik. kami lebih byk berdikari utk meneruskn hidup nih. adik aku yg sorang nih akhirnya jd manusia bila dia masuk U. dia masuk U nih pn dgn usaha dia. Dia usahakan sendiri hantar borang dan pergi sendiri ke tempat utk temuduga masuk U. Dia kan lelaki, kalau tak pandai berdikari mmg laa.


Bila difikirkan balik, byk cabaran dan dugaan yg family aku terima. setiap org ada kisah hidup sendiri kan. begitu juga aku dan keluarga aku. tp nasib baik budak berhingus dan dibenci oleh ramai org nih blh teruskn hidup.


Aku hepi sbb di saat adik aku nak masuk U nih, aku dah mampu dan blh tolong hulurkn duit. sbb kalau aku tak dpt keje yg baik, sape laa yg dpt tolong adik aku. segan kalau asyik nak mintak tolong dgn makcik aku. ada laa jugak makcik yg blh tolong tp sampai bila nak menyusahkn org kan. org lain yg dengki akan ckp benda yg bukan2 dan sakit hati dgn pertolongan yg diterima. kenapa mesti org ada yg sakit hati. itulah adat manusia. kejayaan hari ini adalah pertolongan dpd Allah dan berkat doa mak aku yg tak putus2. dia selalu mengharapkan kami adik-beradik jadi manusia dan bukannya sampah. keluarga kami mmg sudah dipandang buruk sbb tak de ayah, so apa lagi yg dpt membanggakan dia selain dpt tgk anak2 dia berjaya.


aku hanya mampu berdoa adik2 aku kenal mana yg baik, mana yg buruk. aku pn hampir2 terjerumus dlm lembah kehinaan, nasib baik pegangan agama membawa kembali ke jln yg benar. dugaan zaman skrg mmg sgt teruk. sape yg lemah iman akan tergoda dgn benda2 yg buruk. mintak2 adik aku sudah matang dan pandai berfikir utk kebaikan diri. Dia sudah semakin jauh dpd family dan aku pn hanya mampu tolong dpd jauh. dan aku mengharapkan bantuan aku nih tak disia2kan. moga2 dia mengerti betapa susahnya utk mencari sesen dan menghargai apa yg aku beri.


Hepi dgn berita nih, sampai nak tido aku tersenyum. rasa bangga sbb dia 1st adik aku yg masuk U. aku pn setakat diploma kt kolej, nak sambung belajar tp tanggungjwb utk bantu family dan adik2 melebihi cita2 ku. dan setakat ini aku berjaya menolong apa yg patut. Adikku, belajar rajin2 ye..

Sunday, June 17, 2007

Kebah..

0 comments
Aku baru baik demam.. erm.. demam ke.. maybe hampir demam laa, otak pening, selsema, tekak perit, tak de selera mkn, mknan semuanya rasa tawar, ciri2 nak demam.. tp skrg nih ok laa sikit setelah berehat kat umah, tido.. tido dan tido.. Kepala otak aku nih mmg terlalu penat dan nak rehat agaknya. lepas rehat ok laa nih..

sebenarnya lama gak aku tak mengalami sakit mcm nih, dah beberapa thn tak demam, semua kwn aku kata aku laa paling degil.. degil nak mkn ubat, menyuruh org pandai tp diri sendiri tak nak mkn ubat bila tak sihat. aku malas nak mkn, bg aku kalau mmg nak sakit, kita bg sakit cukup2. sakit tuh baik utk badan kita berehat. kalau mkn ubat aku rasa baik nye kejap je, then 2/3 bulan nanti sakit lg, biar aje laa sistem imun dlm badan aku nih baik pulihkan diri aku. selama ni itu yg aku amalkn.. berkesan plak tuh.. ubat hanya sementara, rawatan semulajadi dpd badan tuh yg baik kan. apa2 je laa aku nih...

Aku malas nak ckp pasal benda lain. benda yg sentiasa dlm kepala aku, "nape nasib aku mcm nih", erm tuh mcm 1 keluhan, tak elok mengeluh, kan aku dah pasrah dgn apa yg berlaku..

Followers

 

Klik Ye..

hyt Copyright 2008 Shoppaholic Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez Distributed by Blogger Blog Templates